sepuluh semuanya

morning semua ;
rajin kan saya awal-awal pagi nie mengupdate belog..nak tahu kenapa tak..sebab saya sekarang saya sedang bekerja..huhuhu..sabar je la..org lain syiok-syiok berehat..saya sibuk berbengkel di PICC nie..takpela..nak jadi workaholic kan..kena la berkorban..hahaha..konon !!..
konsultan sibuk membebel..saya sibuk surve internet..hehehe..bagusnya ada WiFi facilities nie..i like  :)

belek-belek dashboard..nampak satu entri padaa belog cik comel nie..cik Huda Luna Hussin Al-Sagoff..baca tentang ini..macam menarik..dan mahu try la.. !!

top ten ~
  •  day one : 10 things about you
  • day two : 10 things you love
  • day three : 10 things you hate
  • day four : 10 things you want to say to one person
  • day five : 10 wishes
  • day six : 10 items you can’t live without
  • day seven : 10 important people
  • day eight : 10 of your favourite songs
  • day nine : 10 ways to win your heart
  • day ten : 10 final words
moga saya berjaya..harap-harap!!

    Formula 1, Sepang

    salam semua ;
    mula-mula sekali saya mohon maaf dulu..saya tahu kebanyakan entri-entri yang saya keluarkan sejak-sejak akhir ini bukanla khabar baru bagi saya..tapi tetap gak saya nak tayang dan bebel..hehehe..macam orang cakap.. 'better late than never' kan..

    awal april yang lepas, sempat jugak la merasa peluang sampai ke tempat nie..selalu nampak tempat nie bila jalan ke enstek..tapi tue la tengok dari jauh je la kan..dia bukan macam shopping mall, suka-suka hati kita je nak kuar masuk tempat tue..mahu kena kejar la kalau buat perangai sehodoh gitu..tiket untuk nie kami beli lama da..kalau tak silap..awal februari lagi..bayar through my cousin..dia yg promote psl event nie..terus nama cinta hati terpacul dalam kepala otak..ajak dia dan dia ajak adik dia..so jadi la kami berempat hari tue..

    the billboard ~

    tickets ~
    pagi-pagi tue tunggu my cousin, wan dari semenyih ke putrajaya..sian dia..sampai tersesat-sesat dia mencari kawasan umah saya..mujur signboard-signboard di putrajaya nie banyak membantu..huhuhu..terima kasih !!

    race start dalm kul 4..kami sampai sana dalam pukul 2 lebih..tuepun setelah stuck hampir sejam dlm usaha mencari parking..huhuhu,.mujur menggunakan kereta bertransmisi kan auto..kalau tak..siksa gak oo..sampai ke sana..jalan-jalan dulu di goodies booth..cuma boleh tengok je la..harga memang tak yah cakap la..sanga bersopan santun..

    berangan saja ~

    dia ~

    captured by me..hmmm ~
    menjelang pukl 4, berdedai-dedai kami ke tempat kejadian..
    the entrance gate ~

    berdiri menyanyikan lagu Negaraku ~

    with him ~
    lama gak menunggu dia start..alhamdulillah..mujur cuaca sangat sporting hari tue..manja-manja je cuaca nya..tak panas pun..   :)
    pembukaan race ~

    cars ~

    khusyuk mereka ~
    i thought the race cuma dalm 3-4 laps je..rupanye berpuluh-puluh..fuhh..jenuh gak tue menunggu dia nk habis..setiap kali kereta-kereta tue melintas..memang tak yah berbual la..langsung tak dengar..kuat kut bunyi enjin dia..mujur sampai sekarang tak de side effect dia..huhuhu..
    sabar menunggu ~

    early race ~

    view from our seats ~

    dah kata lama menunggu kan..perut nie memang tak leh di nafikan la kewujudan dia..krukkk krukk tak sudah-sudah..pergi nganwan survey makanan..adei..paling murah pun rm20..huh..memang betul-betul mencekik diorang nie..tapi nak wat camne..perut nie lagi berkuasa..beli jugak saya..

    value = RM 20
    menjelang dalam kul 6..race pun abis..saya sendiri tak tahu siapa menang..hahaha..tak kenal pun..bukan la minat sangat pun,.yang kenalpun cuma Michael Schumacher ngan Luis Hamilton..Michael Schumacher tue rsanya da macam bukan zaman dia da skang..Louis Hamilton tue kenal pun sebab heboh gosip dia bercinta ngan Nicole Scherzinger (erkk..betul ke ejaan dia)..lantak la..sapa yang menang pun..cuma yang saya tahu, saya dapat masa ngan cinta hati saya..itu cukup da..  :)
    model lagi ~

    dia dan adik dia ~
    sebelum balik, singgah balik ke tempat goodies bag tue lagi..ne tahu dapat beli pape barang dengan harga murah ke..hmmm..tapi harapan..lagi melambung-lambung ada lah harga dia..huhuhu..sabar je la..kesimpulannya, saya happy sangat that day..

