Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

wordless wednesday : alhamdulillah ;)

salam ;


penantian hampir 19 bulan ..
kini terjawab ..
alhamdulillah, syukur sangat ..


# the letter ..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

cerita 16th bulan pada 18th bulan ..

salam ;

tap tap tap ..terkebil-kebil jari ni nak menekan-nekan keyboard computer ni ...errrr...tapi bukan tak biasa menaip pun ..memang setiap hari kerja, saya menaip ..tapi janggal itu datang bila masuk kat ruangan ni ..yaaa...lama sangat rasanya tak singgah sini ..bukan setakat tak update, singgah pun sudah jarang ...ooucchh...bukan tak minat da, tapi betul-betul tak berkesempatan   +_____+

dalam hati, masih sayang pada ruangan ini ...sungguh ..langsung tak de niat nak tinggal terbengkalai ..

pembuka entri selepas lama mendiamkan diri ..juga cerita lama ..cerita 2 bulan yang lepas ..yang ni benar-benar bukan disengajakan ..betul-betul baru sekarang, cukup maklumat ..baru boleh cerita macam-macam ..memandangkan, benda pun dah lama ..kita pun cerita ringkas-ringkas saja ..asalkan tetap ada ..

seperti yang di teaser-teaser kan sebelum ini..alhamdulillah ..24 Mac yang lepas , cukup umur 16 bulan hubungan kami ..dan juga, cukup 19 bulan kami kenal ..akhirnya, antara dia dan saya ..sudah ada ikatan tunang ..majlis yang ringkas, but yet sangat bermakna bagi saya ..percaya atau tak, sampai sekarang ..saya sendiri tak percaya, kami sudah ada satu ikatan itu .. memang sengaja memilih tarikh itu ..sebab angka 24hb banyak bawa simbolik dalam hubungan kami ..banyak sangat benda yang jadi pada setiap 24hb ...dan kebetulan, pada bulan mac yang lalu jatuh pulak pada hari sabtu ..

kami cuma ada tempoh 3 bulan persiapan untuk majlis itu ..bila tarikh makin dekat, memang banyak sangat benda yang tak ready ..tapi, masing-masing nekad ..tetap mahu tarikh itu ..dan again ..alhamdulillah ..hari itu terjadi juga ..

okay, tak nak cerita panjang-panjang ..biarkan gambar saja yang bercerita pasal hari itu ..


# mini pelamin self-made ;)

# dari pihak saya

# outfit waktu itu

# rombongan dari dia

# sesi diskusi

# dari pihak dia

# abah dan pak teh

# cincin merisik dari ibu dia

# cincin tunang dari kakak dia

# ladies group dari belah dia


# kawan -kawan terbaik sy :)

# famili sy ;)

# famili dia


alhamdulillah ..syukur sangat-sangat ..hubungan antara saya dengan #encikchentahati sudah langkah satu tingkat lagi ..dan pada hari ini, cukup 2 bulan saya menjadi tunangan dia, 18 bulan umur hubungan kami dan juga 21 bulan kami kenal .. yaaa...cepatnya masa berjalan kan ..doa dan harapan saya, seperti sebelum-sebelum ini ..moga kasih sayang antara kami berdua makin kuat, makin rapat ..moga kami saling jujur antara satu sama lain dan masing-masing cuba untuk menjayakan hubungan ini ..masa makin bergerak pantas ..makin menghampiri waktu itu ..moga kami berdua diberi kekuatan dalam menempuh setiap dugaan dan cabaran yang diturunkan ..dan tidak mudah melatah pada tiap masalah yang tiba ..amin, insyaAllah  ;)


# kami berdua

terima kasih sudi singgah dan baca ;


bila rindu ..

salam ;



bila saya dalam keadaan rindu ..
rindu yang amat sangat ..
walaupun kekadang pelik ..
camne boleh datangnya rindu tu ..
saya akan terus jadi tak keruan ..
sudahnya nangis !!!!



