wordless wednesday : love note from him

salam semua ;

# miss u sayang

esok hari raya

salam semua ;

sementara mata masih lagi mampu menahan ngantok..tangan masih bisa menaip dengan betul ejaan-ejaan..lebih baik cepat-cepat di update belog..nanti kang ada gak yang tertinggal tak berlayan pulak dek sibuk beraya sakan..hehehe..

alhamdulillah..rasanya masing-masing da melompat tinggi kan pas dengar pengumuman raya tadi..dah tak de ragu-ragu dah..memang sah..memang sahih..esok atau (mengikut jam, kira hari ini la), semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos 2011..

raya saya tahun ini, rasanya macam tahun-tahun sebelum ini..pagi esok, selepas balik dari sembahyang raya..akan terus ke kubur arwah atuk..selepas itu..kembali semula ke rumah..menunggu sedara-sedara datang ke rumah..menjelang petang..bila rasa dah tak de sedara yang datang..baru mula kan aktiviti mengkonvoi ke rumah-rumah sedara yang bedekatan..

tapi, kita mana tahu kan..raya tahun ini..ada seri lain pulak yang muncul kan..  :)


sempena Aidilfitri bakal menjelang ;

saya dengan rendah dirinya..menyusun jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga la ke hujung kaki terhadap semua kesilapan dan kekhilafan saya sepanjang saya berceloteh membebel di sini..saya memohon maaf sekiranya ada bahasa-bahasa saya, perkataan-perkataan saya tersalah dan menguris hati mana-mana pihak,,serius, sungguh saya tak berniat,,apa yang terluah di sini, tak lebih cuma pendapat peribadi saya dan luahan sejujur-jujurnya dari saya.. 0 - 0 tau kawan-kawan..

# salam Aidilfitri 1432 H


from him with love ;

salam semua ;

dari jumaat malam saya pulang ke gombak..baru hari ini berkesempatan mengonlinekan diri..sibuk..sangat sibuk di rumah ini..dengan persiapan nak raya nya..sangat lah sibuk..hehehe..ekceli, bukan lah sibuk sangat pun..lebih kepada buat-buat sibuk..   :)

ingat tak, entri yang lepas..saya ada cerita, kali ini,saya akan terpisah lama dengan #encikchentahati..hampir 11 hari kut..melarat rindu di hati..tidak dapat ketemu sama buah hati pengarang jantung..tapi takpela..bukan dia ke mana pun..cuma pulang ke pangkuan  keluarga tercinta..

jumaat yang lepas..sempat sahur terakhir bersama dia,,juga sempat berbuka puasa terakhir bersama dia dan kawan-kawan..pertemuan kami tak lama..memandangkan malam itu juga saya harus terus balik ke Gombak..saya memilih alternatif untuk balik sendiri,,bukan tak sudi untuk minta dia hantarkan, tapi tak apa lah..malas nak bebankan orang..nanti dia balik terperangkap dalam jammed..

cuma minta dia hantarkan ke Putrajaya Sentral..dari situ, saya akan amik ERL ke Bandar Tasik Selatan dan seterusnya ke Sentul..balik ke rumah jap..packing apa yang perlu dan kemudian kunci semua yang perlu di kunci..perlu cepat, tak mahu biarkan #encikchentahati tertunggu di bawah..sian dia..siap semua, kocoh-kocoh turun ke bwah..dia risau lewat..risau kalau saya lewat sangat sampai ke rumah sorang-sorang nanti..

sampai di ERL..tengok board..ada lebih kurang 10 minit lagi tren ke KL Sental nak sampai..alorh..cepatnya..tak sempat nak mengedik-gedik dengan dia lama lagi..  T____T..
tapi itu semua, mampu terluah dalam hati je la..tak terkeluar dari mulut pun..

pas beli tiket..ada masa lebih kurang 8 minit..cepat-cepat ajak dia ke satu tempat tersorok sikit..yela..nak berpisah lama-lama ini, ditambah lagi nak nak raya nie..kena lah ada drama bermanja-manja sikit..drama minta maaf minta ampun..

tiba-tiba, dia bagi saya satu box..

speechless..serius terkedu..tak tahu nak cakap ape..

'happy anniversary sayang..abg minta maaf, cuma ini je yang abg mampu kasi'

saat tu, tangan masih lagi kaku memegang box yang dia kasi tue..cuma terkeluar..

'thank u sayang..thank u sayang '

mata dah mula rasa nak berair..pipi dah mula rasa panas..serius tak sangka..tak sangka dia akan buat macam itu..tak sangka dia boleh buat surprise camtue..adei..nie yang wat tambah sayang lagi..

intai-intai board erl..tinggal lagi 2 minit..alaa...cepat pulak masa berjalan..cepat-cepat salam tangan dia..minta maaf, mintak ampun maaf zahir dan batin dengan kadar yang amat segera..huhuhu..beratnya hati nak pergi jauh dari dia..


# from him with love ( dengan harum sekali )
malam itu, saya tido bertemankan pic ini sambil berlinangan air mata..auwww...sudah mula rindu sama #encikchentahati..
miss u sayang  +____+

sayang,
terima kasih for the present..terima kasih untuk kasih sayang awak..dan semuanya yang originnya dari awak..untuk makluman awak..org tak kisah pun pape yang awak bagi..asalkan awak pemberinya..mesti org sangat suka dan sangat-sangat hargainya..dan untuk tambahan maklumat, org bahagia sangat tau dengan awak sekarang..serius...benar-benar tak tipu..cuma org harap awk pun camtu jugak la..tak dela org syok sorang-sorang kan..hmmm...love u soo much sayang..may Allah bless our relationship..insyaAllah..


kisah berulang

salam semua ;

waktu sekarang sudah melebihi 5.30 petang..tinggal saya seorang je yang masih terkapai-kapai di ofis ini..ofis sudah sunyi..sesi salam menyalam, laga-laga pipi, minta maaf minta ampun selesai sudah tadi..huhuhu..hari ini seronok..masing-masing semua dah penuh dengan mood raya..kerja pun macam-macam gitu saja..huhuhu..

disebabkan ramai yang dah mula bercuti hari ini plus yang amik half day pun ramai..so kerja pun ada sedikit kurang..so, masa yang ada dipergunakan dengan sebaik-baiknya..  :)

tepat jam 5, baru fb boleh bukak..dalam sibuk mengodek-godek kat wall, ternampak sesuatu di sidebar kiri..dalam hati terus rasa 'eh, macam menarik'..terus tekan more..pastu keluar ini..

