wordless wednesday : sujudku pada Mu

salam semua ;

Kau Maha Pengampun, lagi Maha Penerima Taubat

seven .. seven.. seven

back to seven months before..

on the same number which is '24th' ,
on the exactly time which is '10.48 am' ,
but..
the different venue ,
that time ,
i was in Terengganu, heading back to KL..

he accepted me !!

now,
on the same number but different month ; which is ' June',
but on the exactly '10.48 am'
different venue,
currently, dalam bas..
heading to Cherating, Terengganu..
sayang, happy 7-months anniversary..

14 / 2 = 7 !!

7 perkara buat saya benci pada kamu ;
  • awak sentiasa di sisi saya; buat saya rasa saya perlukan awak sentiasa..dan tak boleh biar awak pergi jauh dari saya..
  • awak sentiasa naik kan semangat saya bila saya down..bila awak buat macam tue..saya akan jadi terlalu manja dengan awak dan sentiasa perlukan awak sebagai penawar saya..
  • gurauan awak ; buat saya boleh tergelak tetiba bila sorang-sorang tanpa awak dan tak pasal-pasal saya dilabel sebagai 'orang tak betul'..
  • how you care about me ; terlalu manja pada saya, jadi pape hal mesti nak tanya awak..mesti nak rujuk pada awak..tak boleh nak buat keputusan sendiri..
  • awak boleh redakan marah saya ; bila saya mula nak marah awak, merajuk dengan awak..mesti tak jadi..ada je cara yang awak buat secara awak sedar or tak telah melembutkan hati saya..tak aci la camnie..awak buat markah awak sentiasa 100%
  • your face,your smile..buat saya teringat-ingat bila awak jauh dari saya..buat saya jadi tak keruan bila 2-3 hari tanpa awak..
  • tak tahu macam mana awak buat..tapi awak buat saya terlalu cintakan awak..sayangkan awak..

7 bulan mengenali kamu,
7 bulan bersama kamu,
7 bulan melihat kamu,
7 bulan merasai kasih sayang kamu,
i feel blessed,
bersyukur sangat dan,
buat saya rasa cukup sangat,

sayang,
moga kita sama-sama kuat ya !!
insyaAllah..

ai shi teru !!

baek-baek, sayang

salam semua ;

untuk makluman semua..post nie auto-publish punya..currently saya sedang tersenggok-senggok dalam bas mendaki bukit melepasi genting..okay..straight to the point..saya ondaway ke Cherating..ada kursus perlu attend di sana...

perasaan..??
bercampur-campur..
excited ada..seronok ada..tapi mungkin paling banyak..sedih ada..  +______+

ringkas..
3 hari ini..saya akan ke cherating bersama dengan 32 orang yang lain..akan cuba untuk keep update dari sana..huhuhu..harap-harap sana ada la wifi..rasa macam boleh ting tong ooo tak de sebarang internet connection..

cite pasal tempat ini, 'Suria Cheratig Beach Resort' ;
harap-harap okay la..berdasarkan dari mulut-mulut mereka yang boleh dipercayai, tempat ini okay, cantik..ada gak try usha kat webpage dia, nice..tapi harap-harap..jangan indah khabar dari rupa la..

tapi paling saya tak senang duduk..saya tinggalkan #encikchentahati sendiri..bukan tak biasa pun weekend saya tanpa dia..tapi..macam tak kena..macam mana nak cakap ek..rasa tak seronok la..saya di sana tapi dia di sini..nak buat macam mana kan..tuntutan kerja..kalau awak sudah sah bagi saya, insyaAllah..

tapi..boleh kata saya terharu la bila ternampak ini ;

macam tak percaya ( > < )

sayang,
org tak de nie..jangan nakal-nakal ek..duk umah diam-diam..minta maaf sangat-sangat..dah la awak sorang-sorang kat umah..saya pun tak de nak teman awak jalan-jalan..tapi takpe..tak lama pun org pegi..ahad balik da pun (macam gedik kan tinggal-tinggal pesan macam nie)..tapi kalau awak nak tahu..ada sebab lain sebenarnya, nape saya sedih sangat pergi pada hari ini..agak-agak, awak boleh teka tak..org tak nak cakap..nak awk sendri teka..kalau stil blur..tunggu dulu okay..sampai masa org bagitahu..

