tanda-tanda lelaki yang perlu dijauhi

salam semua ;

sori..lewat sikit update hari ini..kalau semalam saya kongsi dengan korang semua pasal tanda-tanda lelaki jatuh cinta kan..hari ini saya nak kongsi satu lagi tip..

sebelum ini, sana sini kita dengar banyak perempuan-perempuan mengadu..hati patah..hancur hati dan macam-macam lagi..bukan kata lelaki tak kena..tapi rasanya perempuan lebih mudah kena..tapi kan kalau lelaki yang kena pun..bukan kita leh tahu..diorang mesti nak berlagak cool kan..tak macho la kalau muka sememeh je bila putus cinta..ayat nak cover..'alah..perempuan kan banyak..sorang pergi..beratus-ratus aku boleh cari'..lelaki..jangan kamu nafikan kamu pernah cakap benda nie kan..

so..untuk kaum wanita..sebagai langkah berjaga-jaga..meh tengok ini..tapi sekali lagi saya ingatkan..jangan terima bulat-bulat 100% tau..ini semua berdasarkan kajian dan juga dari penceritaan orang lain..saya dapat nie pun, bukan la saya conduct research khas..nie pun saya copy dari sini..owner yang sama dari cerita semalam..betul la..suka baca belog dia..kalau rajin..leh la tengok sini.


TERBURU-BURU MENGAJAK BERKAHWIN


  • Baru je sebulan berkenalan, atau tak sampai sebulan kenal, tiba-tiba dia ajak berbicara tentang kahwin dan terus mengajak kamu bertunang. Konon-kononnya, alasan terlalu cinta dan takut kehilangan kamu. kalau lelaki yang benar-benar jujur mahu jadikan kamu isterinya, dia mesti ingin mengambil masa yang agak lama untuk mengenal hati budi seterusnya mencari kerasian antara kamu. Makanya, mungkin dia terburu-buru kerana mempunyai maksud tersirat yang tidak kita ketahui niat buruknya. Berhati-hatilah!
  • bagi saya : tak semestinya..macam orang cakap..jodoh datang tanpa diduga..bercinta lama-lama belum tentu akan jadi..mungkin memang dia jodoh kita walaupun kita baru sangat kenal dia..istikharah lah..berserah pada Allah..Dia lebih tahu segala-galanya.

KAYA DENGAN KATA-KATA MANIS

  • Perempuan memang mudah terpikat dengan lelai romantik dan suka berkata-kata manis. Tapi, awas!..Berwaspadalah apabila dia sering mengeluarkan kata-kata "segalanya hanya untuk kita berdua atau kita akan sentiasa bersama selamanya walau apapun yg terjadi.” jangan mudah sangat percaya kata-kata lelaki seperti, pandai memujuk rayu. Sebenarnya, lelaki yang pndai bermain kata mempunyai maksud yang tersirat. Di awalnya segalanya akan sentiasa lembut dan penyanyang, namun setelah hubungan semakin lanjut, barulah si dia menunjukkan taringnya.
  • bagi saya : betul..bukan kah itu tanda-tanda romeo..tapi romeo pun tetap boleh jatuh cinta kan..dan rasanya bila romeo jatuh cinta dan jatuh hati,..tak mustahil dia serius..cuma jangan terlalu mudah judge orang sebelum kita kenal tuan badannya..seteruk-teruk mana orang tue pun..rasanya dalam hati dia..tetap ada nilai manusia kan..

SIKAPNYA BERUBAH-UBAH

  • Si lelaki ini amat sukar difahami dan fikiran serta perlakuannya sering berubah-ubah. Kita tak dapat jangka setiap tingkah laku yg dilakukannya walaupun dalam masa yang singkat. Misalnya, di talian suara begitu ceria dan ceria untuk berjumpa, tapi menjadi masam dan berubah tiba-tiba apabila sudah berjumpa. Kamu juga rasa seperti tidak bebas dan tidak seronok, takut-takut tersalah bicara dan melukakan hatinya. Jelas di sini, kamu tak jadi diri kamu sendiri tapi hanya memuaskan hati sebelah pihak sahaja.
  • bagi saya : kalau camne..memang sakit jiwa boleh kena..macam orang cakap..'ku sangka panas sampai ke petang..rupa-rupanya hujan di tengah jalan'..erkk..jap..cam tak kena je..hahaha..dalm perhubungan..just be yourself..jangan berubah kerana seseorang sebab belum tentu orang tue boleh berubah kerana kamu..tapi kalau kamu yakin kamu akan kekal bahagia dengan cara camtue..teruskan..mungkin ada sinar di hujung nya nanti kan