# on 26/08/10
flash back balik cerita tahun lepas, waktu ini..saya masih belum kenal #encikchentahati..fb dia pun saya tak tahu..apatah lagi apa-apa yang dia cakap..tapi macam yang saya cerita sebelum ini, hati ini memang sudah mula tercuit pada dia pasal peristiwa #240810 itu..

cuma beberapa ketika selepas itu, bila saya mula masuk dalam list friend dia(waktu itu dia masih belum menjadi #encikchentahati)..ternampak status ini..dia cakap, status ini merujuk kepada saya..

dalam hati terus kembang sekembang kembangnya..huhuhu..terharu + gembira sangat-sangat..terima kasih sayang.

dan pada hari ini ;

# on 260811
sekali lagi dia mengeluarkan status yang sama, dan minta saya lihat pada wall dia..

bila nampak dia post..terus senyum..terus teringat waktu dia cakap benda ni tahun lepas..cuma nak tanya, masih untuk saya lagi ke sayang status ini..??

hmmmm...tapi berani la dia merujuk pada orang lain..cubit pusing-pusing kang...hehehe..


saya tahu..terima kasih sayang sebab buat saya senyum..lepas ini lama tak jumpa awak..hati-hati tau nanti..jangan nakal overdose tau!!..nanti lepas 11 hari kita jumpa okeh..dan tak lupa juga..selamat hari raya..maaf zahir batin tau wak untuk semua kesilapan, kesalahan, kekhilafan yang banyak sangat org buat sepanjang kita berhubungan hampir 9 bulan ini..mohon halal kan semua yang awak belanja org dan doa org, moga berpanjangan jodoh kita..insyaAllah..hati-hati memandu nanti tau..

challenge 6 : songs to match with my mood now

salam ;

untuk cabaran seterusnya..paling senang saya nak describekan..excited nie..hehehe..

insyaAllah, lebih kurang lagi 3 hari..kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri kan..so, masing-masing konfom berapi-api dah mood raya kan..semua nya excited nak balik kampung..pulang berjumpa ayah bonda tercinta..pulang berehat-rehat di rumah..pulang menikmati juadah raya yang masing-masing konfom mengancam kan..huhuhu..

jadi kalau tanya lagu-lagu yang betul-betul kena mood saya sekarang, haruslah semunya berkait dengan tema hari raya kan..jadi untuk yang pertama..layan lagu ini dulu ;

  • balik kampung - sudirman


lagu ini bukan kira hari raya je rasanya..tiap kali mood balik kampung datang..mesti lagu nie yang berlegar-legar dalam kepala kan..lama camne pun..tetap yang original paling terbaik..huhuhu..saya ikut excited nak balik kampung..walau pun jarak 'kampung' dengan umah sekarang cuma lebih kurang 60 km je..tapi tetap kira kampung jugak...lantaklah orang nak cakpa ape..hahahaha  * ada aku kisah
  • selamat hari raya - rahimah rahim

satu lagi lagu retro yang bermain-main dalam kepala tiap kali nak menjelang raya..dengar je lagu ini rasa nak ikut joget sekali pulak..hahahaha

tapi..dalam syok-syok saya nak beraya tue,
  • i need a doctor - Dr Dre ft Eminim, Skylar Green

nape lagu sedih tetiba nie ek..??huhuhu..bukan kata saya tak happy raya nanti..haruslah happy..kan dapat cuti panjang..tapi panjang mana saya cuti, panjang tu jugak la saya tak jumpa #encikchentahati nie..huhuhu..hampir 11 hari kut..huhuhu..lama kan..jadi, tepek gak video lagu ini bagi kena dengan mood saya yang bercampur-campur ini..

sob sob sob..kesat air mata, air hidung, air telinga bagai..tak leh sedih sangat..bukan tak jumpa pun lepas tue..jangan gedik sangat la..hmmmm..


jadi untuk semua,

selamat hari raya, maaf zahir batin, mohon maaf kalau saya ada membosankan anda, membangkitkan kemarahan anda atau juga mewujudkan sebarang ketidakpuasan hati kepada anda semua..mohon maaf sangat-sangat k..


// tekan sini untuk lihat senarai challenge ..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

#11 spontaneous thursday

salam ;

saya memang seorang paranoid..sentiasa rasa terancam..sentiasa dalam keadaan tak kena..sentiasa takut awak akan pergi tinggalkan saya..awak paham tak agaknya perasaan itu..??




checklist raya

salam ;

eksitednya..tak lama dah..lebih kurang dalam 4 hari lagi..insyaAllah, kita semua umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri kan..pengumuman rasmi belum buat lagi la..tapi kiraan 4 hari itu, cuma saya merujuk ikut kiraan kalendar..betul la kut..huhuhu..

so, dah last-last minit nie..mesti la nak tanya pada anda semua kan..macam mana persiapan raya..??da tick semua dah ke benda-benda dalam checklist raya anda semua..kehkehkehkeh..bukan la satu kemestian pun checklist tue..cuma untuk cukup syarat je..supaya nanti tak de la bila dah terlepas, baru nak cakap..'ala..terlupa lak '..

untuk checklist raya saya tahun ini hampir complete..hehehe..alhamdulillah..rasanya macam tak pernah selengkap camnie raya..kekadang, pakai apa yang ada..sarung apa yang nampak..tapi untuk tahun ini,semuanya hampir lengkap..
  • kasut raya - check   :)
# nie namanya dah buang tebiat

  • baju raya - almost check..satu pasang lagi belum tiba  :)
# terima kasih sgt-sgt..saya suka
  • kuih raya - almost check..balik cuti nie kena balik tolong mak buat kuih lagi..
# nie semua tangan saya yg cerap tau
huhuhu..apa lagi ek..rasa nya cukup da kut checklist saya..ke ada sapa-sapa yang nak tolong saya mana yang kurang kat sini..??sebab i'm totally blur right now !!