weekend ini, selesaikan semua urusan awak..baiki mana yang perlu dan kita dating balik ahad nanti ye sayang !!   :)

ini dugaan, sayang

salam semua ;

semalam secara tetiba jadi emosi..rasa nak menangis merengek pada seseorang..tak pasal-pasal keluar ayat-ayat bukan pada #encikchentahati..sian dia..tak pasal-pasal dia kena..boleh kata petang semalam, secara tetiba jadi emosi..sampai diri sendiri minta pada #encikchentahati jangan diganggu..minta diri sendiri diabaikan..pelik kan..tak tahu la hantu mana ntah merasuk..boleh tega cakap camtue..padahal sebelum nie, rungsing camne pun..tetap minta #encikchentahati teman..berbuih mulut dia suh rehat, tapi tetap insists nak jugak dia teman..gedik bukan saya..

takpela..gedik pada buah hati sendiri..sekurang-kurangnya saya tak kacau hak milik orang kan..walaupun #encikchentahati belum ternoktah milik saya..

petang tue insists jugak dengan #encikchentahati..tetap nak jogging..saya nak lupa semua benda..saya cuma mahu ada di samping dia..

alhamdulillah..that treatment worked !!
saya senyum ikhlas lepas tue..betul..

tapi lain pula berlaku malam tue..lepas da selesai hal kereta #encikchentahati di bengkel..selesai perut diisi..terus dia hanta saya balik..nampak gelap semacam kat bahagian meter kereta dia..tanya dia..memang tak de lampu ek bila malam..waktu baru dia perasan..bila check benda lain..nampak pulak prob lain..nada suara dia da mula berubah..saya tak nak tambah serabut dia..terus senyap membatu sampai la ke rumah..

try not to push him..slow-slow dia bukak cerita..ceritakan kerunsingan dia..da macam-macam lagi..dengar dia mengeluh camtue..luah macam itu..senyap-senyap saya rasa diri tak berguna..

sebab ..
saya cuma mampu dengar..hanya mampu cuba untuk pujuk dia perlahan-lahan..berikan kata-kata yang belum tentu berkesan..

saya tak dapat ..
berada di sebelah dia..berikan penyelesaian bagi semua masalah dia..dan kembali buat dia senyum..

tapi sekurang-kurangnya ..
dia ceritakan pada saya..sudi untuk kongsi masalah dia dengan saya..
which is bagi saya..alhamdulillah..saya tak disisihkan dia..

+______+


sayang..
saya minta maaf..saya cuma boleh dengar dan tidak dapat membantu kamu..
saya minta maaf..tak dapat kembalikan keadaan gembira awak macam mana awk boleh gembirakan saya semula bila saya bersedih..
saya minta maaf sangat-sangat..serius..saya rasa sangat tak kena..

cuma boleh saya cakap ;
sabar ye..ini semua dugaan..walaupun awak cakap benda ini dah datang berulang-ulang..awak kena sabar tau..saya sentiasa di sebelah awak..

dalam diam diam

salam semua ;

dalam diam-diam
saya simpan perasaan
saya simpan rasa hati saya
saya sembunyi hasrat hati saya

dalam diam-diam
saya senyum melihat dia
saya terhibur dengan kerenah dia
saya terpesona dengan dia
saya terkedu bila dia menghampiri

dalam diam-diam
saya gembira bila dia sentiasa ada
saya bersyukur sebab dia mampu senyumkan saya

dalam diam-diam
saya merintih bila dia pergi
saya terkedu bila dia tinggi suara
saya sembunyi bila air mata mengalir

dalam diam-diam
saya mengharapkan penghujung baik dalam semua keputusan saya
saya mendoakan moga ada satu tanda yang pasti antara kami
saya menyakinkan hati saya bahawa memang dia

insyaAllah..

i pray

hati dia menguncup

tweet tweet ;

assalamualaikum dan salam sejahtera !!;

ecece..menjak-menjak da kembali ke dunia baru nie..salam pun da mula ngan tweet tweet ek..

sekarang saya sibuk nie..tapi nak curi gak masa mengupdate..
untuk rakan-rakan lain..jangan risau..sibuk macam mana pun saya..saya tetap berblogwalking jugak k..
ingat previous entry saya yang lepas, yang mana saya dah mencuri hati #encikchentahati saya..??ingat tak..??ingat tak..??kalau tak ingat..sila tekan sini ye.. kejam bukan saya..banyak kerja lain, hati orang gak nak dicurinya..tapi takpe..dapat permission..bukan macam tue ke yang.. ?   :)


sebelum ~
setelah beberapa hari berlalu..hati tue dah jadi camnie la..huhuhu..sayu tengok..hati pun ada rasa nak menangis..

