engagement of syamim & hanan

salam ;

peeerrrghhh....mmmmuuujjjjjurrr laa..pertama kali saya rasa dalam hati ' mujur dah upload gambar-gambar di FB '..kalau ikutkan, diri sendiri segan sikit nak buh macam-macam gambar dalam FB..tapi disebabkan tindakan sudah mengupload pic dalam FB yang dapat menghasilkan entri..alkisahnya..tiba-tiba pendrive saya langsung tak dapat didetect dan satu-satunya tempat saya store all those pic was only at that pendrive...gggrrr...langsung tak pikir akan jadi camnie..mujur FB menyelamatkan saya..

okay, tutup cerita tu..sekarang kita pergi ke tujuan utama entri ini..tengok tajuk pun tahu dah kan saya nak cite pasal apa..yup yup, sorang lagi my besties sudah tukar title lagi..bukan lg gf org, tapi sudah transform sebagai tunangan orang..yiyeah...

syamim, one of my schoolmates dari zaman sekolah rendah lagi..pertunangan on 18th February yang lepas, alhamdulillah berjalan dengan sangat lancar  :)


* mini pelamin
my comment - simple but sgt nice..love the creativeness

jom layan deretan gambar yang sempat diupload..
dan tiba masanya, perkenalkan bride to be kita ..

* gorgeous babe .. serious

* pari-pari yang turut hadir ;)

* daring pose
rombongan lelaki sampai dalam 1.45 pm..lebih kurang as what they promised..if tak silap saya, pihak lelaki memabawa 11 dan dibalas 13 dulang dari pihak perempuan (i'm really not sure about this)..perbincangan tak lama pun, dalam 15-20 minit..tak dapat nak ambil pic time sarung cincin sebab time tu saya di luar..sori sangat-sangat babe..takpe la..yang penting, function berjalan lancar kan..
* from both side
tak dapat nak stay lama di situ..ada urusan lain yang perlu saya kejar..so, sebelum balik..posing jap ngan bride to be ni..

# status mereka suda sama..kikikiki

* bersama tuan tanah belog

to syamim dan pasangan,

selamat menempuh alam pertunangan..congratulation on your day, babe..semoga jodoh dan kasih sayang di antara kalian berdua makin kuat sehinggalah di satukan sebagai pasangan yang sah..banyak-banyak kan bersabar dan moga semua nya berjalan lancar nanti ye..insyaAllah..


terima kasih sudi singgah dan baca ;

jangan tinggalkan aku - september band

salam ;

selamat hujung minggu semua..layan satu lagi video di hujung-hujung minggu ini..tak silap, indonesian band..tak pernah pun dengar lagu ini..cuma kebetulan belek-belek YouTube tempoh hari, ternampak video ni..apa lagi, terus search lirik..hmmm..best sangat lirik dia..

hmmmm..boleh kata specially dedicated untuk si dia..harap-harap dia paham..sebab memang benda ni yang saya rasa tiap-tiap hari..  =.=





Jangan Tinggalkan Aku

mungkin aku terlalu menyayangimu
semua yang ada padamu
karena kamu membuatku berarti
hinggaku tak dapat menjauh

dalam setiap langkahku
kuingin kau disini
hingga akhir usiaku kau tetap
menjadi yang terbaik untuk diriku

aku takut engkau tinggalkan diriku
mencoba mencari cinta
selain cinta yang kuberikan

aku takut engkau patahkan hatiku
membuatku semakin terluka
dan tak akan pernah termaafkan


terima kasih sudi singgah dan baca ;

perkahwinan bukan sesuatu yang membebankan

salam ;

hai semua..perasan tak sekarang gejala sosial antara remaja makin menjadi-jadi..bila kita tanya,  ' nape tak terus nikah je..??kan senang.. ' ..alasan diorang bagi.. ' duit takde ' ' duit tak cukup lagi ' ' belum sempat saving lagi ' ..

tapi, betul ke duit punca benda baik camtu terhalang..??
duit, punca orang sanggup buat benda jahat dari buat benda yang elok..??