#10 spontaneous thursday

salam ;


perempuan ini susah untuk kita jaga dia ;
tapi dia tak pernah penat untuk sayang kita..



ya..betul !!
ini saya amik dari sini - belog sis comel ini ;
jadi hargai lah kehadiran wanita dalam hidup anda okay..

nak tahu asal usul #SS ini..
boleh tengok sini..

wordless wednesday : alhamdulillah

salam ;


# alhamdulillah..murah rezeki bos !!
# terima kasih

wordless wednesday : kenny

salam ;

# nyum nyum..macam teringin

satu tahun sudah


salam ;

alhamdulillah..hari ini-24/8/2011..cukup setahun saya mengenal insan yang saya gelar #encikchentahati..tak sedar sangat masa berjalan..setiap bulan mengingati tarikh 24hb..tp 24hb pada bulan ini sangat lah istimewa..

pada 24/08/2011 ;
  • cukup 9 bulan kami berhubungan
  • cukup setahun saya mengenali dia
tapi kalau nak diikutkan, bukan pada pada tarikh ini (24/08/2010) saya kenal..cuma pada tarikh tersebut..hati saya mula tertarik pada dia..mula tertanya siapa kah gerangan dia..

# on that iftar ceremony..
bila diingatkan balik pada waktu itu, mesti masing-masing tersenyum sendiri..kalau kata saya mengikut cakap si dia, dan terus balik tanpa menghadiri majlis tersebut..mungkin tak ada pertemuan antara kami..mungkin juga kami tak berhubungan sehingga sekarang..tapi, orang cakap..dah kalau memang dia jodoh kita seperti yang ditetapkan oleh Allah swt..macam mana kita tolak..macam mana kita buat tak tahu..tetap dia akan hadir juga dalam hati kita.. #moga dia jodoh yang ditetapkan oleh Allah swt untuk aku..insyaAllah..

alhamdulillah..sehingga waktu ini..hati ini masih belum menyesal lagi keputusan yang dibuat ini..hati saya ikhlas menyayangi dia..tanpa sebarang syarat dan kondisi..saya tahu, kekadang kesilapan sama yang berulang-ulang boleh mendatangkan jemu..saya janji, selagi hati bioleh memaafkan dengan ikhlas, selagi itu saya akan maafkan..dan saya juga berjanji, untuk semua kekurangan diri, dari hari ke sehari akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri sendiri..insyaAllah..

untuk #encikchentahati;


terima kasih untuk tempoh setahun ini..pelbagai saya belajar bila bersama awak..u showed me another side of me yang saya sendiri tak pernah sangka saya ada benda itu..u build my confidence, memenuhi segenap perasaan dalam hati saya dengan kasih sayang awak..alhamdulillah..i felt blessed sayang..thanx for everything..moga hubungan ini makin panjang..insyaAllah..


# shhhh..
* seronok sangat malam tadi..walaupun keadaan diri betul-betul demam tak larat..tapi bila nampak dia..terus terbang semua rasa itu..fuhhh!!..he hold my hand..'panas' dia cakap..tapi dia tetap pegang tanpa sedikitpun rasa nak lepas..terima kasih sayang..dan tiba-tiba bila awk call tue..saya betul-betul pikir bukan-bukan jadi..tapi bila awak cakap 'happy anniversary'..terus hati saya senyum sesenyumnya..Ya Allah..saya sendiri terlupa awak..maaf sangat-sangat..

wordless wednesday : too much happy

salam ;

# when i'm too much happy with u, love
but sadly ;

# he was too sleepy


+_______+

challenge 5 : i am different with everyone else

salam..

fuh..lama saya hilang kan dari meneruskan challenge nie..alasan = ;
- sebab saya betul-betul tak de masa (okay..itu alasan cliche..sgt tak boleh terima)..
- saya tak de idea + daya sebenarnya nak meneruskan challenge nie..

hehehe..tapi saya tak kan berhenti..haip..mana boleh mudah sangat mengalah kan..

okay..seterusnya..minta saya ceritakan apa yang bezanya saya dengan orang lain..of course la semua manusia memang unik kan..Allah ciptakan manusia berbeza-beza supaya masing-masing tidak malu dengan diri sendiri dan juga apa yang Allah ciptakan untuk mereka..even, pasangan kembar seiras pun mesti ada bezanya antara diorang pun kan..