# waaa...sememehnya..yang air mata ini pun tak kasi chance..ikut suka dia je nak tumpah..langsung tak tengok environment..weiii...malu wei..malu


terima kasih sudi singgah dan baca ;

saat jari ini menerima

salam ;

diri bersedia ..
membataskan segala pergaulan sosial ..
membataskan gurauan-gurauan yang keterlaluan ..
menyiapkan diri untuk ke alam itu ..

dan paling penting ..
menguatkan hati dan perasaan ..
menahan dugaan-dugaan dan ujian sepanjang tempoh itu ..

# credit untuk sepupu saya ;

saya harap awak pun macam itu juga ..
tau ..
insyaAllah ..

terima kasih sudi singgah dan sudi baca ;

serius : untuk mereka yang tak serius

salam ;

selamat hari jumaat..pphheewww...belog kembali terabai 5 hari..eeerrr...maaf ye..bukan sengaja abaikan, tapi tak de benda nak cerita pun..tak kan nak sibuk sogok dengan entry challenge je..nanti bosan pulak korang kan..langsung tak memberansangkan..jadi, dari saya terus merapu bukan-bukan..baik diamkan saja kan..


pernah tanya satu soalan pada #encikchentahati  :


satu couple masuk satu restoran tu..then, berlaku dua situasi :

1 ) yang si lelaki melirik-lirik ke gadis lain dalam restoran itu..tahu apa reaksi gadis tu, malu-malu..betul-betulkan tudung/rambut dan dalam hati cakap ' ehem ehem..lelaki itu ada gf pun masih nak lirik-lirik aku..mesti ada sesuatu pada aku yang menarik perhatian dia..ermmm..apa ye.. '

2 ) yang si wanita melirik-lirik ke lelaki lain dalam restoran itu..cuba teka pula reaksi lelaki itu..merenung wanita itu dan paling ke arah lain..dalam hati dia cakap ' sial la perempuan itu..tak pernahnya cukup kan..da ada lelaki sebelah dia, sibuk nak pandang lelaki lain..tamak betul..perempuan cam ko memang sampai bila pun tak bahagia..tak pernah bersyukur.. '


hmmmm...tengok perbezaan reaksi itu..yang si lelaki tu dapat pujian tapi yang perempuan itu dapat makian..pergh..tak pasal-pasal je kan..dari pandang yang lansung tak berniat jahat, terus kena maki sumpah..tapi macam tak aci kan..wanita tu juga yang dapat teruk..yang si lelaki tue siap ada peluang untuk tambah cawangan..

errr..napa jadi camni ye..bila seseorang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada..bila seseorang itu sibuk mengenal benda yang baru walaupun bukan bertujuan serius..tetap menyakitkan hati si pasangan..bila sudah ada seseorang yang tetap di sisi..perlu ke berkira-kira lagi untuk mencuba lain..??cinta dan kasih sayang itu benda elok tau, benda indah..kenapa perlu kotorkan dia, perlu cemari dengan perbuatan camni..nanti semua orang benci cinta, semua orang berprejudis..owh..tak amannya dunia kalau camtue..

tapi, kalau tepuk sebelah tangan je..mesti tak bunyi kan..kalau tak de yang sudi nak sambut tepuk tu, mesti tak jadi..yang si gadis/lelaki lain itu..jangan la pulak sibuk nak melayan-layan..dah awak tahu dia sudah ada pasangan, perlu ke melayan baik tiap jemputan dia..da jelas terbentang, awak tahu status dia, perlu ke awak gedik-gedik manja bila dia 'syg' 'dear' 'laling' 'ayg' awak..??bukan minta awak bermusuh, putus saudara bagai..cukup menolak dengan baik..jangan sampai awak dituduh punca perosak kebahagiaan org lain sudah la..recall balik lagu JT ' what goes around, comes around '..sekarang awak syok melayan milik orang, tak mustahil nanti awak tak sedar yang milik awak pun syok melayan org lain..kut iye pun nak balas dendam sebab pernah kena camtu, jangan sampai orang yang tak bersalah pun jadi mangsa..cuba fikir perasaan orang lain ye..