kini ~


awak..takpe-takpe..walau macam mana kecut pun benda nie..sayang saya, rindu saya, hati saya pada awak sentiasa mengembang tau..sikit pun tak pernah menguncup tau..


k..nak sambung wat kerja balik..bubye semua !!

p/s : terima kasih sudi singgah dan baca ye !!


wordless wednesday : your hand

everyone ;

wednesday !!

u're not alone..give me ur hand..


wordless wednesday :

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description

hati kita hati orang

salam semua ;

bila cakap pasal perangai..masing-masing ada ragam sendiri..bila cakap pasal hati..sampai ke bila-bila..memang susah nak senangkan hati..hati sendiri belum tentu boleh puas..nie kan pulak nak puaskan hati orang lain..bukan senang nak puaskan hati semua pihak..kita buat baik macam mana pun..tetap ada mulut-mulut yang mengata..

kekadang sampai perlu hipokrit..sampai perlu tahan kemahuan dengan keinginan sendiri semata-mata nak jaga hati orang..tapi tetap juga diri sendiri kena balik..macam mana..??apa lagi diri perlu buat supaya mereka-mereka itu senyum pada kita..senyum dengan ikhlas..bukan senyum bercabang-cabang maksud..

kalau lah boleh display kat dahi apa hati mereka cakap pasal kita, kan senang..tak de kita perasan sendiri..tak de la kita syok sendiri..ingatkan mereka senyum-senyum kat kita..baik la sangkaan dia pasal kita, rupanya dimaki dicacinya kita kat belakang..


backstabber
tue la orang cakap..rambut sama hitam tapi hati lain-lain berbicara..Nabi Muhammad saw yang sesempurna manusia pun turut menerima dugaan..nie kan kita ; yang banyak sangat kekurangannya..tapi apa diri boleh buat..cuma boleh berazam, bertekad dan berdoa..dari hari ke sehari untuk menjadi manusia yang lebih baik pada keesokannya..supaya hal yang terjadi hari ini lebih baik dari apa yang berlaku semalam.

moga kita semua dijauhkan dari perasaan hasad dengki orang..insyaAllah..

ngulor beramai-ramai

salam semua ;

sori..hampir 2 hari senyap tanpa sebarang entri..tak tahu lah apa yang di sibuknya..pura-pura sibuk mungkin..hahaha..watever !!..

cerita ini berlaku bulan lepas..sori..peruk lama sangat..tapi tak pela..dari tak cerita langsung kan..macam orang cakap..'better late than never'..hehehe,,tengok..dia pakai lagi kan..

selasa yang lepas..berpeluang la jadi jahat kejap..duk pakat ramai-ramai lari dari ofis..bagus tak bagus cari lari tue..siap angkut pkai coaster ofis lagi kan..bukan sorang dua buat keje nie..sampai 25 orang sekali..eh tak gurau..cakapm jangan sebarang cakap..kang tak pasal-pasal ada orang issue surat tunjuk sebab pulak kan..hehehe..actually waktu..berkesempatan nyibuk jap aktiviti jalan-jalan sambil telan angin nie..jauh tau kami pergi..sampai ke Kuala Lumpur..hmm hmm..untuk makluman..bagi saya yang kini telah pun menjadi warga putrajaya..perjalanan ke Kuala Lumpur tue memang boleh dikata kan macam balik kampung la..sempat tertidur bermimpi 2 3 adegan..bukak mata, baru la nampak Twin Tower tue..

destinasi pertama kami..di sini ;
kebanggan Malaysia ~

welcome ~
walaupun boleh kata saya nie anak jati Kuala Lumpur tapi kawasan nie bukan la kawasan playground saya pun..sepanjang hampir 24 tahun bernafas..kali ni, boleh kata kali ketiga la saya menjejakkan kaki ke sini..lagi excited bila #encikchentahati pun ada..teringat janji yang dia pernah cakap sebelum ini..lafazkah dia di situ..??  ;)