# sekadar gambar hiasan


yang ni saya senaraikan ikut suka hati saya je tau..tanpa merujuk mana-mana sumber pun..eh iya la..takkan kita nak minta org lain terangkan pasal diri sendiri kan..
  • saya tak de bestfriend
nie memang hakikat..macam yang saya bagitahu sebelum ini..saya tiada seorang, dua atau tiga untuk saya gelarkan sebagai bestfriend..apa ntah lagi bestfriend forever kan..tapi saya ada ramai kawan..kawan-kawan dari sekolah sampai la ke kawan kerja sekarang..mereka semua adalah kawan-kawan saya..yang mana saya sangat selesa dengan mereka..menghormati dan memahami saya..mereka dengar tiap kali saya bercakap dan menegur tiap kali saya melakukan kesalahan..untuk mereka semua..thank u kawan !!
  • saya boleh jadi sangat jiwang
sshhhh..this was supposed to be secret tau..uih..kalau kena mood jiwang merajai diri..saya akan jadi sangat jiwang tau..saya suka lirik-lirik yang puitis..suka ayat-ayat yang indah..dan suka sajak-sajak yang jiwang..tapi jangan terlalu klasik..nanti saya balik yang pusing cari maksud pada setiap ayat-ayat tue..huhuhu..saya suka bila ditujukan lagu, suka bila didedikasikan puisi-puisi yang indah..pastu berbunga-bunga saya pastue..
  • saya mudah berubah arah
iya..saya mengaku..hati saya mudah lari-lari anak..mudah pusing ke tempat lain..macam lalang..cepat sangat condong ke arah lain bila angin tiup..tapi saya masih ada perasaan kasihan..masih ada perasaan cuba untuk puaskan hati semua orang..untuk gembirakan semua orang..mungkin itu punca kenapa saya mudah goyah..kenapa saya tak pegang pada apa yang saya janjikan..saya tahu benda ini tak elok..nampak sangat saya nie lemah kan..tapi nak buat camne..this is who i am..tapi tiap masa dan sentiasa saya berdoa tau, moga saya dikuatkan hati..dikuatkan iman..dan sentiasa berpegang pada janji-janji saya..insyaAllah..
  • suka tuju-tuju lirik
rasanya..ramai je orang buat camnie kan..dah sebelum nie kan saya ada cakap, saya suka kalau ada org dedicate2 lagu kat saya..saya pun suka wat camtu gak..nk cipta reka sajak puisi tak reti..jadi apa salahnya kan kita menggunakan benda yang sedia ada dan sesuaikan dengan masa dan tempat..jangan main tuju tembak je..kang lain pulak maksud nya kan..tak caya..cuba #ncikchentahati..bape banyak link lagu atau lirik saya kasi kat dia..hahaha..
  • tak suka marah
saya tak suka kena marah..sebab saya cepat nangis..jadi saya pun susah nak marah orang..macam mana orang tue buat salah kat saya pun, sedaya upaya saya cari cara supaya saya boleh maafkan dia dan anggap tiada apa yang berlaku..saya tak suka pada suasana tegang..penat nak menghadapi keadaan pergaduhan..kan lagi seronok kalau kita bergurau, bersenda, senyum tapi sebarang persengketaan..kenapa nak tanamkan rasa benci bila benda itu boleh dimaafkan dan diabaikan..tapi itu semua bergantung pada hak individu sendiri..sesetangah orang memang tak boleh, dan mungkin ada orang yang boleh terima dengan cara saya..

huhuhu..rasanya dah cukup kut..susah gak rupanya nak cari apa yang membezakan saya dengan orang lain..memangla kita akan cakap, dia lain saya lain..tapi bila disuruh kaji betul-betul..hurai jelas-jelas..berpinar rasanya kepala ini nak mencari idea..

anda pulak macam mana..apa yang anda rasa buat diri anda berbeza dengan orang lain..kalau tahu..boleh la join sekali challenge nie kan ;

// tekan sini untuk lihat senarai challenge ..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

sehari dengan sengal-sengal sekalian

salam ;

setelah berkali-kali plan-tunda..plan-batal..akhirnya..jadi juga rancangan kami berlapan nak berjumpa..hehehe..tapi kalu ikutkan..sebenarnya, sebelum-sebelum ini..plan diorang proceed je..tapi saya saja yang selalu cancel last minute..almaklumlah..orang busy la katakan..hahaha..tolong la paham..

akhirnya..hujung minggu lepas..tercapai juga pertemuan dengan budak-budak sengal ini..semuanya turned up seperti yang dijanjikan..bagus-bagus..takde ciri-ciri orang munafik di situ..hahaha.

dalam pukul 3..saya diambil oleh izzati di umah..she is one of my friends dari zaman tadika lagi dan sampai sekarang masih lagi berhubung dan sentiasa bertembung..hehehe..bergerak ke Terminal Putra untuk amik sorang lagi budak sengal, neesya dan meeting point dengan beberapa budak sengal lain..sampai neesya..kurang sorang lagi budak sengal..bergerak pulak ke station bas Pekeling untuk pick up suzaina pulak..

okay..sekarang dah cukup corumn..baru blh bergerak ke destinasi selanjutnya..tapi next destination tue, konon-kononnya nk surprise..event manager-miss fiza je yang tahu..tak pela..kami tak kisah..kami layan sahaja..

# with intan

lepas da kuar masuk KL 2-3 kali pusing roundabout..2-3 kali wat U-turn..naik trun fly over..akhirnya baru lah kami sampai ke destinasi yang surprise kononnya tue..huhuhu..tempat di area Menara Tinjau Ampang..errr..betul ke..lebih kurang camtue la namanya..saya pernah jalan ke situ..tapi belum pernah terpikir untuk belok ke bhgn look out point tue..event manager kami-cik fiza sudah pun membooking tempat untuk kami kat one of restoran situ..

kami pun sampai awal bebeno..so..masing-masing amik inisiatif nak bersenam sebelum melantak dengan kadar yang banyak..jadi, aktiviti wajib harus la ada - bergambar !!

pantang berhenti, pantang izzati angkat kamera..cepat-cepat kami posing..   :)
# 7 of us

# kaki kasut kami cantik

setelah penat kami mendaki..bertonggek-tonggek..akhirnya sampai pun ke destinasinya..

# in front of restaurant

tapi tengok betul-betul kat belakang tue..huhuhu..kami kena mendaki lagi..adei..da la pkai heel 4 inci..mujur bertapak tebal..kalau halus..konfom saya cabut..

kami sampai awal..dalam kul 6 dah sampai..waiter pulak dah datang amik order..so..kami order je dan minta untuk hantar bila dah nak berbuka nanti..so..sementara menunggu tempoh masa nak berbuka itu..apa lagi masing-masing..sesi ice breaking la..huhuhu..tapi paling utama dan palimg diraikan ialah dua orang kawan kami yang bakal menukar status mereka tak lama lagi..sorang bakal memegang title' isteri' dan sorang lagi 'tunangan'...waaa...seronoknya..

# order saya - grilled chicken chop

# beberapa order kami

# time nie sume complete da..
komen saya untuk tempat ini..best..malam, sangat romantik kut..sebab dia betul-betul restoran yang paling atas sekali..so, view KL memang nampak sangat cantik dari atas ini..price okay..tak murah sangat dan tak la mahal sangat..for me..price for western, okay..standart price..tp untuk jenis-jenis yang goreng-goreng cam nasi goreng ke, boleh tahan jugak la..air sedap dan unik..