untuk si wanita/lelaki yang menjadi mangsa...berhati-hati la..jangan terlalu mudah percayakan pasangan anda..perlu ada sedikit ragu-ragu..dan tertanya-tanya..di mana dia, apa dia buat..jangan terlalu pegang sangat apa dia cakap..bukan mengajar untuk terlalu berprasangka..tapi wujudkan sedikit perasaan itu..supaya bila tembelangnya pecah, kita sudah bersedia..bukan juga minta terlalu kongkong si dia..menuduh dia bukan-bukan..sampai bergaduh, bertengkar besar hanya kerana benda yang belum tentu sahihnya..jangan camtu..cuma jangan terlalu percaya 100%..itu saja..kalau boleh, elak kan pergaduhan atau paling teruk, perpisahan..sebab benda tu sakit tak..take time to recover..

# tengok tue..jahat  ;(

hmmmm..okay cukup..entri ni bukan nak menghentam atau mengback-up mana-mana pihak..cuma general..respons saya pada apa yang terjadi sekarang..luahan dari diri sendiri dan juga mewakili perasaan rakan-rakan terdekat..semua orang mahu menyayangi orang lain kan, dan in return diorang pun harapkan benda yang sama dari orang yang disayangi..bukan satu penipuan atau permainan..kalau sayang, be nice..kalau nak main-main, be remind..bukan semua orang suka main-main..ada sesetengah orang tu, hati dia memang mudah pecah..so, treat her/him nicely..
* teringat qoute iklan tampal depan pintu opis


setialah kepada pasangan anda,
perpisahan boleh dielakkan


terima kasih sudi singgah dan baca ;

tapi hari ini terasa macam mahu meluahkan sesuatu pulak..menaip membebel macam-macam di sini..kali ini, taipan penuh dengan emosi dan maksud..bukan taip-taip kosong..

apa yang anda tak tahu tentang seorang ayah

salam ;

  • Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
  • Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?
  • Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
  • Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yg sangat berharga.
  • Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
  • Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
  • Di saat kita memerlukan ini-itu, unttk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
  • Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

  • Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
  • Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
semua kat atas ini, saya copy dari sini ;

huhuhu..sebak kut baca semua kat atas ini..bila baca line by line..memang semuanya betul..huhuhu..saya selalu kasar-kasar dengan abah..selalu perli-perli abah..rasa bersalah sangat-sangat..

abah, syima minta maaf..  ;'(

terima kasih sudi singgah dan baca ;

tertanya-tanya

salam ;

selamat pagi semua..
jumaat da hari ini..waa..cepatnya masa..suka saya..rasa nak lonjak tinggi-tinggi..

saya di ofis sekarang..
buat kerja yang macam ada tak da ni..
hehehe..
bukan saja berehat-rehat tau..

dia pula di sana..
diam saja..
tak tahu da selesai ke tidak..

macam-macam bermain kat fikiran saya sekarang,


????

dia tengah buat apa ek sekarang..??
menang ke tidak ek tadi..??
kuat ke tak dia kayuh ek tadi..??


sms terakhir dari dia pada pukul " 7:52 " tadi ,
itu pun cuma ' G dulu '
huh..itu saja ke..??

sms terakhir dari saya pula,
" 10:12 " ,
wish gud luck utk dia,
sebab saya ingat dia cakap dia start dayung pukul 10..

dan sampai sekarang..
dia masih senyap lagi..
hmmmm...

terima kasih sudi singgah dan baca ;

sikit je..tak banyak pun

salam ;

selamat malam semua..malam ini post entri jiwang-jiwang boleh tak..nak mengadu sikit..nak ngadu kat si dia macam segan..macam rasa 'eleh..benda kecik pun nak ngada-ngada'..jadi, sudahnya ke belog jugak saya tuju..boleh kan..boleh kan..izinkan ek..

