yeeehuuu ..sudah sabtu sudah hari ni ...rasanya, rata-rata ramai perantauan pun dah selamat sampai ke kampung halaman masing-masing kan ..paling tak pun, masih lagi dalam perjalanan ..mana yang masih sangkut dalam traffic jammed tue, sabar yaa ..fikirkan wajah gembira orang-orang yang menunggu kalian di kampung tue nanti ..sabar tau ..jangan pecut laju-laju ..fikirkan keselamatan orang lain juga tau ..ececeh ..dah macam iklan keselamatan jalan raya la pulak ..tahu la awak tu kerja pej keselamatan kan ..kan ..
okay..okay .. kita tak mo delay lagi dah ..nie pun dah nak sampai penutup entri besday si MITB dah pun ..tapi kali ini, kita rojak kan dengan cerita lain juga ..sebab main planning for this event bukan la spesel untuk besday MITB ..lebih kepada bersantai-santai, merehatkan badan ..cuma kita yang menumpang untuk raikan besday dia sama dengan kawan-kawan dia ..venuenya di Sungai Chiling ...yaaa ..best ooo ..kita dah la memang suka pergi ke tempat-tempat macam ni ..airnya natural sejuk ..best best best ...huhuhuhu ..this is my second time here ..yang pertama,ngan geng-geng batch last year ...
okay, untuk yang ini ..memang kita ada pakat dengan ladies paddlers untuk celebrate MITB ..dah deal awal-awal ngan amoi, kita nak sponsor cake untuk event ni ..tak bagitahu MITB pun ..alhamdulillah, planning tu semua nya berjalan lancar jaa ..sempat untuk booking cake, mintak tolong nik ambilkan dari secret recipe ..dan sampai ke tempat yang dirancang tanpa sebarang syak wasangka dari MITB ..hhheeehuuu ..suka suka ..
berkonvoi ramai-ramai dari putrajaya ..tapi ada juga yang tunggu separuh jalan ..dari putrajaya, awal-awal da kuar dari umah ..huuiihh ..tak pernah-pernah kita bangun siap mandi dalam 6 lebih di hujung minggu ..tapi untuk activity ni, mujur berjaya bangun ..risau gak terlajak ..mau kena tinggal gak ..bergerak dari Pusat Maritim, Presint 5 dalam kul 8 ..berhenti first pit stop untuk berkumpul dengan yang lain di RnR Rawang ..
meeting point
konvoi kami
ladies
sampai kat sana, lebih kurang dalam 10-11 lebih (can't remember sangat..huhuhu) ..terus loading semua barang dan siap-siapkan tempat untuk berehat dan bbq ..waaa ..saya suka aktiviti macam ni ..semua nampak bekerjasama dan mesra jaa ..
lokasi kami
peserta paling muda - danial ..comel sangat ..
sementara yang abang, abang sibuk set up arang , tempat-tempat untuk bbq ..kita dan yang lain dah ada amik peluang terjun ke sungai ..yaaa ..betul-betul tak sabar tau ..bunyi air terjun tue memanggil-manggil je minta datang ke dia ..tak sabar !! ..dahla, layan jaa pic bawah ni yaa ..
leka berendam dalam air, tak perasan jam dah nak pukul 3 lebih dah ..masing-masing dah mula naik ke atas, mandi, bersih dan kemas pape yang patut ..hmmmm ..itu baru betul..kita di tempat natural, so kekalkan keneutralan tempat itu ..mana-mana sampah, longgok dan kumpulkan elok-elok ..jangan main tinggal cam tue jaa ...hmmmm ..eh jap, macam ada something missing dalam cerita ini ...hmmmm ..yup yup ..penutup celebrate besday MITB ataupun billy (di kalangan rakan-rakan paddlers) dia ..huhuhuhu ..terperanjat dia tetiba ada orang cakap dia kena potong kek ..seriously, memang he had no idea about this ..nampak muka dia blur ..suka suka ..surprise menjadi untuk dia ..
blueberry cheese cake
siap sedia ..
baek hati siap buhkan lilin lagi ..