pperrrghh..kuat betul kuasa duit ek..cuma disebabkan 4 huruf tu je , D U I T ..
tapi, bagi saya tak..semua tu kadang-kadang alasan je nak selamatkan diri..yup, diakui..memang duit itu penting tapi penting sangat ke sampai jadi batu besar penghalang camtu..bagi saya, duit hanya sebagai cabaran..cabaran bagi menguatkan azam kita bila berkehendakkan sesuatu..tapi itu pun kalau kita betul-betul nak la..kalau betul kita dan pasangan kita betul-betul ikhlas dan memang mahu ke arah itu..galas cabaran tu bersama-sama..jangan seorang je yang pegang beban tu..sakit tau..

dan lelaki,
percaya lah..bukan semua wanita materialistik..kalau dia benar sudah jatuh sayang pada seseorang..hati dia nekad dan dia akan tetap dengan keputusan dia..tak kira la camne halangan sekali pun..macam contoh, cuba baca kisah bawah ini ye ..

________________________________________________________________

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.
Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

* Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
*Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

  • Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?
  • Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

  • Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
  • Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?
  • Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.
  • Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?
Fikir2kan lah sendiri...

Seganlah. Nanti orang kata apa.”
Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting.
  • Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
  • Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
  • Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?
  • Harga lampin pakai buang.
Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!
Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

#
________________________________________________________________

see..masih ada lagi kan orang yang tak terlalu memandang materialistik sangat..bagi saya sendiri pun, cukup la ada keperluan yang asas sahaja..tahu, mesti akan ada orang cakap,

' eh awak bujang lagi, boleh la cakap camtu..cuba rasa sendiri la hidup berumahtangga..nanti awak tahu siksanya '..

saya cuma boleh jawab

' insyaAllah..moga rasa besederhana ni kekal dalam diri sampai bila-bila..keinginan untuk sesuatu itu memang banyak..tapi cuba untuk dibendung supaya tak menjadi-jadi dan mengukur kemampuan diri dulu.. '

* moga Allah melancarkan urusan kami..dikuatkan hati saya melawan segala prasangka dan dugaan sekarang..insyaAllah ..

terima kasih sudi singgah dan baca ;


a thousand year - christina perri

salam ;

minggu lepas dah layan lagu happy..ni kali kita layan lagu sentimental pula ye..tapi mood masih lagi sama..masih berbunga-bunga cinta..huhuhu..hati banyak seronok sekarang..debar menunggu hari ke hari..hehehe..tak sabar okay !!

ringtone untuk si dia pun dah bertukar..bukan lagi lagu The Sisters-Ku Sedang Jatuh Cinta..sudah tukar ke yang ni..walau pun bunyinya macam mendayu-dayu sikit..tapi, tetap nak juga..sebab tiap kali dia call, akan bunyi ' i have died everyday waiting for u..darling, don't be afraid..i have loved u for a thousand year..i will love you for a thousand more '..boleh jugak bayang macam dia tengah cakap macam tu ke saya..hehehe






a thousand year

Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
 Time has brought your heart to me
 I have loved you for a thousand years
 I love you for a thousand more

One step closer
 One step closer

I have died everyday waiting for you
 Darling don’t be afraid I have loved you
 For a thousand years
 I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
 Time has brought your heart to me
 I have loved you for a thousand years
 I love you for a thousand more

terima kasih sudi singgah dan baca ;

serius : untuk mereka yang tak serius

salam ;

selamat hari jumaat..pphheewww...belog kembali terabai 5 hari..eeerrr...maaf ye..bukan sengaja abaikan, tapi tak de benda nak cerita pun..tak kan nak sibuk sogok dengan entry challenge je..nanti bosan pulak korang kan..langsung tak memberansangkan..jadi, dari saya terus merapu bukan-bukan..baik diamkan saja kan..


pernah tanya satu soalan pada #encikchentahati  :


satu couple masuk satu restoran tu..then, berlaku dua situasi :

1 ) yang si lelaki melirik-lirik ke gadis lain dalam restoran itu..tahu apa reaksi gadis tu, malu-malu..betul-betulkan tudung/rambut dan dalam hati cakap ' ehem ehem..lelaki itu ada gf pun masih nak lirik-lirik aku..mesti ada sesuatu pada aku yang menarik perhatian dia..ermmm..apa ye.. '