    terima kasih pada kamu semua ye ~
    see you ~

    perihal 28 februari yang lepas ~

    salam semua;

    maaf..lewat muncul hari ini..satu hari di PICC betul-betul menyekat kebebasan berinternet saya..huhuhu..mujur discussion itu tak membosankan..tak terasa pun masa lambat berjalan..sedar-sedar..eh dah pukul 1, masa untuk lunch..hohoho..yang nie saya memang puji..sedap kut menu dia..siap desert lagi..nak amik lebih..tapi malu pulak..ambik buat cukup syarat je..hehehe..bincang-bincang lagi..eh eh..dah pukul 4..coffee break pulak..hohoho..makan saja hari ini..

    tapi yang wat tak shioknye..orang lain dapat cuti 3 hari..kami dapat 2 hari je..bengkel nie drag smpi ke hari sabtu..adei..kacau betul..dahlah yang hari sabtu pun sampai pukul 5..huh..mujur isnin cuti..kalau tak, sehari je la kami cuti..okeh..tutup pasal isu yang melemau kan itu..kita balik pada tujuan entri ini dulu k..cuba rujuk balik entri ini..saya ada janji nak cerita detail kan pasal benda ini..huhuhu..sori..lama sangat tertangguh benda nie..sampai melangkau 2 bulan..maaf sangat-sangat..janji tetap janji..kat sini saya cerita ringkas-ringkas dah la ek pasal hal ini..
    pas he got an accident that day..dia dapat mc 3 hari..then dia appy cuti lagi 2 hari..huhuhu..seminggu dia tak de..boleh jadi saya sasau gak la time tue..doctor cakap, dia tak de pape..cuma luka sikit then ada crack skit kat rusuk dia..dinasihatkan untuk dia supaya jangan join sgt aktiviti2 lasak dan rehat dulu..tapi rasanya sekarang dia main belasah je masuk mana-mana sukan..dah kalau minat, kita tegah la macam mana pun, mesti dia nak jugak..degil kan dia..??

    koyak di bahu dia ~

    koyak di seluar dia ~

    close view ~
    orang pnya risau dia cedera..dia sibuk sedih baju ngan suar dia nie rosak..saba je la..tengok..siap gantung lagi wat kenangan..

    in a memory ~
    pas tahu dia kena accident..hati memang terus tak senang..mujur ada kawan yang nak tengok dia ke hospital..terus follow..mintak izin dari bos..then terus ke hospital putrajaya..teman dia di situ sementara tunggu turn dia dipanggil doktor.

    luka di tangan dia ~

    became serious ~

    after a few day ~

    yang nie paling dia sedih ~
    pas jumpa doctor..amik ubat..beredar kami dari hospital..mujur tak de pape sangat..dan sampai sekarang tak de pulak dengar dia ngadu pape pasal sakit kat dada dia..harap-harap dia okay la..insyaAllah..

    sepetang di bilik ais

    salam semua ;

    pernah dengar nama tempat 'Ice Room'..rasanya majoriti pernah pergi kan..taip je ice room kat google..rsenye berlambak-lambak blogger review pasal this place..saya tahu tempat nie dari one of my colleague..dia heboh  aiskrim tempat nie meman paing heaven la..memang rugi betul kalau tak try..adei..dahla diri nie memang hantu aiskrim..membuak-buak nafsu teringin nak pergi..

    terima kasih pada cinta hati..tercapai jugak niat nak pergi..dia cuma tahu lokasi di Nilai..tapi rasa kalau pergi ke Nilai macam jauh sangat pulak..padahal area Bangi ada..so decide nak pergi yang kat Bangi even tak tahu jalan..takpe..malaysian kan budiman..kita sesat kita tanya la kan..

    jalan punya jalan..pandang kiri pandang kanan..akhirnya nampak bangunan bercat hijau ini..baca betul-betul..hoyeah!! sampai da..   :)
    front view ~

    the menu ~

    muka budak ini happy sebab niat tercapai..terima kasih sayang !!
    since memang lunch langsung belum sentuh..dalam perut nie membuak-buak dah minta diisi..jadi, tujuan kami ke situ bukan saja untuk makan aiskrim..tapi juga merasa makanan lain.

