dapur mummy : chocolate cupcakes


salam ;

di petang-petang selasa yang nyaman ini, terasa macam nak mula satu segmen baru la..kalau sebelum ini, saya ada buat segmen challenge, wordless wednesday dan satu lagi spontaneous thursday kan..nie nak tambah satu lagi..dapur mummy..eh iyela..tuan tanah nie nak jugak tunjuk skill dia kat dapur..walau pun boleh kira kut bape kali dia pegang sudip tue dalam seminggu..huhuhu..tapi segmen nie tak terhad pada lauk pauk je tau..semua nya yang berkaitan dengan masakan..akan cuba saya ceritakan kat sini..huhuhu..harap-harap banyak la..amin amin amin..

disebabkan saya ambil extra 2 hari cuti, maka sebagai anak yang baik..haruslah memanfaatkan cuti yang ada itu dengan bersantai-santai dengan ibunda tercinta..semalam, secara spontannya..mummy ajak..

'syima, jom buat cupcakes'

waaa...satu idea indah itu..angguk sahaja..since saya pun bosan la yang amat di rumah ini..
selepas solat zohor petang semalam, bertungkus lumus la 2 beranak ni kat dapur kami..mak ada ke kelas belajar wat benda nie..so, inilah masanya dia nak turunkan pada anak nya..excited okay nak buat..

meh sini, saya kongsi a few picture during the making of that cupcakes okay ;

# setelah serbuk koko dan tepung dimasukkan

# sesi memicit ke dalam cup

# full tray  :)

dalam setengah dah siap..tunggu masa nak masuk dalam oven je..bila dalam siap, dalam hati terus rasa, owh..senang je buatnya..boleh buat selalu pastu bukak bisnes..eh..besar cita-cita ko..

jangan risau, saya tak kedekut..saya kongsi resepi ini dengan kalian k..sharing is caring kan..  :)

CUPCAKES (CHOSOLATE MOIST CAKE) 

Bahan-bahan :
  • 260 gm mentega/buttercup
  • 300 gm gula castor
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 260 gm tepung superfine
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 20 gm chocolate emulco
  • 50 gm serbuk koko
  • 200 gm air (untuk dimasak bersama serbuk koko) 

Cara-cara penyediaan :
  • pukul mentega dan gula castor sehingga sebati ( mak cakap - sampai acuan tu tukar kaler dari kuning ke putih)
  • lepas dah sebati, masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanilla..then kacau lagi bagi sebati..
  • ayakkan tepung bersama soda bicarbonat dan baking powder. selesai diayak, masukkan dalam adunan tadi..
  • masakkan serbuk koko dengan air..
  • akhir sekali, masukkan serbuk koko yang telah dimasak bersama chocolate emulco..juga kacau adunan sehingga sebati..
  • masukkan adunan dalam piping bag..dan buh dalam cup..
  • bakar pada suhu 150'C-160'C selama lebih kurang 25-30 minit.


tadaa...saya punya dah siap..satu adunan yang saya buat tadi..dapatlah dalam 36 cups..saya punya cups nie besar..so..tak banyak sangat dapat..dan buat simple je pun..tak berniat nak deko-deko..cuma nak try-try je..waa..seronok..jadi pun hasil saya..tambah excited lagi okay..  :)


# the result

okay sudah..bai..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

0 bijak pandai berkata-kata:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!