2 ) yang si wanita melirik-lirik ke lelaki lain dalam restoran itu..cuba teka pula reaksi lelaki itu..merenung wanita itu dan paling ke arah lain..dalam hati dia cakap ' sial la perempuan itu..tak pernahnya cukup kan..da ada lelaki sebelah dia, sibuk nak pandang lelaki lain..tamak betul..perempuan cam ko memang sampai bila pun tak bahagia..tak pernah bersyukur.. '


hmmmm...tengok perbezaan reaksi itu..yang si lelaki tu dapat pujian tapi yang perempuan itu dapat makian..pergh..tak pasal-pasal je kan..dari pandang yang lansung tak berniat jahat, terus kena maki sumpah..tapi macam tak aci kan..wanita tu juga yang dapat teruk..yang si lelaki tue siap ada peluang untuk tambah cawangan..

errr..napa jadi camni ye..bila seseorang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada..bila seseorang itu sibuk mengenal benda yang baru walaupun bukan bertujuan serius..tetap menyakitkan hati si pasangan..bila sudah ada seseorang yang tetap di sisi..perlu ke berkira-kira lagi untuk mencuba lain..??cinta dan kasih sayang itu benda elok tau, benda indah..kenapa perlu kotorkan dia, perlu cemari dengan perbuatan camni..nanti semua orang benci cinta, semua orang berprejudis..owh..tak amannya dunia kalau camtue..

tapi, kalau tepuk sebelah tangan je..mesti tak bunyi kan..kalau tak de yang sudi nak sambut tepuk tu, mesti tak jadi..yang si gadis/lelaki lain itu..jangan la pulak sibuk nak melayan-layan..dah awak tahu dia sudah ada pasangan, perlu ke melayan baik tiap jemputan dia..da jelas terbentang, awak tahu status dia, perlu ke awak gedik-gedik manja bila dia 'syg' 'dear' 'laling' 'ayg' awak..??bukan minta awak bermusuh, putus saudara bagai..cukup menolak dengan baik..jangan sampai awak dituduh punca perosak kebahagiaan org lain sudah la..recall balik lagu JT ' what goes around, comes around '..sekarang awak syok melayan milik orang, tak mustahil nanti awak tak sedar yang milik awak pun syok melayan org lain..kut iye pun nak balas dendam sebab pernah kena camtu, jangan sampai orang yang tak bersalah pun jadi mangsa..cuba fikir perasaan orang lain ye..

untuk si wanita/lelaki yang menjadi mangsa...berhati-hati la..jangan terlalu mudah percayakan pasangan anda..perlu ada sedikit ragu-ragu..dan tertanya-tanya..di mana dia, apa dia buat..jangan terlalu pegang sangat apa dia cakap..bukan mengajar untuk terlalu berprasangka..tapi wujudkan sedikit perasaan itu..supaya bila tembelangnya pecah, kita sudah bersedia..bukan juga minta terlalu kongkong si dia..menuduh dia bukan-bukan..sampai bergaduh, bertengkar besar hanya kerana benda yang belum tentu sahihnya..jangan camtu..cuma jangan terlalu percaya 100%..itu saja..kalau boleh, elak kan pergaduhan atau paling teruk, perpisahan..sebab benda tu sakit tak..take time to recover..

# tengok tue..jahat  ;(

hmmmm..okay cukup..entri ni bukan nak menghentam atau mengback-up mana-mana pihak..cuma general..respons saya pada apa yang terjadi sekarang..luahan dari diri sendiri dan juga mewakili perasaan rakan-rakan terdekat..semua orang mahu menyayangi orang lain kan, dan in return diorang pun harapkan benda yang sama dari orang yang disayangi..bukan satu penipuan atau permainan..kalau sayang, be nice..kalau nak main-main, be remind..bukan semua orang suka main-main..ada sesetengah orang tu, hati dia memang mudah pecah..so, treat her/him nicely..
* teringat qoute iklan tampal depan pintu opis


setialah kepada pasangan anda,
perpisahan boleh dielakkan


terima kasih sudi singgah dan baca ;

tapi hari ini terasa macam mahu meluahkan sesuatu pulak..menaip membebel macam-macam di sini..kali ini, taipan penuh dengan emosi dan maksud..bukan taip-taip kosong..

