Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Santapan Rohani

salam semua;

3 hari saya senyap jap tanpa sebarnag update..bukan lah benda baru pun kan..rasanya sebelum ini pernah jugak dibiarkan belog nie bertakung bersawang tanpa dilayan..tapi kali tak boleh buat macam tue..sudah berazam mahu kerap update..mahu cerita macam-macam sebab sekarang..alhamdulillah..hidup saya tak lagi dull..warna warni saje..  :)

kesayangan hati sudah pulang khamis yang lepas..itu mungkin salah satu sebab kenapa belog ini harus dikurangkan priority nye..bukan melupakan cuma lebihkan sikit pada dia..huhuhu..3 hari tue saya teraba-raba cari dia..mujur jumpa jalan pulang..tak sesat da..terpacak dia depan saya..seronok !!

jumaat, sabtu, ahad..macam-macam aktiviti saya buat..tapi nanti satu persatu saya cerita ye..mula dengan yang ini dulu..jumaat yang lepas (8 April 2011), office wat satu program which is for me..memang sangat-sangat la bagus..petang jumaat yang penuh rahmat, semua warga pejabat dijemput menghadiri satu program anjuran Bahagian Penyelarasan ; 'Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Santapan Rohani'..

Majlis bermula dalam pukul 3.30..dimulakan dengan sesi ceramah mengenai 'Penyakit Hati'..serius best..ustaz tue sempoi je pendekatan dia..sambil-sambil berceramah, sambil tue jugak la dia melawak..tak pasti nama ustaz tue, dari mana pun tak tahu (huh, nampak sangat tak khusyu')..tapi mungkin dia familiar rsenye dengan pejabat kami since cara dia bercakap awal-awal tue macam dah biasa datang.

warga pejabat khusyu' ~

penceramah ~

khusyu' dia mendengar ~

~

sebahagian warga muslimah pejabat ~
selesai sesi ceramah..beramai-ramai kami adakan solat hajat dan juga solat asar secara berjemaah..sesi seterusnya, haruslah sesi memberi santapan pada perut kaki pula.
bagus mereka beratur ~

makan time ~

VIP table ~

sambil makan sambil sembang ~
selesai makan..cepat-cepat balik bilik..setelkan beberapa kerja yang sempat..sebelum pukul 6 harus cepat sampai ke Alamanda..ada temujanji spesel..huhuhu..yang itu saya cerita di entry kemudian ye..bubye semua..

kamu semua !! terima kasih sudi baca ye !!

p/s : all pic, credit to Bahagian Penyelarasan.

1 bijak pandai berkata-kata:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!