hari ini, saya happy..happy dan seronok bila dapat jumpa dia balik lepas semalam demn demn demn rindu kat dia kan..dalam kepala macam expect macam-macam dari dia..tapi tahu la saya ni, pandai nak mengharapkan sesuatu..tapi tak reti nak cakap..nak si dia paham-paham sendiri..pastu bila tak dapat..mula nak sentap sorang-sorang..buat muka sedih..padahal si dia tak paham pape pun..adei..susah kan orang camnie..tapi nak buat macam mana, itu diri saya..

itu satu, pastu nak cakap satu benda..tapi sangat la segan dan rasa macam tak kena..untuk tenangkan diri, kena cakap jugak..dalam diam-diam..saya cemburu..tak mampu nak cakap pape..cuma boleh tengok je..padahal tak perlu kut..tapi tak dapat nak ngadu kat dia..sebab nanti mesti saya yang akan kena balik..konfom..


# silence

Ya Allah..tolong la..bantu la aku..bagi la aku kekuatan untuk tahan benda-benda ini..jangan la semua ini jadi punca untuk aku terlalu emosi..benda ini semua terlalu simple..terlalu remeh..Amin

mood : emosi   +____+

k bai..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

tak de mood..tolong paham

salam ;

dan juga selamat petang semua..

fuh fuh fuh..setelah hampir 11 hari bercuti..hari ini mula dah masuk ofis..dengan beg besar gedabak ala-ala beg AF..terkedek-kedek saya datang masuk ofis pagi tadi..

cuti lama da..rehat cukup dah rasanya..so, hari ini konon datang ke ofis dengan semangat baru la..excited ooo nak buat kerja..tapi..bila dah masuk bilik..pergghh...rasa lemau gila kut..rasa macam terbayang-bayang je sofa kat rumah tue..terbayang-bayang je tangan sibuk picit-picit remote astro tengok mana cerita boleh layan..hei..wake up kawan..ko dah mula rutin harian..back to work !!

siksa betul..lama sangat rasanya nak menghabiskan hari ini..tak tahu nape..makin ke petang..hati makin tak tenteram..macam sakit sangat mencucuk-cucuk..jangan tanya kenapa..sebab saya sendiri tak tahu apa jawapan dia..cuma rasa nak marah..tapi tak tahu apa sebab nak marah..rasa nak menagis, tapi tak ke gila tak bersebab tetiba nak menangis..ntahla..sasau kut..tapi betul-betul tak de mood..

adei..nape nie..??nape nie..??nape jadi macam ni..??tolong la..bersemangat sikit !!

p/s : Al-Fatihah untuk salah seorang pegawai pejabat di Sarawak yang ditimpa kemalangan pagi tadi sewaktu menjalankan urusan rasmi jabatan..semoga Allahayarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bersoleh..dan juga pada yang cedera, moga kalian berdua cepat sembuh..insyaAllah..

maaf, sekali lagi

// orang sedih waktu ini..

maaf
org emosi waktu itu

tak sengaja,
tertarik muka.
waktu itu, mungkin dah tak mampu nak lindung perasaan da..

tapi..
bukan awak buat salah pun..
awak buat benda yang betul..
benda yang mungkin semua orang memang nak..
memberi satu harga 'kebebasan' pada org..
memberi org ruang untuk memencil sementara dari awak..

mungkin sebab dah terlalu biasa..
dan dah terlalu kerap..
org jadi tak kena bila awk tak de..
rse macam ada sesuatu yg kurg bila bayang awk tak de..

tapi pada siapa, org boleh mengadu benda itu..??
tiada..
tiada..

sebab, awk tak kan paham rasa itu..
orang lain pun mungkin tak akan boleh paham..
cuma org sendiri je yg boleh paham..
sudahnya, org tanggung sendiri..
pedih, sakit dan perit tue..
org simpan sendiri..
tak mengapa..
org bahagia dengan rasa ini..
org bahagia dengan perasaan begini..
sekurangnya org tahu, sayang org pd awk terlalu tinggi..
dan, cuma itu je la pun org harap awk tahu..

maaf; sebab org da terlalu biasa dengan awak..