i do - colbie caillat

salam ;

selamat hari ahad..lama tak layan seleksi video pilihan hati di hujung-hujung minggu ni kan..jadi untuk hari ini, layan 1 lagu dari Colbie Caillat ye..tak tahu la nape..tapi sejak akhir-akhir ini, hati rasa riang je nak nyanyi lagu ini   :)




I Do

It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy sayin our love wouldn't last
That was the only way I knew til I met you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, what did I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust I never felt it like I feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh Can I get myself into
You make me wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm 80 years old and sittin next to you.

And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let us go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you


terima kasih sudi singgah dan baca ;

 

challenge 15 : a TV show i'm currently addicted to

salam ;

kalau cakap pasal tv shows..memang konfom, jawapan Gossip Girl memang terpacul kuar dulu..tak tahu la, apa kuat sangat aura cerita ni..memang serius suka gila kat cerita ni..mula follow cerita ni if tak silap dalam tahun 2009..bukan follow direct dari tv pun..ambil collection dari kawan..masa tu dah setel 2 seasons da pun..ambil lama da..tapi tengok tue, lepas 6 bulan lepas..hehehe..biasa la..saya kan memang suka peram..bila dah layan..memang tak leh stop..best sangat..

Gossip Girl is an American teen drama television series based on the book series of the same name written by Cecily von Ziegesar. The series was created by Josh Schwartz and Stephanie Savage, and premiered on The CW on September 19, 2007. The series revolves around the lives of privileged young adults on Manhattan's Upper East Side in New York City.

The series begins with the return of Upper East Side "It" girl, Serena van der Woodsen (Blake Lively) from a mysterious stay at a boarding school in Cornwall, Connecticut. Blair Waldorf (Leighton Meester), whom creators describe as the queen at the center of their chess game, is a longtime friend and occasional rival of Serena's, and the Queen Bee of Constance Billard School's social scene. The story also follows Chuck Bass (Ed Westwick), the bad boy of the Upper East Side; "Golden boy" Nate Archibald (Chace Crawford), Chuck's best friend and Blair's ex; and other characters of the turbulent Manhattan scene: Dan Humphrey (Penn Badgley), Nate's friend and Serena's on-again, off-again ex; Vanessa Abrams (Jessica Szohr), Dan's best friend; and Dan's sister, Jenny Humphrey (Taylor Momsen)

- ini saya copycat dari Wikipedia saja ..


# season 1
setelah hampir 5 tahun, gossip girl dah masuk season 5 dah..dari kisah di High School, sekarang masing-masing sudah dewasa..Blair siap dah nak kawin da pun..Chuck yang dulunya sangat playboy sudah mula jadi makin gentlemen..Serena, always beautiful..adore gila dengan dia punya stail..Nate pun sudah jadi editor dan seboleh-boleh cuba untuk berusaha tanpa mengharapkan pengaruh keluarga dia..tapi Dan makin lost..dari dia yang paling briliant dulu, sekarang dah makin blur..huhuhu..makin difollow series ni, makin tak boleh lepas..

# serena

# chuck

# dan & blair
season 5 nie pun dah nak abis..dah masuk episod 13..lagi 3 episod pun dah nak tamat da..setiap minggu mesti tunggu dalm 2-3 hari dari tayangan sebenar kat tv, baru leh download..bila dapat tengok tu, serius rasa puas hati sangat..tapi sejak episod yang minggu lepas (23/01), web yg bese saya tengok tue dah kena block..waaa..jahatnya..nape block..bagi la saya layan lagi 5 episod lagi..nak tahu apa ending dia..Blair dan Chuck akan tetap bersama juga ke..atau Blair akan tetap kawin dengan Prince of Monacco tue..waaa...serius tertekan sekarang  =.=

# gossip girl
terima kasih sudi singgah dan baca ;

farewell nadiah

salam ;

bertemu dan berpisah adat manusia biasa ..
hilang di mata tapi di hati tidak lupa ..
berdoalah kita agar aman dan sentosa ..
semoga kita berjumpa lagi di lain masa ..