sampai masanya ..haaa ..amik kamu ..huhuhu
huhuhuhu ..seriously, part yang ni tak termasuk dalam plan saya ..plan saya cuma nak bawak kek dan sambut ngan kawan-kawan dia saja ..tapi, tahu lah ..diorang ni memang sempoi, dan bagi pengalaman terbaek ke MITB nie untuk besday dia tahun ni ..hehehehe ..tapi, awak tak marah kan sayang ..biasalah ..prank untuk besday boy, eh tak ..belated birthday boy ..hehehehe ..
ini hasilnya ..
seronok sangat hari itu ..bercampur dengan diorang ..semuanya baik, mesra ..walaupun kita ni tak sama-sama join activiti ngan diorang, but still diorang leh terima kita juga ..terharu sangat ...terima kasih ...huhuhuhu.. terima kasih juga kat amoi, nik yang sama-sama tolong kita untuk setel surprise kan MITB ni ..hargai sangat-sangat ..eh, lupa nak cakap, semua pic kat atas ni ..bukan kita punya ..dari berderet-deret gambar atas ni ..cuma 2 keping je yang dari kamera kita ..yang selebihnya termasuk video bawah ni, dari orang kuat PHDB ni, Bro Azli ..tq bro sbb sudi accept kita join event ni, group ni ..suka suka ..lain kali, ajak lagi ekh ...other blog yang turut cerita pasal chilin time ni, belog nik dan amoi ..
meh tengok layanan spesel untuk mr MITB ni ..
xmo marah-marah ye sayang ..org cuma mahu awak happy ..sori, cuma ini je yang mampu org buat untuk besday awak tahun ini ..insyaAllah, di masa akan datang ..org janji, org cuba buat untuk yang lebih baik lagi tau ..org tahu awak happy dapat bersama-sama dengan kawan-kawan awak ..mana yang boleh buat awak happy, tue yang orang akan cuba laksanakan ..insyaAllah ..
malam tadi, pas ping entri kat Gengblogger..tiba-tiba tergerak hati pulak nak tangok blog-blog lain yg turut ping entri diorang kat situ..tertarik kat satu tajuk, 'Peringatan kepada semua'..hmmmm..macam menarik..terus click masuk blog tue..
nak tahu tak apa yang dia cerita kat situ..??saya share ngan korang semua k ;
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti
Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.
bila baca cerita kat atas tue..mesti rasa sangat mengerunkan kan..macam-macam benda pelik jadi kan sekarang..??tak aman betul rasa..dengan kisah orang curah asid la, nie cerita camnie pulak..rasa berdebar je bila kuar umah..dah tue, tak kan la kita nak terperuk dalam umah saja...haish..tak paham betul dengan orang yang fikiran camtue..tak boleh ke sekali tu, pikirla lek lok..apa la yang diorang dapat dengan wat benda camnie..dosa satu hal, menyiksa orang yang tak bersalah lak tue..apa lah agaknya dosa mangsa-mangsa tue kat penjahat camtue..hmmmm..saya share di sini..minta pada siapa-siapa kat luar sana..berjaga-jagalah..sentiasa la amati betul-betul dengan orang yang datang menghampiri kita..bukan semua orang kita boleh percaya..termasuk la saudara kita sendiri..
hasil tulisan
nuraitul
dalam kelompok
loves,
Story
salam semua;
maaf..lewat muncul hari ini..satu hari di PICC betul-betul menyekat kebebasan berinternet saya..huhuhu..mujur discussion itu tak membosankan..tak terasa pun masa lambat berjalan..sedar-sedar..eh dah pukul 1, masa untuk lunch..hohoho..yang nie saya memang puji..sedap kut menu dia..siap desert lagi..nak amik lebih..tapi malu pulak..ambik buat cukup syarat je..hehehe..bincang-bincang lagi..eh eh..dah pukul 4..coffee break pulak..hohoho..makan saja hari ini..