TERLALU CEMBURU BUTA

  • Lelaki ini harus dihindar secepat yang boleh. Bukan apa, apabila cemburu menguasai diri, apa saja boleh si dia lakukan, termasuk memaki hamun dan menuduh tanpa usul periksa, sehingga boleh mendatangkan kecederaan pada mana-mana pihak. Si dia tidak akan peduli samada kamu rapat atau bermesra dengan temat rapat atau sesiapa sahaja. Kalau boleh, kamu hanya untuk dia dan setiap saat kamu mesti menghantar laporan kepadanya. Jika kamu terus setia dengan lelaki seperti ini, kelak memakan diri.
  • bagi saya : memang cemburu tanda sayang..tapi kalau dah cemburu tahap melampau sampai semua benda nak dicontrol..sakit jiwa gak..tapi camne nak cakap ek..saya suka bila orang tersayang cemburu..cemburu pada pergaulan saya..hehehe..rasa penting sangat kut..manusia banyak ragam kan..rasa-rasanya masing-masing ada cara tersendri..even saya sendiri mudah sentap kalau nmpk #encikchentahati ngacau orang..just berhati-hati la..jangan sampai cemburu tue merosakkan hubungan korang k..

SUKA MERENDAH-RENDAHKAN KAMU

  • Lelaki yang suka merendah-rendahkan diri kamu seolah-olah tiada rasa hormat kepada kamu. Setiap apa yang kamu lakukan dan pakai, pasti mengundang rasa tidak kena pada si dia. Lebih teruk kalau kamu tidak ikut arahannya. Dia akan terus memperlekehkan dan mengancam kamu. Lambat laun, kamu akan rasa terlalu merendah diri dan hilang keyakinan diri.
  • bagi saya : yang nie memang cukup saya tak suka..kita perlukan seseorang utk bantu kita..naikkan semangat kita bila kita down..tp dah kalau keje dia asyik nak look down kita je..memang teruk betul jenis bf camnie..memang rasa macam nak campak dalam lombong je la..

SUKAR MENERIMA PENOLAKAN

  • Si dia tidak akan sesekali menerima penolakan dari kamu. Jika kamu membantah setiap kata-kata dan keinginannya, dia tidak teragak-agak memarahi kamu dan memukul atau mencampak apa sahaja barang di sekitarnya. Lebih parah jika dia mula memukul kamu. Setiap perbuatannya tadi ditujukan kepada kamu, atas sebab kamu degil kerana tidak menurutinya.
  • bagi saya : lelaki ini patut pupus dari bumi yang aman ini !!

GUNAKAN MATERIAL SEBAGAI GANTI

  • Apa sahaja yang kamu minta mesti si dia akan cuba penuhi. Namun, tanpa disedari, itu merupakan cara untuk mengikat dan memerangkap kamu. kononnya, si dia telah menyempurnakan apa kamu minta, dan kini gilitan kamu untuk menyempurnakan permintaan dia.
  • bagi saya : setiap benda mesti ada tujuan..just berhati-hati..mungkin dia benar mahu bahagiakan kamu..jangan terlalu paranoid sangat k..

so..camne..ande setuju dengan poin-poin di atas..kalau tengok mana yang saya komen tue..lebih kepada positive side kan..sebab bagi saya,tak semua manusia sama..jangan sebab sorang buat perangai camtue,..yang lain pun ikut sama kena tempias..kenal hati budi seseorang sebelum kita mula untuk melangkah lebih serius..tengok macam contoh cik Hana kita..dari riak dia bercerita mengenai Che Arm dia..saya tahu dia bahagia, even mereka baru kenal then, sudah bertunang pun..

so..saya berhenti sini dulu..nanti kalau ada mana-mana yang menarik..saya kongsi lagi k..

p/s : iye..saya tahu saya ada hutang satu entri lagi..entri pasal Dragon Boat..adeh..#encikchentahati pun dah tanya-tanya da..in making sayang..saya janji saya publish before end of this month k..sori tau !!

dan..terima kasih sudi singgah dan baca tau !!

2 bijak pandai berkata-kata:

Anna Boleyn said...

eh eh. hahahaha tak sangka lak dalam entry ni ada mention hana. baca dari awal..dah smpai hujung2 tu.. terbeliak biji mata. emm.. the 1st 2 point buat hana takut. :p hmm insyaallah..everything's gonna b okay between us. doakan yang baik2 untuk kitorang kay. :) bagus wat entry camni. saling ingat-mengingat atr 1 sm lain. thankx tau :)

nuraitul said...

hehehe..terkejut ek..surprise tue..hehehe..jgn takut..insyaAllah..che arm for sure dpt mmbahagiakan hana..org slalu doakan hana..nnti da siap kad..anta snie ek satu.. :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!