salam ;
selamat berhujung minggu semua...wah..masing-masing seronok bercuti sakan ye cuti panjang..hihihi,include la saya sebenarnya.tapi cuti saya macam tak cuti aje..hal kerja tetaplah berlegar-legar..huh..serabut..tapi tak pe..kat situ jugak kan rezeki saya..belanja saya unutk shopping..kehkehkeh..
okeh..tutup cerita kerja..kita beralih kepada perkara yang lebih fun..hmmm..ingat tak, entri yang lepas ada cerita pasal kisah cinta lovey dovey antara saya dan #encikchentahati yang sudah masuk 12 bulan itu..ala, cerita yang macam ada tak de mood je nak sampaikan tue disebabkan si dia jauh di belah timur sana tu..hmmm..dalam itu juga, ada saya cakap kan, kami sempat wat small celebration sikit pada genapnya tarikh 24hb nov kelmarin..
dia da merancang seminggu awal..tapi plan asal, kami sepatutnya breakfast sama..dan kemudian terus ke ofis pagi tu..last minute plan..dia tukar rancangan..dia cakap, kita kuar tepat jam 12 la..baru la cam best kan..saya okay kan saja..asalkan ada dia..
malam itu, lepas masing-masing layang Malaysia vs Syria di rumah sendiri..dia datang jemput saya di rumah..mujur la dia call sebelum itu.kalau tak, ternganga-nganga la dia tunggu kat bawah tu..huhuhu..sebab si buah hati dia ni nyaris-nyaris da nak belayar merentasi Lautan Pasifik..
dalam 12.15, dia call suruh siap, saya masih terpisat-pisat kesat mata..dia call lagi cakap dah nak sampai..dengar dia cakap dah nak sampai..apa lagi melompat sambar apa yang ada..tapi dalam kelam-kelam kabut tu, sempat lagi tenyeh contact lens, buh concealer, tepek bedak...huih..macam mana kelam kabut pun, penampilan mesti jaga..kalau tak mahu si dia pengsan..destinasi kami tak jauh pun..cuma di Taman Equine..iyela..hari lewat dah pun kan..pastu, masing-masing ada komitmen sendiri..takpe..yang penting, ade juga daripada takde..
# menu for supper |
si dia da standby bawak laptop..kononnya nak wish kat fb la..nk setting fantasy player dia lak..tapi, nasib tak menyebelahi dia pulak malam tue..wifi McD kat sana, sangat la hampeh...leeeemmmmbbaaapp....sampai mencuka la muka si dia..terus spoil mood dia...huh..undislike betul !!..it was supposed to be happy time for us..sebabkan wifi, #encikchentahati dah tak de mood.. :(
# lihat dia |
# luv kamu |
# bekal untuk si dia.. |
tenkiu sayang untuk selalu ada dengan orang,
tenkiu untuk tak pernah penat dengan orang,
tenkiu untuk tak pernah rasa malu dengan orang,
tenkiu jugak untuk tak pernah ragu dalam memberi jawapan setiap soalan orang,
moga hubungan kita kekal dan berpanjangan,
insyaAllah..
p/s : gambar langsung takde watermark/borders..itu tandanya, meminjam harta orang..huhuhu
terima kasih sudi singgah dan baca ;
0 bijak pandai berkata-kata:
Post a Comment