// okay..takpe..org da okay.. :)


saya minta maaf

awak..

orang minta maaf..
susahkan awak..
bebankan awak lagi..

awak..
orang minta maaf..
sebab sampai la sekarang..
orang masih tak tunaikan lagi janji-janji orang..

orang minta maaf wak..
orang janji macam-macam dengan awak kan..
manis mulut macam dengan awak..
tapi sekarang tak tertunai lagi janji-janji itu..

awak..
orang rasa sedih sangat..
rasa serba salah sangat..
bila awak cakap..
bila ingat semua janji yang orang buat kat awak..
mesti awak ingat, orang saja je manis mulut untuk tarik hati awak kan..
tapi sekarang, habuk pun tarak..   +____+

awak..
orang nak awak tahu..
masa orang cakap tue,
bukan saja-saja buat tau..
bukan saja-saja reka nak sedapkan hati awak..
tapi memang betul-betul dari hati orang..
betul-betul memang orang niatkan nak buat..
niat untuk buat awak happy..

awak..
orang tahu..
salah satu tanda orang munafik adalah ;
orang yangn ingkar pada janji dia..
tak..orang tak nak jadi macam itu..
orang bukan macam itu..
orang sungguh nak tunaikan semua yang orang janji kat awak..
awak boleh tunggu kan..

awak jangan marah orang ek..
please...

terbaca sesuatu pada blog kegemaran orang nie, HanaLoveNest ;

Berdosa hukumnya bagi seseorang yang dah berjanji untuk berkahwin
dengan seseorang yang lain...tapi tak tunaikan janji tu. Sebab manusia ni hidup dengan HARAPAN and bergantung pada janji.... "



tengok itu..

orang rasa serba salah sangat wak..
orang minta maaf tau awak..
orang janji akan tunaikan semua benda yang orang janji kat awak..
supaya orang tak rasa bersalah sangat kat awak..

dalam diam diam

salam semua ;

dalam diam-diam
saya simpan perasaan
saya simpan rasa hati saya
saya sembunyi hasrat hati saya

dalam diam-diam
saya senyum melihat dia
saya terhibur dengan kerenah dia
saya terpesona dengan dia
saya terkedu bila dia menghampiri

dalam diam-diam
saya gembira bila dia sentiasa ada
saya bersyukur sebab dia mampu senyumkan saya

dalam diam-diam
saya merintih bila dia pergi
saya terkedu bila dia tinggi suara
saya sembunyi bila air mata mengalir

dalam diam-diam
saya mengharapkan penghujung baik dalam semua keputusan saya
saya mendoakan moga ada satu tanda yang pasti antara kami
saya menyakinkan hati saya bahawa memang dia

insyaAllah..

i pray

hati kita hati orang

salam semua ;

bila cakap pasal perangai..masing-masing ada ragam sendiri..bila cakap pasal hati..sampai ke bila-bila..memang susah nak senangkan hati..hati sendiri belum tentu boleh puas..nie kan pulak nak puaskan hati orang lain..bukan senang nak puaskan hati semua pihak..kita buat baik macam mana pun..tetap ada mulut-mulut yang mengata..

kekadang sampai perlu hipokrit..sampai perlu tahan kemahuan dengan keinginan sendiri semata-mata nak jaga hati orang..tapi tetap juga diri sendiri kena balik..macam mana..??apa lagi diri perlu buat supaya mereka-mereka itu senyum pada kita..senyum dengan ikhlas..bukan senyum bercabang-cabang maksud..

kalau lah boleh display kat dahi apa hati mereka cakap pasal kita, kan senang..tak de kita perasan sendiri..tak de la kita syok sendiri..ingatkan mereka senyum-senyum kat kita..baik la sangkaan dia pasal kita, rupanya dimaki dicacinya kita kat belakang..


