assessment on weekend

salam ;

sebelum ini saya dah cerita kan pasal preparation nak ke PAC yang haru biru dek kecuaian sendiri tue..sekarang sambung pulak pasal assessment tue..nak cerita secara detail susah sikit, sebab tak banyak sangat pun pic saya amik..ye la kan..saya nie pergi untuk dinilai..bukan untuk duduk berehat senang-senang..so, pic yang diambil nie pun ikut mana yang dan je..diambil secara sembunyi-sembunyi..

pagi tu (12/11/11), awal-awal dah bangun..alhamdulillah..walaupun tido hampir kul 4 pagi tu, mujur senang je nak bangkit pagi tue..tak pulak malas macam selalu..mungkin bersemangat kut pagi tu..huhuhu..kuar dari umah dalam pukul 7.15 bersama abah..alhamdulillah, jalan pagi tue lancar sangat..langsung tak jammed..first time nie nak INTENGAH..excited okay..layan punya layan lagu dalam kereta, sedar sedar dah sampai..lebih kurang 45 minit je dari umah..

masuk ke dalam INTENGAH tu..keadaan nampak lengang..aikk..saya awal sangat ke, saya lambat sangat..semua orang da mula berkumpul ke..??pelan pelan, steady steady cari mana tempat nak lapor diri..nampak beberapa orang yang gayanya semacam sama dengan saya je, terus follow diorang..ffuuhh, mujur betul..first counter, saya disuruh timbang berat dan juga tinggi..bila tengok berat,fuhh mujur steady tak bertambah walaupun last week tak de satu hari pun saya beriadah..next counter, ambil kunci bilik dan diberi no badan..isi borang profile..ambil gambar..bergerak ke kaunter JPA dan kaunter SPA..semua lepas...alhamdulillah..so, isu salinan tak de pengesahan tue tak pe sebenarnya..tengok jam kat tangan, baru 8.30..taklimat mula 9.15..apa lagi, ambil kesempatan angkut beg-beg bawak masuk bilik..bilik di tingkat 3, mujur ada lift..kalau tak, mahu semput den..

# program


# lucky '6' still there

# with the tag
 bilik saya no 308..masuk je..hmmm..boleh tahan..cantik..i like   :)

# bilik - selesa  !!

# fully facilities
 dalam 9.15, terkedek-kedek turun ke dewan untuk taklimat..simple je pun taklimat dari urusetia..dalam setengah jam setel da..aktiviti 1 bermula pukul 11..masa ada hampir sejam lagi, tak kan nak melilau pulak kan..jadi, ambil kesempatan masuk bilik lagi berehat-rehat..owh..lupa nak cerita, roomate saya nama Bariah..dari JB..dia best..tak sombong..

abah banyak kali pesan..jangan lewat..mesti on time..diorang tak kan tegur kita..panel akan tengok je apa kita buat..so, pandai-pandai la bawa diri..huhuhu..tue yang kena sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga tue..aktiviti 1 bermula pukul 11 sampai pukul 1..sesi kajian kes/ case discussion..sejam yang pertama dalam bahasa melayu, while another one hour in english..kami disusun dalam bentuk u-shape dan panel akan tengok kita dari jauh..they let us discuss in 1/2 hour what we see in article that been given..waktu ini, semua kena bercakap..cuba untuk follow perbincangan dan jangan terlalu aktif/pasif..

then break for lunch, kemudian aktiviti penyelesaian masalah/problem solving..sama juga macam tadi..sejam pertama dalam malay dan another one hour in english..owh..lupa nak bagitahu lagi..my group ade 9 orang, 5 perempuan dan 4 lelaki..tak sempat pun nk tanya nama, dalam tue semua berkenalan dengan no badan masing-masing...masa sesi awal pagi tadi, masing-masing masih malu-malu kucing..berdiscuss pun penuh dengan sopan santun lagi..bila masuk sesi petang, dah mula mesra, dah kenal..perbincangan kami lebih santai dan kami sudah boleh bergurau sesama kami..it was hell fun..

pukul 5..aktiviti yang ditunggu-tunggu..hahahaha..sesi aktiviti fizikal..siang tu, masing-masing mendoakan supaya hujan petang tue, supaya batal aktiviti petang..tapi nasib sangat la baik..cuaca sangat indah petang..so, aktiviti petang berjalan seperti biasa..kami diminta berkumpul di court bola tampar..dimulakan dengan sesi warming up, kemudian..lari 2.4 km..huhuhu..2x round INTENGAH..syiok...huhuhu..

