syarat-syarat bagi si dia

salam ;

hari ini, kita membebel lagi tanpa arah tujuan ye..maksudnya..bukan lah penceritaan yang spesifik, tapi lebih kepada taip apa sahaja yang terlintas di kepala saya ni..

idaman..semua orang mesti akan ada sesuatu yang dia panggil idaman..tak kisah la, hendphone idaman ke, rumah idaman, baju idaman, kereta idaman ataupun .... dan apa sahaja..rasanya termasuk juga pilihan hati..atau saya terus kecilkan skop bebelan saya kali ini kepada lelaki idaman..

setiap orang pasti meletakkan beberapa kriteria, atau satu guidelines untuk dia cakap 'ya..dia lelaki idaman aku'..tetapi kan, dah kata idaman, impian atau pape pun..bukan lah semestinya mesti dapat yang itu juga..bukan la semestinya kena cari yang cukup dalam semua checklist 'idaman' tue..sebab persoalan pasal hati, perasaan bukan kita yang aturkan..itu semua kuasa Tuhan..kita memilih, cakap macam-macam, nak itu nak ini..belum tentu kita akan dapat kan..

tapi untuk saya jugak..saya juga meletakkan beberapa syarat untuk si dia..sebelum boleh saya kata 'eh..saya sayang awak jugak'..
  • paling penting, hormat saya..eh...yang ini memang penting la..tak kan kita nak bagi hati kita pada orang yang tak hormat kita..saya minta hormat, bukan sanjungan..bukan lah saya minta hormat untuk sembah, tatap dan ikut cakap saya..cukup hormat diri saya..tanpa mengenepikan hak saya pada diri dia dan jangan malukan saya pada orang lain..saya juga ada maruah diri..
  • hormat keluarga saya..selepas diri saya, haruslah keluarga saya..betul la kan..walau macam mana pun..dia tetap kedua selepas keluarga saya..dah kalau mak ayah kita, senang-senang je dia nak maki, tak mustahil diri kita nanti senang-senang je dia pijak kan..walau macam mana saya sayang kat si dia, kalau dia buat keluarga saya macam sampah..macam sampah jugak saya akan return kat dia balik..
  • jujur ; yang ini harusla ada..tanpa kejujuran, saya boleh konfom satu hubungan itu akan jadi satu yang sia-sia..bukan setakat percintaan..apa-apa jenis perhubungan pun termasuklah keluarga dan juga persahabatan..saya boleh tahan lagi untuk dia bertindak nakal tetapi yang penting bila saya tanya..tolongla jawab dengan jujur..janganlah putar belit cerita macam dia di pihak yang benar..dalam diri saya masih ada sifat maaf lagi..jangan sampai saya sendiri tahu hal sebenar dari mulut orang lain..saat itu, mungkin saya sudah ranap..
  • let they know me ; yup..apa guna saya sebagai orang yang dia cakap dia sayang, orang yang dia cinta, tapi dia nak sorok saya..memang betul..belum ada ikatan halal antara saya dengan si dia..tapi memadai biar mereka yang lain tahu..bukan saya minta ditayang, diluah-luah perasaan cinta sayang di khalayak ramai..tapi cukup dengan ' yes, she is something for me'
  • butuh perhatian dia ; saya memang manja, saya mengaku..saya sentiasa perlukan perhatian, nak tahu apa dia buat sentiasa..ingat saya selalu tak..?? dan suka ada di samping dia selalu..bila jauh, bila dia senyap..saya jadi runsing, hati saya jadi tak aman dan nanti mesti mula pikir bukan-bukan..bila saya da pikir bukan-bukan, nanti mula la jadi perkara-perkara yang meruntun emosi..sedar tak sedar, tetiba mengalir je air mata kat pipi ini..iskh iskh iskh..
  • tunjuk keseriusan kamu ; ada ke yang bercinta untuk main-main..??tak de kan..??semua orang harap, hubungan diorang tu sampai ke jinjang pelamin..tapi ada juga yang cuma nak test-test market je..tapi saya bukan macam itu..pada setiap hubungan, saya mahukan kesudahan yang indah..saya jenis yang serius..macam itu jugak la komitmen yang saya harap dari si dia..dan saya mahu dia tunjuk kan pada saya..setiap hari, umur kita makin bertambah..sampai bila kita nak terus bermain-main.
  • valued me ; saya mudah bosan, cepat penat..itu saya mengaku..bila sentiasa kena benda yang sama, lama kelamaan saya boleh jadi muak..tapi saya cuba untuk tidak bertindak kejam..saya masih ada fikiran yang waras..jadi, saya minta sebagaimana saya menghargai dia..tolong lah hargai saya..kalau sebelah pihak je yang berusaha, penat kan..??
  • terima saya seadanya ; yang ini jugak perlu..saya macam juga insan lain..banyak sangat kelemahan dan kekurangan saya..jadi tolong terima saya seadanya..kalau ada mana-mana part yang perlu saya ubah, just be honest to me..saya boleh dan sanggup berubah..bergantung pada keadaan..dan saya juga minta si dia untuk tidak hipokrit dengan saya..jangan muak dikatakan okay, meluat dikatakan okay..nanti saya syok sendiri nanti..
  • keep my dignity ; i have my own dignity..be whoever you want to be..yg penting, jgn sampai nampak saya nie sangat mudah diperbodohkan..
hehehe..nampak macam serius kan post saya kali ini..eh iye la..takkan kita main nak bubuh-bubuh je kan..mesti cakap dengan jelas dan terang...baru paham..kang tak pasal-pasal miscommunication pulak..huhuhuhu..

mesti ada yang tanya, camne #encikchentahati..cukup tak semua syarat dia ada kat atas..as far as i know him for almost 13 months..alhamdulillah..dia ada pada syarat-syarat di atas..saya gembira ada dia sekarang, walaupun kekadang ada pasang surutnya dalam hubungan kami..tetapi setakat ini..masing-masing masih boleh komitmen lagi dalam hubungan ini..sentiasa saya doa, moga dia yang betul untuk dia..dan moga perancangan kami menjadi kenyataan..insyaAllah..

k bai..

terima kasih sudi singgah dan baca

0 bijak pandai berkata-kata:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!