backstabber
tue la orang cakap..rambut sama hitam tapi hati lain-lain berbicara..Nabi Muhammad saw yang sesempurna manusia pun turut menerima dugaan..nie kan kita ; yang banyak sangat kekurangannya..tapi apa diri boleh buat..cuma boleh berazam, bertekad dan berdoa..dari hari ke sehari untuk menjadi manusia yang lebih baik pada keesokannya..supaya hal yang terjadi hari ini lebih baik dari apa yang berlaku semalam.

moga kita semua dijauhkan dari perasaan hasad dengki orang..insyaAllah..

kalau lah dia tahu

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

credit to flickr

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

note ini dari sini ;

confession of something

salam ;

i made a confession today..tak tahu la itu jalan yang terbaik atau tidak..rasanya macam itu yang terbaik, for me..macam yang semua orang nak..kejujuran..macam itu jugak la yang saya nak..yang saya harapkan..tapi dari cara akhiri perbualan tadi macam ada yang tak kena..saya tak tahu..dia tak kisah..benar-benar tak kisah atau buat-buat tak kisah..

tapi satu yang saya dapat rasa sekarang..macam akan ada perubahan..tak tahu la perubahan ke arah yang lebih elok atau tidak..tak nak fikir yang bukan-bukan..jadi saya mengharapkan perubahan ke arah yang positif..

dia cakap tak kisah..dia cakap tak de pape pun..tapi saya tahu ada yang tak kena..rasa macam ada sesuatu yang dia tak luahkan..ada sesuatu yang disembunyikan semata-mata nak jaga hati saya..please jangan macam tue boleh tak..kalau terus buat macam itu, saya akan rasa diri saya jauh sangat dari awak..saya akan rasa terasing..which is saya benci sangat perasaan macam itu..i wanna be part of u..if only u let me..





seriyes..saya sayang dia sangat..moga dia paham..

alhamdulillah

salam semua;

ingat tak pada debaran debak debuk debak debuk dalam dada saya beberapa hari ini..ala yang heboh saya cerita dalam entri minggu lepas tue..ingat tak..??ingat kan..??

alhamdulillah..terjawab sudah debaran tue..kalau ikut kan makluman hari tue dia cakap hari nie (8/3/2011) kuar keputusan tue..tapi entahlah..mungkin sebab diorang sendiri penat kut asyik kena push je tanya bila nak kuar keputusan tue..sekali..tak pasal-pasal dia wat surprise kuar semalam (7/3/2011)..

hati memang dah patah dah..dah langsung tak de nafsu nak bukak web SPA tue tengok..tak harap da pun depa wat miracle tetiba kuar keputusan awal..on the way nak kuar makan bersama dia, tetiba one of my friend msg tanya 'dah check result ke..??'..dalam kepala dah blur..keputusan apa plak nie dah kuar..elok-elok dah nak kuar..berlari masuk ofis balik..terus taip adress..da proceed step yg selanjutnya..lambat pulak ha dia loading..bila da keluar keputusannya, rasa macam nak terduduk..Alhamdulillah sangat-sangat..serius kelu..

credit to google ~
keluar dari ofis..terus ke dia..dalam dada ketar-ketar rasa macam nak meletup..tak tahu nak terangkan macam mana perasaan tue..dia da mula pelik, napa senyum tak sudah-sudah..maklumkan pada dia..'alhamdulillah' terpacul keluar dari mulut dia..dia ikut senyum..terus dapat habuan Beriyani Gam semalam..wah..suka-suka..

on da way..maklumkan pada mak..dalam jelas tak jelas suara mak tue dengar mulut mak tak sudah-sudah ucap 'Alhamdulillah'..saya tahu dia gembira dan tak sangka..syukur sangat sangat..seterusnya abah dan ika dimaklumkan oleh mak..kelakar..abah tak puas hati sebab mak dapat tahu dulu dari abah..comel !!

alhamdulillah..syukur sangat-sangat..betul-betul tak sangka..masih diberi peluang rupanya diri ini..insyaAllah..akan mengotakan janji yang telah dibuat..moga diberi kesempatan..