# our bill

# view of KL from look out point

lepas itu, masing-masing da blur nak ke mana..plan asal, kitorang suma akan lepas sama sampai la ke waktu sahur..tapi ke mana..lum ada idea lagi..macam idea keluar..nak tengok wayang la..nak ke Jalan TAR..tp bila dibincang-bincang balik..destinasi kami seterusnya..Kolam Air Panas Selayang..huhuhu..okay gak..saya sendiri tak pernah sampai..

# sesi merendam kaki

dalam 45 minit kami kat situ..kepala blur lagi nak ke mana..sebenarnya ada acara perdana malam itu..sebab itu, kami kena tunggu jugak selewat yang mungkin..pop out dalam kepala, tak dapat ke Jalan TAR..ke Danau Kota la kami..rasanya kt sana pun boleh tahan meriah gak tue..

tapi bila dah sampai kat area berdekatan Danau Kota..kereta bersusun-susun masuk..jammed tak payah cakap la..memang la teramat sangat..hampir sejam kut kami stuck dalam jammed..stuck untuk masuk simpang ke Danau Kota tue..belum sampai lagi..adei..memang tak sanggup..terus tukar idea..kami cari tempat lepak je la..dan sudahnya kami ke sini,

# at Batu 8 1/2

singgah sebentar ke rumah cik fiza..dan masanya untuk acara perdana kami..bermula dengan sesi bergambar sebelum konon-kononya nak balik..senyap-senyap..su terus curah satu bungkus tepung gandum cap sauh ke atas intan..hahahaha..dan kami semua memang sedia maklum dengan perangai intan nie yang memang bukan jenis terima je apa yang org buat..terus sepantas kilat semua berlari menyelamatkan diri..konfom dia cari peluang nak kenakan kami balik..


# fusshh fuussh..amik kau !!

# si mangsa


keseluruhannya..it was hell fun kawan-kawan..lama sangat tak gelak besar camtue..lama sangat tk bergosip camtue..benda nie harus dijadikan rutin wei..jadi tak de la setiap kali berjumpa nak buat sesi ice-breaking balik..huahuahuahua...tapi serius..memang sangat seronok dan enjoy..lama sangat tak rasa camnie..dan saya memang merindukan diorang semua..moga plan-plan kami akan datang akan jadi macam ini dan persahabatan antara kami akan terus kekal tanpa sebarang hipokrasi..insyaAllah..


# sengal
* all picture adalah dicuri dari izzati..terima kasih.. :)

ianya layu +_____+

salam ;

selamat berpuasa semua untuk hari yang ke 20..  eh eh eh..cepatnya masa..lebih kurang 9 hari je lagi kita nak raya dah kan..excited okay..sebab tahun ini saya dapat cuti panjang..hehehe..tak nak mcm tahun lepas..  :(
takpe..perkara lama jangan diungkit lagi..

sapa suka bunga..??
maksud saya, bunga hidup atau fresh flower..ala..yang macam dalam cerita nora elena tue..yang si nore tue sikit punya gila kat bunga tu..lagi-lagi bunga ros..

well, saya nie tak la kata gila sangat pun..tapi saja gedik..tengok orang lain dapat surprise bunga, dia pun sibuk bermimpi nak dapat camtu jugak..padahal bukan reti jaga pun..bukan tahu sentimental value of that flower..cuma saja nak rasa syok org cakap ;

    ' eh..dapat bunga..??wah..bestnye..romantiknya bf ko'..

tapi saya dapat bunga da..bunga hidup tau..nak tahu sapa kasi,sapa lagi kalau bukan dari #encikchentahati..dah tue..dia je la buah hati pengarang jatung..tak kan lah ada lelaki lain nak kasi saya bunga pun..

saya dapat hujung julai hari itu..bunga apa ek..??ntahla..saya pun tak tahu bunga ape..tapi ikut pandangan pemikiran yang genius nie, rasa macam bunga carnation..ala..yang macam dalam teh bunga tue..eh jap..boleh ke bunga jenis tue wat bouquet..??

masa mula-mula dia bagi..waa..dia ingat la nak bagi saya..dan betapa saya selalu menjeling-jeling bila tengok couple lain dapat bunga..hehehe..tenkiu sayang..

# segenggam bunga
ada orang cakap, nak bagi bunga nie tahan lama..buh rendam dalam air..pastu tambah penadol..ada yang cadangan bernas, suh saya buh dadah pulak..gila ko..celah mana aku nak dapat stok tue..kang tak pasal-pasal ke tali gantung aku..

tapi, saya yang sangat cetek ilmu mengenai penjagaan bunga nie..cuma pikir ;
  • tebuk mineral water (cup)
  • buh air sikit dalam tue
  • dan siap..
  • (hehehe..tak yah pusing kepala nak cari pasu)
tapi itu la..sebab nak shortcut sangat..nak mudah sangat..langsung tak nak dengar idea lain..kembangnya cuma sementara saja..huhuhu..dalam 3 minggu pas tue..bunga tu dah jadi camnie..
# berguguran kelopaknya
ooooo..sangat sayang tau nak buang bunga tue dalam tong sampah..tapi saya kena buang jugak..sebab risau pembiakan jentik-jentik dalam takungan air tue..kang tak pasal-pasal aku kena tangkap dengan jabatan alam sekitar pulak ha..

barang yang lepas, harus dilepaskan pergi ;
usah dikenang, usah diratapi ;
ya..aku merelakan pemergian mu..