    Chicken Bologness Spaghetti dan Red Tea with Broen Sugar Milk Ice ~

    Black Pepper Chicken Chop dan Fresh Milk Pearl Sago Ice ~

    bersiap sedia mahu makan..lihat muka excited dia ~
    seterusnya..tarikan utama tempat ini..mesti cuba..tapi dalam hati ada sedikit kuciwa..takde chocolate ice cream..hohohoho..my favourite tue..tapi takpela..kita cuba perasa lain la..

    blueberry dan peanut ~

    lihat muka dia menikmati aiskrim itu ~
    pembuka selera sudah..dessert pun sudah..sedawa kekenyangan pun sudah ...

    alhamdulillah ~

    selesai semua, haruslah mengagahkan diri mengangkat perut keluar dari tempat tue..kesimpulannya, this place okay..paling istimewa haruslah aiskrim nya..tapi sudah cakap sama cinta hati..pasnie kalau datang lagi mungkin kami cuma akan kongsi je aiskrim tue..yela..nafsu tinggi beno masng-masing..bila da sampai jenuh nak ngabiskannya..kawan-kawan yang lain, mana-mana yang penghantu aiskrim..meh la datang try..pasni saya nak try "Tutti Fruiti' lak..itu cik Farhana Sedek sudah cucuk-cucuk saya suh pergi..cinta hati pun da bagi green light..hoyeah!!

    wordless wednesday : alone

    wednesday everyone ~
    don't let me by myself ~

    kalau lah dia tahu

    Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

    Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

    Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

    credit to flickr

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

    Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

    note ini dari sini ;

    wordless wednesday : cold hearted

    wednesday semua ;

    hati sy mungkin beku tapi mudah cair

    ya !!..aku gila..


    CINTA GILA by DEWA 19

    Hati hati dengan hatiku
    Karna hatiku mudah layu
    Jangan kamu bermain-main
    Karna ku tak’ main-main

    Sungguh aku bersungguh-sungguh
    Cintaku ini cinta mati
    Mati-matian aku
    Pertahankan cintaku

    Aku takkan rela...bila kau tinggalkan
    Aku kan berbuat...apa saja
    Untuk mendapatkan kamu lagi

    Rupa rupa alasan kamu
    Untuk tetap tinggalkan aku
    Rupanya kamu memang
    Sudah tak cinta aku

    Cintamu yang berbisa
    Bisa racuni aku
    Bisa-bisanya kamu mau tinggalkan aku


    bowling di Alamanda

    selamat hujung minggu semua;

    kembali dengan cerita lama..bukan lama terperuk dalam draft..tapi memang betul-betul baru boleh buat..koordinat sekarang di Ampang..dengan bantuan wifi yang tersangat hebat tahap maksima..bar berjaya..hoyeah!!..semua mari bersorak ek..

    okay..cerita minggu lepas nie..tahu..tapi konfom memang belum basi..sebab elok-elok saya dah simpan dalam peti sejuk beku bagi keep fresh..hehehe..jumaat (8/4) yang lepas..dengan rela hatinya menjoinkan diri dalam aktiviti ini..seronok !!..kejohanan bowling suka suki pejabat kami diadakan di Alamanda, Putrajaya..
    ARL Power Bowl Putrajaya ~
    hampir 20 orang join game tue..serius..memang enjoy gile kut..dahla memang saya nie hebat sangat main tue..keje saya hari tue asyik nak membersihkan longkang saja..gaya ada da..semangat tinggi da..tapi bila baling konfom serong ke tepi..huhuhu..sabo je la..

    meh saya layankan anda semua dengan tayangan susunan gambar di waktu kejadian ye ;

    zairol, abg aziz, cc mail ~
    masing-masing hebat dengan aksi melempar bola ;
    aksi melempar bola ~

    ayu + sopan santun gtu ~

    jamli, shakirah , marini ~

    lagak saja lebih ~
    si kecik !!
    zairol dan teman ~

    bell + ira ~

    pn dana, jasrul, kak linda, kak raja, abg yusuf ~

    pn marya + husband ~

    jejaka idaman malaya la konon ~
    penutup harusla gambar tuan tanah..acara tamat dalam 8.30..seronok sangat aritue..dengan gelak tak abis-abis..serius enjoy gile..untuk orang kuat program itu, kak Raja, terima kasih dengan penganjuran program ini..serius mahu lagi da program ini di masa akan datang..    :)
    clueless ~

    anda baik hati bukan :)

    yang ni pun best !!