biasa dengar kan lagu ini..terutamanya dalam mana-mana majlis farewell, mesti akan ada lagu ini as a background song..betul tak..lirik dia coet tu je..tapi betul-betul bermakna..maksudnya lebih kurang cam kita relakan dia pergi di samping kita berdoa semoga ikatan persahabatan tu terus kekal..

macam itu juga la yang diharapkan bila one of my colleagues kat ofis tu melangkah kuar dari pejabat..Nadiah..saya dengan dia, sama-sama satu lantikan JPA dan sama-sama masuk ke Pejabat KPKK..dia ditempatkan di Admin dan saya ditempatkan di Kewangan..ingat lagi masa mula-mula masuk dulu..sama-sama baru, sama-sama zero knowledge pasal government..mana-mana memang ngan dia je..seminggu kami berkurung dalam bilik mesyuarat, membaca membelek fail yang bertimbun-timbun..

pejam celik pejam celik..hampir 17 bulan rupanya kami dah bekerja bersama..teringat sewaktu sama satu bilik dan satu group dengan dia sewaktu induksi di Mersing tahun 2010 dulu..pergi makan, pergi meeting..mesti pergi berdua..huhuhu..yela..dua-dua budak baru kan..bila dah lama bekerja, masing-masing sudah mula selesa dan boleh adapt untuk kerja dengan orang lain..

31 Januari yang lepas merupakan hari terakhir dia di ofis..Nadiah ditawarkan sebagai fellowship USIM dan akan full time sambung Master hingga PHD di UM..waa..UM..IPT itu pernah menjadi idaman saya sekiranya berpeluang sambung Master..best kan..habis belajar nanti, da dapat pegang sijil PhD..memang salute la same dia..pada hari yang sama juga diadakan satu majlis farewell khas untuk Nadiah..


# speech by her

# sedih ke suka tu ..

# penghargaan dari BKP

# penghargaan khas dari Unit Pentadbiran


untuk Nadiah ,

selamat maju jaya di masa akan datang..welcome back to student's life..belajar elok-elok ye sehingga ke peringkat PhD..tak mo ngelat-ngelat ye..nanti abis belaja, dah boleh tukar title 'Dr' ke ' Prof' ke..hehehe..moga kuat menghadapi cabaran di masa akan datang..terima kasih untuk semuanya sepanjang tempoh 17 bulan kita bekerja bersama..maaf kalau ada tersilap, terkasar bahasa, terlebih gurau..serius..memang tak niat tau..may Allah bless kamu dan moga ikatan persahabatan kita akan terus kekal..tak lupa juga, jangan lupa jemput ye bila majlisnya nanti    ^  ^




terima kasih sudi singgah dan baca ;

challenge 14 : who am I ?

salam ;

selamat hari jumaat !!..yeah..sudah jumaat sudah hari ini..esok sudah cuti..cuti panjang pulak tue..tak sabar la..excited..rehat panjang lagi ..

jom..sambung challenge lagi..sudah sampai yang ke 14 dah ni..yeah..sudah sampai separuh..best best..kali ini minta basic question pulak..suh tuan punya tanah cite pasal diri sendiri..