* tak nak bunga da..saya kecik hati +_____+

sale raya !!

salam semua ;


selamat hari jumaat..huks..maaf..saya emosi pagi tadi..tapi takpe..dah okay da..sebab dia tak marah saya dah.. :)

sekarang, konfom masing-masing semua sibuk nak bershopping raya kan..pergila mana-mana shopping kompleks..conform penuh..mana yang parents sibuk nak beli untuk anak-anak..mana yang si bf sibuk nak matching kaler dgn si gf..

sekarang, meh sini saya nak heboh satu benda..untuk warga-warga putrajaya, takpun mana-mana mereka yang tinggal berdekatan area putrajaya..leh la pakat ramai-ramai g serbu PICC..untuk makluman semua, terdapat satu jualan sale kaw kaw punya kat situ..rasanya Metrojaya Sale nie memang kerap buat kut kat Putrajaya sebab sebelum nie pernah gak pergi..dia punya sale blh tahan la..siap ada happy hour lagi..

dengar cerita, handbag dari RM 100++ leh turun sampai kurang RM 50..ha ko..mana tak rambang mata-mata si wanita-wanita ini..hehehe..tapi setakat nie belum ada lagi yang menarik mata hati saya..nafsu tue masih mampu dibendung lagi..hehehe


# metrojaya sale

sale nie da start dari 17 - 21 Ogos 2011..lokasi di PICC..kalau pergi, baru naik sikit bukit PICC tue..confirm kita akan nampak kereta bersusun da parking..saya dah pergi da masa hari pertama hari tue..dengan #encikchentahati dan juga dua orang kawan dia..

macam-macam brand ada..ada renoma, sembonia, hush puppies dan lain-lain lagi..huhuhu..kalau nak suh saya list memang konfom failed la saya..hari tue saya datang untuk menjamu mata okay, bukan untuk jog down brand-brand yang ada kat situ..satu peringatan mesra dari saya, pada yang wanita-wanita..kalau pergi sini..tak yah la handbag atau beg-beg lain yang macam-macam..sebab nanti beg-beg anda tersebut akan dibungkus dengan plastic..tak tahu la sebab apa..security reason maybe..

hari itu berlenggang saya pergi..berlenggang jugak la saya balik..huhuhu..belum ada lagi yg menarik hati saya..lagipun nak usha lama-lama pun susah la..orang terlalu ramai..adui..fusing kepala saya..

tapi ada satu yang betul-betul berkenan di hati..tahun nie terasa nak buang tebiat sikit..nak pakai heel halus..tapi harus lah mempunyai strap di pergelangan kaki saya..almaklumlah, saya nie kan problem sikit untuk membalance kan badan..hahaha..dah cuba da hari itu..#encikchentahati pun macam berkenan..siap dah minta size lagi..tapi bila ditry-try..dirisik-risik..disarung-sarung..macam tak kena pulak..tunjuk pada dia..dia pun geleng kepala..alorh..baru teringin nak pakai kasut Sembonia..huhuhu..

tapi..tak kisah pun..#encikchentahati macam dah janji nak pergi sama shopping di KL hujung minggu nie..yeaaa...yipee !!

eh..lupa nak cakap..baju raya saya dah siap tau..da..saya sangat la likeeeeee  !!
yeah..


terima kasih sayang dan juga mereka yang terlibat..


# ni baru dua :)


maaf, sekali lagi

// orang sedih waktu ini..

maaf
org emosi waktu itu

tak sengaja,
tertarik muka.
waktu itu, mungkin dah tak mampu nak lindung perasaan da..

tapi..
bukan awak buat salah pun..
awak buat benda yang betul..
benda yang mungkin semua orang memang nak..
memberi satu harga 'kebebasan' pada org..
memberi org ruang untuk memencil sementara dari awak..

mungkin sebab dah terlalu biasa..
dan dah terlalu kerap..
org jadi tak kena bila awk tak de..
rse macam ada sesuatu yg kurg bila bayang awk tak de..

tapi pada siapa, org boleh mengadu benda itu..??
tiada..
tiada..

sebab, awk tak kan paham rasa itu..
orang lain pun mungkin tak akan boleh paham..
cuma org sendiri je yg boleh paham..
sudahnya, org tanggung sendiri..
pedih, sakit dan perit tue..
org simpan sendiri..
tak mengapa..
org bahagia dengan rasa ini..
org bahagia dengan perasaan begini..
sekurangnya org tahu, sayang org pd awk terlalu tinggi..
dan, cuma itu je la pun org harap awk tahu..

maaf; sebab org da terlalu biasa dengan awak..

// okay..takpe..org da okay.. :)


#9 spontaneous thursday

salam



sometimes i have to put aside my pride in order to save my relationship
yaa..!! #DamnItsTrue




nak kenal tak sapa punya idea spontaneous thursday nie..??
meh klik sini tau ;

wordless wednesday : priceless experience

salam


# pembuka untuk berbuka


# menu utama


# walau camne pun,saya tak kisah sebab ada dia


thank u sayang !!

saya minta maaf

awak..

orang minta maaf..
susahkan awak..
bebankan awak lagi..

awak..
orang minta maaf..
sebab sampai la sekarang..
orang masih tak tunaikan lagi janji-janji orang..

orang minta maaf wak..
orang janji macam-macam dengan awak kan..
manis mulut macam dengan awak..
tapi sekarang tak tertunai lagi janji-janji itu..

awak..
orang rasa sedih sangat..
rasa serba salah sangat..
bila awak cakap..
bila ingat semua janji yang orang buat kat awak..
mesti awak ingat, orang saja je manis mulut untuk tarik hati awak kan..
tapi sekarang, habuk pun tarak..   +____+

awak..
orang nak awak tahu..
masa orang cakap tue,
bukan saja-saja buat tau..
bukan saja-saja reka nak sedapkan hati awak..
tapi memang betul-betul dari hati orang..
betul-betul memang orang niatkan nak buat..
niat untuk buat awak happy..

awak..
orang tahu..
salah satu tanda orang munafik adalah ;
orang yangn ingkar pada janji dia..
tak..orang tak nak jadi macam itu..
orang bukan macam itu..
orang sungguh nak tunaikan semua yang orang janji kat awak..
awak boleh tunggu kan..

awak jangan marah orang ek..
please...

terbaca sesuatu pada blog kegemaran orang nie, HanaLoveNest ;

Berdosa hukumnya bagi seseorang yang dah berjanji untuk berkahwin
dengan seseorang yang lain...tapi tak tunaikan janji tu. Sebab manusia ni hidup dengan HARAPAN and bergantung pada janji.... "



tengok itu..

orang rasa serba salah sangat wak..
orang minta maaf tau awak..
orang janji akan tunaikan semua benda yang orang janji kat awak..
supaya orang tak rasa bersalah sangat kat awak..

