Peringatan kepada semua

salam ;

malam tadi, pas ping entri kat Gengblogger..tiba-tiba tergerak hati pulak nak tangok blog-blog lain yg turut ping entri diorang kat situ..tertarik kat satu tajuk, 'Peringatan kepada semua'..hmmmm..macam menarik..terus click masuk blog tue..

nak tahu tak apa yang dia cerita kat situ..??saya share ngan korang semua k ;

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.


bila baca cerita kat atas tue..mesti rasa sangat mengerunkan kan..macam-macam benda pelik jadi kan sekarang..??tak aman betul rasa..dengan kisah orang curah asid la, nie cerita camnie pulak..rasa berdebar je bila kuar umah..dah tue, tak kan la kita nak terperuk dalam umah saja...haish..tak paham betul dengan orang yang fikiran camtue..tak boleh ke sekali tu, pikirla lek lok..apa la yang diorang dapat dengan wat benda camnie..dosa satu hal, menyiksa orang yang tak bersalah lak tue..apa lah agaknya dosa mangsa-mangsa tue kat penjahat camtue..hmmmm..saya share di sini..minta pada siapa-siapa kat luar sana..berjaga-jagalah..sentiasa la amati betul-betul dengan orang yang datang menghampiri kita..bukan semua orang kita boleh percaya..termasuk la saudara kita sendiri..

p/s : sumber dari sini - bukankosong

k bai..lain kali kita sambung membebel lagi ek

terima kasih sudi singgah dan baca ;

0 bijak pandai berkata-kata:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!