siapa saya ye..soalan dah macam lebih kurang challenge 11 tempoh hari..tapi yang aritu minta 5 facts je..yang ini mungkin unlimited..jadi, cuba geledah lain sikit ek..bagi tak redundant dengan yang aritue punya ..
  • full time government servant..hightlight sikit perkataan servant tue..kerja saya bukan setakat duk kerusi empuk goyang-goyang kaki je tau..atau pun cuma isi perut dengan makan free tiap kali ade meeting atau attend mana-mana kursus..commitment saya pada kerja tinggi..bila buat-buat cincai..serius akan rasa sangat bersalah..baik kan saya ni..huhuhu..mestila..bila hujung bulan..bila dapat gaji tak risau ke kalau rezeki tu tak berkat..??
  • happily taken by him dan mengharapkan akan ada satu anjakan paradigma nanti..insyaAllah  :)
  • buat masa sekarang ni memang di barred dari borders malaysia..nak langkah setapak kuar, konfom bunyi beep beep tu memekak..kenapa..??paham-paham sendiri la..janji..gaji bulan 3 start bayar..huhuhu..camne nak ikut g Padang  ;'(
  • # makin tembam ..
  • saya ni pemalu..sangat tau..sekali orang usik..konfom pipi merah blushing-blushing..bila jumpa orang tertunduk sahaja..orang panggil pun, rasa berat je kepala nak dongak..sebab..saya malu sangat.. ahaks !!!..tolongla hentikan segala sifat hipokrit ini..tak bek menipu di hari jumaat ni tau..eh bukan hari jumaat je..hari lain pun jangan menipu..berdosa..Allah tak suka orang yang suka cakap belit-belit..pemalu tu memang la pada awalnya..tapi bila dah kenal, dah rapat, dah mesra..kita jadi biasa je la kan..
  • memang cukup tak reti nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati..suka pendam, suka simpan..lama-lama bula dah tak larat..meletup..tapi bila meletup, apa yang jadi..air mata berjujuran laju mengalir..aish..nape lemah sangat diri ini..cuba la jadi tough sikit..
  • attention seeker..yup..itulah hakikatnya..bila rasa terbiar kejap, mula la buat perangai minta dilayan..dan yang menjadi mangsa haruslah si buah hati..kesian dia, tengah-tengah penat pun saya kacau dia..bila dah kena marah, baru nak rasa menyesal..pastu baru terpikir, kalau boleh sabar tadi..mesti tak kena marah..dan pastu,apa jadi..haruslah diri ini berendam air mata..yela..kena marah kan..tak kan nak gelak..
  • cepat bosan..my taste keep changing..minggu lepas kata benci, tapi tak mustahil masuk minggu depan hati boleh jatuh sayang..memang cepat lembut hati..tapi janganlah pula tuduh saya ni cepat berubah hati dalam soal hati dan perasaan..part tue lain cerita la..even lemah camne pun, akan cuba juga untuk kuat..untuk still strong pegang semua janji yang pernah keluar dari mulut comel ini..
  • cuba untuk memuaskan hati semua orang..walau susah camne pun, akan cuba..even sampai menyakitkan diri sendiri..semua tu tak penting, asalkan mereka yang tersayang happy dan bahagia bila dengan saya..yup, it's true..sometimes, i have to give fake smile asalkan mereka senang..cuma cukup, bila mereka hargai kehadiran saya..itu saja saya minta..
  • need to learn how to be independent..sebab rasa hidup hampir 25 tahun ini, tak sudah-sudah menyusahkan orang..tak tahula bila boleh mula tabur jasa untuk orang lain..errr...kadang-kadang memang rasa sangat useless :(
  • cepat rindu si dia..tu la..bila da terbiasa sangat ada dia..sentiasa..bila berpisah 2 hari tu, rasa macam sangat la lama..huh..memang cukup tak suka perasaan tu..tue baru 2 hari..so, boleh bayang apa saya rasa masam 9 hari jauh dari dia hari tue..teruk sangat..rindu sangat..hmmm..camne nak tahan rindu bila berjauhan 6 bulan nanti  =.=

errr..banyak da tue rasanya..huhuhu..boleh la tue kan..ne thu, next challenge ada minta lagi..leh tulis yang lain pulak..pelan-pelan ye kenali diri tuan punya tanah ni..tak kan nak main expose semua..tak bestla cepat sangat dah tahu semua kan..

// tekan sini untuk lihat senarai challenge ..


terima kasih sudi singgah dan baca ;

sweet pavlova

salam ;

hai semua..back to work balik pada mana-mana yang bekerja di kawasan wilayah persekutuan..
* ucapan tu lebih tepat dituju ke saya..mood tenggelam timbul je sebenarnya nak kerja ni..huhuhu

okay..untuk mendatangkan mood..kita cerita benda yang mengembirakan hati ye..bagi hati lebih excited bila hendak kerja..

minggu lepas, nampak satu offer kat MilkADeal..menarik..terus rasa nak share..errr..tapi sama niat juga meluahkan hasrat hati sebenarnya ..