aku tetap aku - shima

salam semua ;

hari ini meh kita layan video lagi..lagu nie nak kata lama..rasanya tak la lama sangat..#encikchentahati tetiba tanya pasal lagu ini..apa lagi..haruslah sepantas kilat mencari lagu ini..

dan macam biasa, haruslah gudang youtube manjadi lokasi pertama yang kita cari..cari punya cari..search punya search..di block pulak..adei..saja je tau..busuk hati punya youtube..tapi..kita tak leh cepat give up..kena usaha lagi..kan usaha tangga kejayaan kan..

cari kat google..jumpa pulak kat 4 shared..tapi kena download pulak..adei..saya nak tengok je..bukan nak simpan buat koleksi..tapi disebabkan kemahuan untuk ada itu tinggi, saya download juga..mujur la tak besar sangat kan..

taadaaa...sebab itu la munculnya video ini di sini.. :)




AKU TETAP AKU

Aku tetap di sisimu selalu
Di dalam susah di dalam senang
Aku tetap menyayangi dirimu
Begitulah peganganku
Biar apapun yang melanda
Aku tetap diriku bagai dulu

Aku tetap insan yang kau kenali
Kasihku tidak berbelah bagi
Aku tetap memberi yang termampu
Sepenuh jiwa ragaku
Tiada yang lebih bahagia
Bila aku melihat kau gembira

lirik dia ringkas je..tapi setiap baris semua nya bermakna..serius..best sangat-sangat  :)
jumpa lagi semua ;
terima kasih sudi singgah ...

jika dia untuk aku

salam


Ya Allah Ya Rahim,
jika benar Kau ciptakan dia untukku,
kau satukanlah hati kami,
bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya,
berikanlah aku kesabaran,ketekunan dan kesungguhan
untuk memenangi hatinya dengan cara yang diredhai oleh Mu Ya Allah..

dan,
aku mohon Ya Allah,
andai dia sebenarnya kebahagiaan aku,
moga aku tidak mencintainya lebih dari aku mencintai Kau,
aku tidak merindui lebih dari aku menrindui Kau,
dan tidak pula aku hanyut dari Mu..


# pray

bukan saya karang sendiri..ayat-ayat kat atas nie saya amik sikit dari entry yang saya amik dari entry nie..
yaa...terima kasih kasi kongsi.. :)

challenge 4 : my favourite photographs with my friends

salam

untuk cabaran seterusnya, saya dah alter sikit tajuk dia..kalau ikut tajuk asal, 'my favourite photograph with my best friend'..kalau saya keep maintaned dengan tajuk tue, adei mengagau kang nak mencari jawapan nya..so, untuk tidak menyusahkan diri, kita kena jadi kreatif sikit ye kawan-kawan..dan saya tukar jadi..

tadaaa...

macam yang tertulis di atas..' my favourite photographs with my friends'
(mana yg saya bold with color tue, adalah hasil kreatif buah fikiran saya)

to be honest, saya memang tak de BFF atau nama penuh dia ' best friend forever'..tak tahu, bila berkawan dengan seorang, i tend to be very cautions..tak terlalu mempercayai seseorang dengan teramat sangat..nak kata ada sejarah dikhianati, tak pernah jugak..tapi ntahla..memang saya nie jenis terlalu kuat curiga..hmmm...jadinya..memang susahla saya nak berkongsi rahsia ngan orang lain..kawan mungkin ramai, tapi kawan yang betul-betul saya percaya, setakat ini belum ada lagi..saya lebih mudah berkongsi dengan famili sendiri..

okeh..skang meh kita layan gambar ye..since tadi, kan saya dah cakap..saya tak de best friend..kawan saya memang berubah-ubah dari zaman sekolah hingga la sekarang..tapi alhamdulillah, sampai sekarang..antara kami masih lagi saling berhubung..dan mereka semua terlalu banyak berjasa dengan saya..cuma Allah saja yang boleh balas jasa kalian..

# di zaman sekolah..

# diploma time

# we share joys and laughter

# these two people stay forever by my side

# degree turn

# they were there whenever i need them

yes..i'm happy the way i am right now..saya tahu, mereka semua akan ada saat saya perlukan mereka..saya tahu mereka tak kan pernah penat dengar setiap ngaduan keluh kesah saya..

kawan-kawan..thanx for being there..may our friendship kekal sentiasa..insyaAllah..

// tekan sini untuk lihat senarai challenge ..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

#8 spontaneous thursday






i'm about to lose my mind
you've been gone for so long
i'm running out of time

i need a doctor
i need u to bring me back to life



challenge 3 : my idea of the first perfect date

salam semua ;

hehehe..jadi untuk hari ini..kita sambung cabaran yang seterusnya ya..untuk kali ini, dia tanya pasal 'impian saya untuk first perfect date'..adei..mcm susah je nk jawab soalan ini..berpeluh-peluh gak ini..tapi tak pe..usaha tangga kejayaan tau..

meh sini, saya try slow-slow listkan apa yang saya idam-idamkan untuk dating pertama yang sempurna..
  • unplanned
- ya..saya tak suka pada sesuatu yang terancang sebab nanti nampak sangat sempurna..lebih elok jika semuanya spontan dan on the spot..lebih natural dan jelas menunjukkan siapa dia yang sebenarnya..tak de la nampak sangat berlakonnya..ooo..saya sunggu benci orang yang bermuka-muka..just be who you are sayang.
  • pegang erat tangan saya
- ini merujuk pada seseorang yang da rasmi jadi buah hati saya k..bukan yang baru first time jumpa..iya..saya suka bila tangan saya dipegang, digenggam..tak perlu belai-belai, nak cium-cium bagai..(bukan tak suka..tapi tak wajib..kalau nak buat, saya suka..hehehe )..kenapa saya suka tangan saya dipegang..sebab saya rasa selamat sangat saat si dia genggam tangan saya..saya dapat rasa yang si dia akan jaga saya dan pastikan saya selamat sepanjang pertemuan itu..
    # hold my hand
  • simple date
- simple saja..aktiviti yang simple, bualan yang simple dan juga dress up yang simple..tak perlu nak sediakan candle light dinner, tak perlu nak suh limosine datang jemput, tak perlu nak pkai tuxedo, gaun kembang bagai..yang simple-simple saja..dan tak complicated..yang penting hari itu habis dengan happy dan sama-sama bahagia di hujung pertemuan.
  • last, bunga..hehehehe

