esok hari raya

salam semua ;

sementara mata masih lagi mampu menahan ngantok..tangan masih bisa menaip dengan betul ejaan-ejaan..lebih baik cepat-cepat di update belog..nanti kang ada gak yang tertinggal tak berlayan pulak dek sibuk beraya sakan..hehehe..

alhamdulillah..rasanya masing-masing da melompat tinggi kan pas dengar pengumuman raya tadi..dah tak de ragu-ragu dah..memang sah..memang sahih..esok atau (mengikut jam, kira hari ini la), semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos 2011..

raya saya tahun ini, rasanya macam tahun-tahun sebelum ini..pagi esok, selepas balik dari sembahyang raya..akan terus ke kubur arwah atuk..selepas itu..kembali semula ke rumah..menunggu sedara-sedara datang ke rumah..menjelang petang..bila rasa dah tak de sedara yang datang..baru mula kan aktiviti mengkonvoi ke rumah-rumah sedara yang bedekatan..

tapi, kita mana tahu kan..raya tahun ini..ada seri lain pulak yang muncul kan..  :)


sempena Aidilfitri bakal menjelang ;

saya dengan rendah dirinya..menyusun jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga la ke hujung kaki terhadap semua kesilapan dan kekhilafan saya sepanjang saya berceloteh membebel di sini..saya memohon maaf sekiranya ada bahasa-bahasa saya, perkataan-perkataan saya tersalah dan menguris hati mana-mana pihak,,serius, sungguh saya tak berniat,,apa yang terluah di sini, tak lebih cuma pendapat peribadi saya dan luahan sejujur-jujurnya dari saya.. 0 - 0 tau kawan-kawan..

# salam Aidilfitri 1432 H


0 bijak pandai berkata-kata:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!