# exhausted
malam pula..kami diminta untuk pilih topik dan standby slide sesi public speaking..sembur punya sembur, baca punya baca..dan this is my topic, 'pollution'..huhuhu..kami semua diberi masa 5 minit setiap sorang untuk sesi public speaking keesokan harinya nanti..mujur ada broadband dari #encikchentahati..dapat jugak la google mana-mana maklumat..

# topic for public speaking
keesokannya (13/11/11)..awal-awal da bangun..turun breakfast..dalam 8.15, da standby duduk depan pintu bilik kuliah..untuk aktiviti ini, kami bergabung dua kumpulan..jadi total peserta dalam tu, lebih kurang 18 orang..da duk diam-diam kat kerusi yang sediakan..masing-masing berdebar tunggu turn untuk dipanggil ke depan..urusetia briefing jap..pastu dalam 8.45 terus start panggil calon pertama..and guess what, saya la tue calon pertama nya..huhuhuhu..

selesai sesi 5 minit pembentangan, 2 minutes untuk sesi Q & A pulak..mujur soalan cam tak berapa susah sangat..dan boleh la jawab..how's my presentation..??ntah la..okay kut..tak berani cakap lebih-lebih..tau la..dengan terkejut nya tetiba kena jadi peserta pertama, poin kat tangan semua hilang mana ntah..main cakap je apa yang terlintas dalam kepala..bukan first time pun macam ini..memang selalu sangat pun..sabar menunggu orang lain habis presentation..sampai la pukul 10.30..pukul 11, mula aktiviti terakhir..untuk aktiviti ini, kami diberi pinggan kertas, tali rafia dan maker pen..dalam masa 5 minit, kami disuruh untuk mereka dan melakar satu produk baru dengan hanya menggunakan 3 bahan yang diberi awal tadi..dan kemudian, kami diberi juga masa 5 minit untuk membentangkan produk kami dan cerita la macam-macam..pasal target customer ke, harga, potensi dan bla bla bla..

masa ini, mata dah asyik melirik-lirik ke jam je..nunggu, bila la nak kul 1..betul-betul tak sabar nak balik dah tau..selesai sesi pembentangan, sesi Q&A lagi antara panel dengan kami dan kemudian..taaaraaa..habis...

fffuuuhhh....fffuuuhhh..alhamdulillah..lega sangat..kalau tanya apa perasaan saya..alhamdulillah, seronok..diberi peluang untuk rasa dalam assessment ini..boleh dapat ke tak..itu saya serahkan segala-galanya pada ketentuan..saya dah cuba buat yang terbaik..tak setiap masa saya bercakap..ada masa, saya memang terdiam..bila tiada idea, atau blur..kalau ikut diri saya yang sebenar, saya bukan lah seramah itu, saya bukan lah seceria tu..but, i already transformed myself there..hopefully it worth..harap sangat..
# final day
# attendance

# ready for home
okay..habis cerita suda..kuikuikui..panjang kan entri ini..tue la..bila cerita 2 hari menjadi satu..akan la jadi berjela camnie..yang itu pun saya cuba cerita seringkas mungkin tau..harap-harap korang semua tak boring ek baca..baca sampai habis tau..penat pikir idea nak cerita ini tau..hehehe.. k la..stop dulu..taaaddaaaa...

k babai ;

terima kasih sudi singgah dan baca ;

2 bijak pandai berkata-kata:

..izza.. said...

tahniah..
dah abis seksaan ye..hehe

nuraitul said...

huhuhu..mmg la kak..tp dia jd berdebar tggu result nye lak..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!