tapi yang wat tak shioknye..orang lain dapat cuti 3 hari..kami dapat 2 hari je..bengkel nie drag smpi ke hari sabtu..adei..kacau betul..dahlah yang hari sabtu pun sampai pukul 5..huh..mujur isnin cuti..kalau tak, sehari je la kami cuti..okeh..tutup pasal isu yang melemau kan itu..kita balik pada tujuan entri ini dulu k..cuba rujuk balik entri ini..saya ada janji nak cerita detail kan pasal benda ini..huhuhu..sori..lama sangat tertangguh benda nie..sampai melangkau 2 bulan..maaf sangat-sangat..janji tetap janji..kat sini saya cerita ringkas-ringkas dah la ek pasal hal ini..
pas he got an accident that day..dia dapat mc 3 hari..then dia appy cuti lagi 2 hari..huhuhu..seminggu dia tak de..boleh jadi saya sasau gak la time tue..doctor cakap, dia tak de pape..cuma luka sikit then ada crack skit kat rusuk dia..dinasihatkan untuk dia supaya jangan join sgt aktiviti2 lasak dan rehat dulu..tapi rasanya sekarang dia main belasah je masuk mana-mana sukan..dah kalau minat, kita tegah la macam mana pun, mesti dia nak jugak..degil kan dia..??
koyak di bahu dia ~
koyak di seluar dia ~
close view ~
orang pnya risau dia cedera..dia sibuk sedih baju ngan suar dia nie rosak..saba je la..tengok..siap gantung lagi wat kenangan..
in a memory ~
pas tahu dia kena accident..hati memang terus tak senang..mujur ada kawan yang nak tengok dia ke hospital..terus follow..mintak izin dari bos..then terus ke hospital putrajaya..teman dia di situ sementara tunggu turn dia dipanggil doktor.
luka di tangan dia ~
became serious ~
after a few day ~
yang nie paling dia sedih ~
pas jumpa doctor..amik ubat..beredar kami dari hospital..mujur tak de pape sangat..dan sampai sekarang tak de pulak dengar dia ngadu pape pasal sakit kat dada dia..harap-harap dia okay la..insyaAllah..
kembali dengan cerita lama..bukan lama terperuk dalam draft..tapi memang betul-betul baru boleh buat..koordinat sekarang di Ampang..dengan bantuan wifi yang tersangat hebat tahap maksima..bar berjaya..hoyeah!!..semua mari bersorak ek..
okay..cerita minggu lepas nie..tahu..tapi konfom memang belum basi..sebab elok-elok saya dah simpan dalam peti sejuk beku bagi keep fresh..hehehe..jumaat (8/4) yang lepas..dengan rela hatinya menjoinkan diri dalam aktiviti ini..seronok !!..kejohanan bowling suka suki pejabat kami diadakan di Alamanda, Putrajaya..
ARL Power Bowl Putrajaya ~
hampir 20 orang join game tue..serius..memang enjoy gile kut..dahla memang saya nie hebat sangat main tue..keje saya hari tue asyik nak membersihkan longkang saja..gaya ada da..semangat tinggi da..tapi bila baling konfom serong ke tepi..huhuhu..sabo je la..
meh saya layankan anda semua dengan tayangan susunan gambar di waktu kejadian ye ;
zairol, abg aziz, cc mail ~
masing-masing hebat dengan aksi melempar bola ;
aksi melempar bola ~
ayu + sopan santun gtu ~
jamli, shakirah , marini ~
lagak saja lebih ~
si kecik !!
zairol dan teman ~
bell + ira ~
pn dana, jasrul, kak linda, kak raja, abg yusuf ~
pn marya + husband ~
jejaka idaman malaya la konon ~
penutup harusla gambar tuan tanah..acara tamat dalam 8.30..seronok sangat aritue..dengan gelak tak abis-abis..serius enjoy gile..untuk orang kuat program itu, kak Raja, terima kasih dengan penganjuran program ini..serius mahu lagi da program ini di masa akan datang.. :)
hasil tulisan
nuraitul
dalam kelompok
loves,
Story
salam semua;
selamat jumaat..maaf..macam biasa saya akan sibuk minta maaf bila belog nie tak terusik tanpa sebarang entri..maaf ye sekali lagi..kesibukan minggu nie betul-betul membataskan peluang saya untuk jengok ruang ini..mujur lepas da semua..alhamdulillah..