kedatangan kami disambut dengan penyambut tetamu yang sungguh comel ini ;
shy clown ~
tapi diorang nie pemalu.senyap aje..bila kita g dekat kat dia.terkebil-kebil dia..mujur muka dah tempek bedak..kalau tak mesti nampak pipi dia merah..hahaha
kami yg lebih agresif ~
beruntung datang sebagai kelompok lawatan..dapat jugak dengar taklimat nie..cerita pasal pembinaan this KL tower nie..mesti korang rasa cam bosan kan..tapi sebenarnya tak..serius..lebih banyak cakap 'wah' dari 'ooo'..
sesi taklimat ~
selain dengan Menara KL yg tegak tertinggi tue..kat situ pun ada jugak satu lagi pameran..kalau tak silap ' 1 Malaysia Cultural Malaysia'..dipamerkan juga replika rumah-rumah Malaysia bersama ciri-ciri masing-masing.
admission ~

turut ada persembahan kebudayaan ~
dan tak lupa..mesti ada sesi bergambar delegasi..kesian #encikchentahati..hmmm..
delegasi datang dari jauh ~

di pelantar jelutung ~
habis meround kawasan bawah..tiba masa yang ditunggu..bersedia untuk berada di puncak kaki awan..


antara ciri-ciri islam yang turut ada ~

in the mirror ~
sampai di pelantar atas..macam biasa la..telinga mesti akan ada satu rasa yang luar biasa..kami dibekalkan dengan alat nie..tak tahu la untuk apa..rasanya bukan la untuk bagi balance tekanan udara dalam telinga tue..cuma untuk mendengar penerangan pasal kawasan menarik yang ada di Malaysia ini..sponsored by KRU Berhad tau..
lihat muka dia suka hati ~
ye..dia lafazkan di situ..betul di tempat yang saya rasa sangat menarik..rasanaya apa yang ada dalam kepala sama macam apa yang dia fikir kan..hopefully la..bila dia cakap..terus cakap..'yes yes yes'..hahaha,,ada macam gedik tak..

tapi..

nak yang lain..tak mo kira yang tue..sebab masing-masing tak serius..hahaha..betul betul banyak cekadak pulak kan..

jam sudah hampir pukul 12..harus bergerak ke destinasi seterusnya pula..

saya curi hati dia ~
destinasi seterusnya ;


muzium negara ~
macam biasa..dah kata lawatan sambil belajar kan..sebelum mula meneroka..harusla ada sesi taklimat dulu..so dengar dulu pegawai dari muzium bagi taklimat..padahal masing-masing perut bunyi-bunyi da..
taklimat lagi ~

Miss Liew (pegawai muzium)
selesai taklimat..sesi memenuhkan perut dulu.hahaha..masing-masing lega.. :)
sila lah makan ~
perut dah kenyang..hari pun dah makin petang..seterusnya..sesi mengenal sejarah negara kita..kami dibahagikan kepada dua kumpulan..1 group ikut Miss Liew..another group dengan Miss Rohana..
da macam orang betul pulak ~
dalam muzium..tak banyak sgt capture gambar..almaklumla..masing-masing khusyuk kan dengar taklimat..tak sempat pulak nak tangkap gambar.. :)

selesai melwat 4 dewan pameran..terus kejang,lenguh, sengal datang menyerang..nampak kerusi memang rasa satu kurniaan besar betul waktu tue..huhuhu
kami bercita-cita tinggi !!
tamat melawat..macam biasa..sesi bergambar delegasi lagi..kesian #encikchentahati saya lagi..

delegasi putrajaya ~
mula bergerak balik ke putrajaya dalam 3.30..naik bas..masing-masing terus terbang cari alam lain..bukak-bukak mata..dah nampak kompleks JPM..pastu macam rasa..'eh..bukan baru lima minit aku tido ke'..


p/s : terima kasih sudi singgah dan baca !!

lovely macarons

salam semua ;

apa khabar anda semua..harap baik-baik sahaja keadaannya ye..baca dari tajuk di atas..mesti dah tahu kan pasal apa saya nak cerita..

bila cakap pasal macarons nie mesti terbayang bentuk dia yang bulat-bulat comel tue..pastu siap colorful lagi..jap..pada yang tak tahu, apa ke benda 'macarons' nie..meh saya cerita detail sikit pasal dia ek..meh rapat-rapat..


macarons nie lebih kurang cam snek atau kudap-kudap yang boleh kata jadi kegilaan la di kalangan orang Perancis..diperbuat daripada ground almond, castor sugar dan juga egg white yang mana kat tengah-tengah tue buh filling atau perasa..dua lapis yang mengepit perasa tue nak kata lembut, takla lembut sangat..nak kata keras pun tak la keras sangat..lebih kurang crispy la..