SYUKUR by Altimet
oooppss!!..tersama-sama pulak share link nie..

malam ini sunyi

selamat malam semua ;

masa makin lewat da..jam di laptop sudah hampir pukul 12..tapi sampai waktu nie..kerja yang terbengkalai masih belum termula..bukan sikit..banyak la tue..esok mesti siap..adei..cepat la mood datang..cepatla..cepat

seriyes..rasa tak kena..rasa cam nak marah..tapi tak tahu nak marah sapa..rasa nak menangis, tapi tak tahu bahu siapa sudi dihulur untuk saya tumpang..rasa nak menangis teresak-esak bagi hilang semua sesak nie..tapi ada ke yang sudi pujuk saya..??rasa macam geram sangat-sangat..rasa nak jerit je..tapi kang tak pasal saya direport kena rasuk..aish..jangan buat pasal..malam-malam buta nie kena jaga kawal diri sikit..nanti lain pulak jadinya..

takpela..macam biasa..cuba hilangkan sediri..try to be positive walaupun macam-macam negatif ion ada dalam kepala nie..alhamdulillah..sakit kepala siang tadi pun kurang rasanya..selsema sok sek sok sek tadi pun da tak mengalir da..bagus..kalau tak membengkak la hidung nie..harap-harap pas lepas kat sini..semuanya akan okay..

okeh..mood perlahan-lahan da sampai..nampak gaya kena pulun la malam nie..harap-harap pagi sok tak terlajak..insyaAllah..


honesty is policy

berulang-ulang sebut ayat nie..tapi diri sendiri boleh ke buat..??

double triple happy

salam semua ;

hujan dari pagi tadi tak berhenti-henti sampai sekarang..duk dalam rumah tak yah bukak kipas pun cukup da..tak yah sibuk-sibuk nak naikkan bil elektrik..tapi dalam sibuk-sibuk hujan tak berhenti nie..tak mustahil malam nanti ada announcement yang ada kawasan-kawasan yang banjir..aish..mulut jangan masin..harap-harap tempat kita tak kena banjir seteruk di Australia baru-baru ini.

the last three days before nie..saya seronok..buat tambah semangat + excited..rasa cam nak cepat-cepat pindah..hehehe..da melawat kawasan dah..eh tak la..da melawat dah rumah tue..alhamdulillah..saya suka dan puas hati..rasanya keputusan tue betul..insyaAllah..tak sabar nak mula hidup sendiri..

terima kasih untuk semua..

adda - thanx for letting me stay at ur house..serius..malu+segan..asyik tumpang umah kamu je..then susahkan kamu lagi..insyaAllah..lepas tak dah kut..

dan a million thanx to sayang-terima kasih untuk segala usaha dan pertolongan kamu..insyaAllah..apa yang boleh saya balas..saya balas..thanx for everything dear..  :)

peace
penampilan sulung




makna diam diri

selamat petang semua ;

kita biasa dengar kan orang dulu-dulu cakap ; 'diam tu tanda setuju tue'..tapi bagi saya..bila saya diam, bukan sepenuhnya saya setuju..diam lebih pada menerima..dalam menerima itu, tetatp berfikir dalam-dalam supaya keputusan yang diambil berikutnya tidak salah..dan tidak menyesal di kemudian hari..

bukan tak tahu, bukan tak nak amik tahu, jauh sekali untuk tak kisah..tapi lebih memilih kepada buat-buat tak tahu dan pura-pura tidak kisah..buat apa nak berlagak berani, konon nya sanggup hadap kebenaran..padahal memang hakikat diri bukan camtue..kebenaran itu belum tentu manis..mungkin sangat menyakitkan hati..memang benar..'honesty is policy'..tapi buat masa sekarang..saye perlu jadi begitu..perlu hipokrit sedikit..rela memendam dan buat-buat tak tahu..tapi satu yang pasti..saya jujur pada perasaaan saya dan setiap tindakan saya..insyaAllah..