# bouquet of roses..sgt like okay

iye..saya tahu,..sibuk kat atas tue cakap nak simple-simple je..alih-alih kat bawah nie, boleh pulak nak request bunga pulak ek..??sungguh tak sopan kan..hehehe..rasanya, normal la kan untuk perempuan suka bunga..bukan la gila sangat pun..sampai mengharap-mengharap atau mengidam-ngidam..tapi cuma suka la..hati perempuan mana yang tak cair, bila sang kekasih tercinta datang hulur sejambak bunga..waa..mesti saya akan menangis dan malam itu konfom tido mulut senyum..

untuk semua yang saya listkan kat atas..meh saya wat konklusinya secara ringkas..


saya cuma akan date dengan orang yang benar-benar da tarik hati saya..yang secara perlahan-lahan da mula timbul sayang untuk dia dalam hati saya..jadi, bila dia bersama saya, saya cuma mahu diri dia yang sebenar..bukan yang dilindung dengan lakonan untuk mengaburi mata saya..tak kisah la macam mana diri awak pun, kalau hati saya da mula jatuh pada awak..selamanya akan kekal jatuh selagi awak tak sakitkan hati saya..bukan kemewahan yang saya minta, bukan pujuk rayu yang saya mahu..cukup kejujuran dan keikhlasan awak menyayangi saya..

meh layan satu video nie..mesti sangat suuwweeeett kan kalau si dia berharap macam lagu ini..


okeh..selesai sudah..bagus-bagus..

// tekan sini untuk lihat senarai challenge ..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

wordless wednesday : precious moments


wednesday everyone ;


# 1
 
# 2

alhamdulillah, setahun sudah

salam semua ;

pejam celik pejam celik..hari ini, 9/8/2011..cukup setahun saya berada di posisi saya sekarang..cepat sangat masa berjalan..kalau dulu masa mula-mula lapor diri tue..rasa macam panjang lagi masa..tapi sekarang, da selesai setahun saya bekerja di Putrajaya ini..

teringat lagi masa hari pertama lapor diri di MOSTI..abah yang hantar..siap amik cuti lagi..bersama-sama saya lapor diri waktu itu, ada lebih kurang 50++ yang lain..masing-masing datang dengan gaya tersendiri..siap ada yang da berkot lagi..saya dengan gaya yang sangat simple..berbaju kurung dan bertudung purple, berspek..dengan gaya nerdy..keseorangan masuk ke dewan tersebut..lepas dah dengar taklimat, ucapan perasmian..pastu berdebar pulak nak tunggu surat penempatan..dengar cerita, macam-macam..mungkin kena posting di negeri-negeri lain la..paling risau, kalau kena ke Sabah/Sarawak..owh tak..

# tentatif

sampai turn saya terima surat penempatan, ingat lagi YBhg Tuan Mohamad Azhan tue cakap kat saya ;

Tuan Azhan : asal mana nie..??
me              : Gombak
Tuan Azhan : belajar..??
me              : Shah Alam..
Tuan Azhan : owh..asal sini, belajar sini..nie kita kena hantar jauh-jauh dia nie..


telan air liur saya..huhuhu..jangan lah..saya tak bersedia lagi untuk pergi sejauh itu..

tapi itu semua, cerita lama..siapa sangka..dalam diam-diam, diri mula seronok dengan kerja ini..mula sayang kat kerja ini..rasa nak biar terus kekal tanpa sebarang halangan..mula rasa berat hati nak lepaskan posisi ini..nak peluk kuat-kuat..peluk rapat-rapat tak mahu lepas..

dulu, masa belajar..langsung tak pernah terpikir, diri ini layak untuk memegang jawatan ini..dengan keadaan diri sendiri, kebolehan diri..memang sedar sangat..saya tak mungkin akan dapat pegang jawatan itu..lepas itu, dengan tekanan dan desakan dari abah lagi..yang keep reminded me about this job..betapa beruntungnya kalau dapat this job..betapa bagusnya this job..buat saya sangat muak..sampai kekadang rasa,

apa bagus sangat jawatan itu ek, sampai dipanggil anak emas government..sampai abah sibuk push syima minta jawatan itu..??

disebabkan terlalu rimas, saya pernah benci position ini..tekad saya..saya mahu kerja dalam bidang yang saya belajar..tak mo ikut cakap abah..siapa suh sibuk push syima kan..??

tapi itu la..orang cakap..jangan di benci-benci..jangan ditolak-tolak..nanti jatuh sayang..ha..kan saya dah kena sekarang..

alhamdulillah..sekarang saya mula nampak logiknya tekanan abah itu..kenapa abah terlalu mahukan saya dalam position ini..dan mujurlah..Alllah itu Maha Pemurah..diberikan saya peluang juga untuk memegang post ini..sementara ini, saya masih kontrak..dan harap-haraplah kekal sehingga usia persaraan saya..insyaAllah..


# me at work

dalam setahun ini juga..alhamdulillah..banyak sangat dah saya belajar..belajar untuk bekerja, belajar menguruskan sesuatu dan juga belajar berdepan dengan kerenah orang..walaupun kadang kala penat, tertekan tapi semua itu langsung tak mematahkan semangat saya..i take it as a lesson, peluang untuk saya belajar dan jangan mengulangi kesilapan pada masa akan datang..kadang-kala, diri sendiri ragu pada kebolehan diri, ragu pada keputusan yang hendak diucapkan..namun saya tahu..saya tak keseorangan..saya ada mereka yang akan membantu saya saat saya buntu..ada mereka yang akan bantu saya saat saya keliru..untuk colleagues dan bos..terima kasih..jasamu dikenang..okeh..maaf..saya budak baru belajar..banyak sangat benda yang saya tak tahu..

insyaAllah..moga panjang lagi rezeki saya dalam bidang ini..rakan-rakan semua..tolong doakan saya ye.. :)

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!