okay.cukup pasal sejarah dia..sekarng cite pasal saya pulak..hehehe..tak tahu lah..macam mana gatal mulut ntah ..syok-syok sembang ngan #encikchentahati ahad (29/05/11) lepas ..tetiba terlepas sebut 'macarons'..pastu tercakap pulak..

her : eh..org teringin la nak rasa macarons tue..banyak baca review pasal benda tue..sume cakap sedap..camne ek rasa dia..

him : nak ke..??nnti try cari..

her : hehehe..boleh dapat ke..dgr mcam mahal benda tue..

him : tengok la dulu camne nanti..

#encikchentahati cakap..ada kawan dia jual benda tue..nanti dia try tanya..yeah..dalam hati dah rasa nak melompat-lompat..

tapi dari hari ke sehari..dia senyap je..tak cakap pape pun..apa yang dia bagitahu pun..dia tak dapat nak contact kawan dia tue..okay..time tue hampa da hati..tapi tak pela..sekurang-kurangnya dia dah usaha..jangan lupa..'usaha tangga kejayaan' tau..

khamis (02/06/11)..ada janji nak ke Alamanda utk sesi menatap panggung..#encikchentahati amik tiket pukul 9.45 pm..so..dia anta saya balik umah dulu..dia ckp dia nak kena patah balik jumpa kawan dia..ada nak beli barang kereta..dalam hati, was was dah penuh bermaharaja lela..cemburu sudah meluap-luap melimpa-limpah..apa benda ni...macam tak boleh pergi beli hari lain..tapi sebagai gf yang memahami,.ingat ya harus cover dengan cemerlang semua perasaan tue..jadi..saya lepaskan saja dia pergi..

dalam 8.15 pm dia datang balik..bersama-sama dia satu beg siap beriben..eh..barang kete sekarang dah pack guna beg riben ke..??mesti tokey kedai tue berhati taman kan.. #encikchentahati sua beg tue pada saya..tersengih-sengih..eh..pekehei saya nak pegang barang kete dia..bila bukak..

wah..macarons untuk saya !!!

nice !!
dalam hati sumpah sangat seronok okay..rasa nak peluk-peluk cakap terima kasih..akhirnya..macarons depan mata saya..hehehe..over kan..

bila tengok macarons nie..sumpah sayang nak makan..comel sangat kut..warna warni lagi..tak puas tengok..bestnya kalau pandai buat..dengar cite susah tau wat benda nie..leceh dan rumit..so..mana yang berjaya buat dengan sukses tue memang terbaik la..saya kagum okay !!

review saya : sedap..setakat nie saya baru makan 1 je..tapi review dari other tekak..sume cakap sedap..so..memang sedap la kan..kepada chef..terima kasih :)

paling istimewa..harusla special thanks pada #encikchentahati


terima kasih sebab sekali lagi menunaikan hajat hati saya..happy sangat kut..plus bangga jugak sebab dah dapat rasa nie..macam mana dan bagaimana awak mendapatkan benda nie..saya tak kisah dan tak nak tahu..apa yang penting..saya hargai sangat-sangat usaha awak menunaikan angan-angan saya ni..terima kasih sayang..sangat-sangat..

aku ada kerana kamu ada

salam semua ;

tetiba teringat lagu ini..which is i think i should share and posted in..rindu sangat kat lagu ini..

reason why i want to post this video so much; sebab saya nak kesayangan-kesayangan saya tahu yang saya bersyukur ada kalian dalam hidup saya sekarang..setiap perkataan,ayat-ayat dalam lirik lagu ini betul-betul dapat melahirkan apa yang terbuku dalam hati saya..saya tak pandai nak reka sajak indah, nota-nota cinta untuk anda..cuma ini yang termampu..moga sampaikan hasrat hati saya itu ;

khas untuk ;


abah, mak, nenek, ika, amir, nisya dan juga #encikchentahati 





AKU ADA KERNA KAU PUN ADA
Cinta adalah anugerah yang Kuasa
Sang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diriku
Tak berarti hidupku
Bila tak ada dirimu

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yg pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta
Kau buat diriku hidup selamanya

Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta
Kau buat diriku hidup selamanya

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yang pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

wordless wednesday : stressful

salam semua ;

many things to say but speechless !!

wordless wednesday :
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!