alhamdulillah..dapat rasa diri sekarang makin matang..sudah boleh kawal diri walaupun kadang-kadang tue tersasar juga..perlahan-lahan cuba untuk lindung perangai keanak-anakan itu..walhal kadang-kadang meronta-ronta jugak la minta dilayan camtue..tapi bila pikir balik..hei..wake up la..sampai bila nak terlalu rely pada orang..??sampai bila nak buat perangai macam budak-budak..??

biarla..diri berserah kini..kalau betul ini jalannya..insyaAllah..tetap juga kepunyaan saya..buat apa nak melawan kehendak takdir..??benda yang bukan milik kita..kita paksa macam mana pun..dia tetap pergi juga..jangan disimpan dendam, jangan disimpan marah..tapi, sebelum berserah sepenuhnya, paling tidak pun harus berusaha.ingat..macam mana Allah nak tolong hambaNya kalau dia sendiri tak berusaha..dia sendiri tak memohon..

sorry ;

salam rakan-rakan ;

kawan-kawan..minta tolong ye..sila baca dalam mood sedih ye..kalau tak pun dalam mood bulatkan mata then kedip2 pandang atas..hahaha..jap jap..mood sedih..tak boleh gelak..camne ek nak mula..eermmm..tak tahu nak cerita camne..tapi yang pasti sekarang dalam hati penuh rasa serba salah..saya tahu salah saya..seriyes syg..saya minta maaf sangat-sangat..betul-betul tak sengaja..

(14/01/11) - tiba-tiba semalam, on the way balik dia terkedu..terus dia capai handphone..dan call kawan dia..tanya kenapa jadi camtue..kawan dia terang ringkas..katanya tak de pape..rilex..tapi dari air muka dia..saya tahu dia tak tenang lagi..dalam hati dia mungkin masih dup dap dup dap lagi..konfom..salah saya..kalau saya lebih berhati-hati mungkin tak jadi camnie..sory sgt sayang..


+__+
berhenti rehat sekejap..i knew he tried to act cool..like nothing happened..tapi mata dia still tak lepas pandang ke arah itu..hati dia tak tenang lagi tue..cuba untuk gembirakan dia..make him laugh..yup..dia gelak..tapi sekejap..ade unsur palsu di situ..maaf..guilty gila rasa..damn !!..i am bad..teruk..tak sudah-sudah bagi masalah kat orang..bila hidup ini boleh senangkan orang ek..??..tapi dia tetap tenang..langsung tak menunjukkan reaksi marah..keep told me that was not my mistake..errmm..yeke..saya tak rasa camtue..

hari makin lewat..terus anta saya..he tried to start..warning sign tue hilang..nampak muka dia lega sangat..sampai ke rumah saya..still tak de..alhamdulillah..tapi dia cakap tengok dulu sampai dia sampai umah dia..harap-harap okay..i let him go..tapi saya still rasa bersalah sangat..texted him to be careful and thanx sbb anta saya sampai ke rumah..

sementara tunggu dia sampai..baring baring kat bawah..dengan mak, nisya and the rest..dalam tunggu tue..boleh plak bantai tertido..sedar-sedar tgk handphone ade " 2 messages received"..n pling best ade satu call saya reject..ayoyo..bila masa jadi nie..??konfom tido mati la nie tadi..paling sedih baca satu message tue..maxis cakap ade 4 missed calls..hohoho..line pun jahat..dengki..nape jadi camtue..cukup pakej hari ini..isskkh..tak suka ;(

(15/01/11)-pagi td..dia cakap..on the way dia balik semalam..warning sign tue timbul balik dan meter tak naik..saya tak paham dengan apa yang dia cakap tue..but i knew..that was not a good sign..hhmm..dear..sory sgt ..




tak berani nak cakap face to face..tulis dlm blog saja la..


anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!