apabila si dia terlalu mencintai kamu ;

salam semua;

tengah-tengah hari yang sejahtera ini, saya amik mood rajin sikit untuk update belog picisan ini..
lepas makan tadi, berehat kejap kat ruang menunggu kat kaunter depan..tercapai pulak majalah dara.com..lama pnya version..belek punya belek ternampak satu artikel ini..menarik..meh saya kongsi ngan anda semua ek..

Ada orang cakap cinta lelaki ini pelik dan aneh. benda itu jadi pelik sebab perasaan itu datang di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh juga sebab apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif dengan hanya kata-kata orang yang dicintainya. demikian lah lelaki, tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi bila sudah memperolehnya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. jadi teman-teman semua, berhati-hatilah..elakkan diri anda semua daripada menjadi mangsa lelaki-lelaki seperti ini. fahami dan kenalilah lelaki yang kamu temui agar kamu tidak menjadi mangsa mereka.

kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui :
  • kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isterinya itu tanpa sedikit pun terlihat keterpaksaan. semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • dia bukan seorang lelaki  hipokrit yang tidak mempedulikan kamu apabila kamu mengalirkan air mata.
  • dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kamu sebagai kekasih mahupun isterinya.
  • dia akan gelabah apabila kamu berjauhan dengan kamu. dia akan kerap menelefon, menghantar SMS dan kadang-kadang kata-katanya pada kamu puitis sekali. dia akan kerap bertanya apakah kamu masih mencintainya, padahal kamu telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.
  • kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhannya melakukan apa sahaja asalkan membahagiakan kamu.
  • dia mencemburui kamu, lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan kamu. kongkongannya semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburunya yang meluap-luap itu. selain itu, dia akan kerap menyatakan ketakutannya kehilangan kamu. dia mudah merajuk dan sensitif apabila kamu tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap dirinya. kadang-kadang dia sepeti anak kecil dalam usaha mendapatkan layanan terbaik daripada kamu.
  • lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam alam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. dia berasa 'berdosa' berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

p.s i love you ~


semua poin itu memang kena..lagi-lagi yang no 5, 7 ngan 8..kalau dapat rasa semua itu..memang senyum ke telinga je la..alhamdulillah..mungkin memang dia untuk kita..

2 bijak pandai berkata-kata:

Rara said...

bestnya kalau dapat lelaki macamniiii

nuraitul said...

betul-betul..mesti rasa nak senyum sentiasa je kan..tapi i'm sure ur akmal mesti ada ciri-ciri macam yg kat atas tue kan.. :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!