ingat tak tak ada entri sebelum ini saya cerita pasal cinta hati saya hilang tanpa dapat dikesan oleh radar..??nak tahu tak semua, beliau dengan senang hatinya,dan lapang dadanya meninggalkan saya tercanggung-canggung sorang-sorang kat sini..huhuhu..sedih kan nasib saya..dah la ditinggalkan..pastue dia pulak senang hati kat sana..agak-agaknya kan, dia ingat tak saya kat sana..??mesti tak kan +______+
tapi mujur saya ini pencinta hati yang pemurah..kegembiraan dia kat sana saya kongsikan ngan anda semua.. +_____+
sudahla..berhentilah merepek..kisah tak tipunya, itu cinta hati dipilih sebagai peserta dalam satu program ala-ala team building pejabat kami..if tak silap..nama kursus itu lebih kurang cam 'Program Pengukuhan Pasukan yang Efektif dan Cemerlang' (if i'm not mistaken)..bertempat di Gopeng, Perak..nama spesific tempat, saya tak sure sangat..
bersama hampir 40 orang peserta, bergerak mereka semua dari pejabat kami dalam 8.30 pg, 5 April yang lepas..pagi tue sempat dia anta lagi gi kerja..pergh..hati memang sayu gila tengok dia pergi..dahla dia macam rushing.laju saja dia jalan..3 hari kut nnti dia takde..cuba tahan tak bagi nangis..yela..tak kan nak suh den melalak depan ofis kut..mahu pakai furdah den sebulan cover malu..
ondaway dia ke tempat kejadian, sempat jugak bermsg dengan dia..tapi tak aktif sangat..since saya pun dlm meeting time tue..last msg dia cakap dia dah nak sampai..lepas tue terus dia senyap..the whole day hari tue memang tak msg dia langsung la..since dah diingatkan, mungkin dia memang akan kurang msg kt sna..takpela..saya paham..sampai ke malam baru tahu rupanya kat sana memang tak de coverage langsung..patutla mesej-mesej saya sumenya berstatus pending..
okay..stop pasal luahan hati yang melampau-lampau ini..meh saya kongsi ngan anda semua gambar-gambar aktiviti mereka di sana..kalau nak kira memang banyak sangat gamba-gambanya..nie pun da bertapis pakai tapis yang paling halus nie..still banyak jugak..nak cerita lebih-lebih bukan saya di tempat kejadian pun..jadi cuma agak-agak je berdasarkan penceritaan dari mereka..sebab tue banyak sangat (mungkin) di hujung tue..
apa-apa pun..selamat menonton !!
mula smpi (mungkin) ~
atas lori (mungkin) ~
aktiviti bersalam-salaman (mungkin) ~
sapa mampu bina paling tinggi (mungkin) ~
proses membina (mungkin) ~
sesi perbincangan (mungkin) ~
sesi taklimat (mungkin) ~
mendengar penerangan (mungkin) ~
sesi bergambar (mungkin) ~
mula ber'water rafting' (mungkin) ~
menuruni batu (mungkin) ~
sudah stabil (mungkin) ~
selesai ber'water rafting' (mungkin) ~
<3
sesi survivor (mungkin) ~
bersusah payah ~
dalam gua tempurung (mungkin) ~
sesi persembahan (mungkin) ~
durian time (mungkin) ~
sesi penyerahan hadiah (mungkin) ~
he received it ~
sedia untuk balik (mungkin) ~
selesai !!
masing-masing membelek handphone ~
dia tepat terpacak depan saya dalam 6.30 petang ++..balik membawakan saya sesuatu..yeah!!saya tahu dia tak lupakan saya kat sana..terima kasih !!
masing-masing seronok saya kira..termasuk dia..balik tue tak berhenti-henti dia bercerita..saya rindu sikit takpe..yang penting dia seronok dan gembira kat sana..baguslah..alhamdulillah mereka semua balik dengan selamatnya..
( p/s : cuba cari persamaan pada hampir semua gambar..?? )
okay..berhenti sini..panjang da rasanya ini..pada kamu semua..terima kasih sudi baca !!