# offer ..
kebetulan kawan #encikchentahati memang ada jual benda ni..dia minta saya terus je order ke kawan dia..tapi pas risik-risik harga dengan kawan dia tu..terus pendam dulu niat nak rasa benda ni..sebab for me..quite mahal juga..hmmm..takpe la..belum sampai tahap mengidam lagi pun..

isnin(30/01), back to work !!.hari tu memang excited nak pergi kerja..bukan tak sabar nak menghadap kerja yang menimbun dek kesibukan bercuti panjang..tapi hati lebih tak sabar-sabar nak jumpa si dia..hohohoho..rindu sangat la...dah janji nak joging sama petang tu dan dia bilang ada surprise..weeehuuu..lagi la buat tak sabar nak jumpa kalau camni..

setel joging, berehat jap sambil berbual..cerita pasal hari bakal tiba..tengok dia excited sangat..saya suka..comel okay..hehehe..tak lama pas tue, dia pecah lubang..

abang order pavlova yang sayang nak tu..malam ni kita pergi amik..tu la surprise yang abang cakap tu..nanti kita pergi jumpa dia sama-sama amik..


weee....seronok..dia buat surprise macam ini lagi..macam hal macarons hari tue..perasaanmasa itu bercampur-campur tau..seronok + excited + debar..huhuhu..terima kasih sayang..suka sangat..ni yang wat tambah sayang ni  :)

taaadaaa..ni dia rupa pavlova tu..betul-betul macam yang saya baca di blog-blog..cuma, berbeza sikit kat part hiasan..weeee..tak sabar nak rasa..nak rasa apa yang sedapnya macam ramai yang review tue..

# 2kg of pavlova
perrrghh..masa nak potong tu memang betul-betul berhati-hati..selama ini, saya ingat yang tepi tue lembut macam krim..rupanya keras..tapi bukan lah keras cam kayu..tapi keras rapuh..kira kalau pegang kuat sikit, boleh pecah la..

# after 2 slices
eh jap..cerita sikit pasal pavlova ni..mengikut bacaan saya di wikipedia..pavlova ni adalah sejenis meringue-based dessert yang diperbuat daripada putih telur dan gula halus..asal usul tak pasti..tapi ada dengar cerita, New Zealand dengan Australia sibuk claim yang ni resepi diorang..lantak pi la depa..yang penting saya makan, puas hati..


untuk si buah hati ;

terima kasih sudi layan tekak yang bukan-bukan selera ni..nak tue memang nak, tapi bila dengar price..macam berkira-kira pulak nak teruskan niat tu..tak sangka pula awak sudi layan..hmmm..siap wat surprise lagi..terima kasih sangat tau sayang..buat lagi camnie selalu ye..nie yang wat tambah sayang lagi nanti..hehehe..haip haip haip..jangan mula nak pikir bukan-bukan ye..tak kisah pun..yang penting awak ikhlas kasi..itu cukup da pun..again..terima kasih ye..   ^ . ^




terima kasih sudi singgah dan baca ;

25th years of their marriage

salam ;

# leader + first lady

tanggal 1 februari..tambah satu angka lagi dalam usia perkahwinan ayahanda dan bonda tercinta..dan pada 1 februari 2012..usia perkahwinan mak dan abah sudah masuk 25 tahun..sudah suku abad..

special entri fully dedicated untuk mak dan abah sempena thier marriage anniversary..


untuk abah dan mak,

terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami 4 beradik sehingga ke tahap kami sekarang..kami tak kan berada di keadaan sekarang tanpa usaha gigih, penat lelah dan pengorbanan kalian..terlalu banyak dan sampai bila-bila pun, tak kan mungkin dapat kami balas balik..maafkan kami bila kadang-kadang kami degil, keras kepala dan tak sudah-sudah menyusahkan mak abah..moga kebahagiaan akan kekal berada dalam keluarga kita..sabar dan kuat dalam setiap ujian yang diturunkan..sayang sangat-sangat tau !!   ^ - ^

// ikhlas dari syima, ika, amir dan nisya



terima kasih sudi singgah dan baca ;

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!