ngulor beramai-ramai

salam semua ;

sori..hampir 2 hari senyap tanpa sebarang entri..tak tahu lah apa yang di sibuknya..pura-pura sibuk mungkin..hahaha..watever !!..

cerita ini berlaku bulan lepas..sori..peruk lama sangat..tapi tak pela..dari tak cerita langsung kan..macam orang cakap..'better late than never'..hehehe,,tengok..dia pakai lagi kan..

selasa yang lepas..berpeluang la jadi jahat kejap..duk pakat ramai-ramai lari dari ofis..bagus tak bagus cari lari tue..siap angkut pkai coaster ofis lagi kan..bukan sorang dua buat keje nie..sampai 25 orang sekali..eh tak gurau..cakapm jangan sebarang cakap..kang tak pasal-pasal ada orang issue surat tunjuk sebab pulak kan..hehehe..actually waktu..berkesempatan nyibuk jap aktiviti jalan-jalan sambil telan angin nie..jauh tau kami pergi..sampai ke Kuala Lumpur..hmm hmm..untuk makluman..bagi saya yang kini telah pun menjadi warga putrajaya..perjalanan ke Kuala Lumpur tue memang boleh dikata kan macam balik kampung la..sempat tertidur bermimpi 2 3 adegan..bukak mata, baru la nampak Twin Tower tue..

destinasi pertama kami..di sini ;
kebanggan Malaysia ~

welcome ~
walaupun boleh kata saya nie anak jati Kuala Lumpur tapi kawasan nie bukan la kawasan playground saya pun..sepanjang hampir 24 tahun bernafas..kali ni, boleh kata kali ketiga la saya menjejakkan kaki ke sini..lagi excited bila #encikchentahati pun ada..teringat janji yang dia pernah cakap sebelum ini..lafazkah dia di situ..??  ;)

kedatangan kami disambut dengan penyambut tetamu yang sungguh comel ini ;
shy clown ~
tapi diorang nie pemalu.senyap aje..bila kita g dekat kat dia.terkebil-kebil dia..mujur muka dah tempek bedak..kalau tak mesti nampak pipi dia merah..hahaha
kami yg lebih agresif ~
beruntung datang sebagai kelompok lawatan..dapat jugak dengar taklimat nie..cerita pasal pembinaan this KL tower nie..mesti korang rasa cam bosan kan..tapi sebenarnya tak..serius..lebih banyak cakap 'wah' dari 'ooo'..
sesi taklimat ~
selain dengan Menara KL yg tegak tertinggi tue..kat situ pun ada jugak satu lagi pameran..kalau tak silap ' 1 Malaysia Cultural Malaysia'..dipamerkan juga replika rumah-rumah Malaysia bersama ciri-ciri masing-masing.
admission ~

turut ada persembahan kebudayaan ~
dan tak lupa..mesti ada sesi bergambar delegasi..kesian #encikchentahati..hmmm..
delegasi datang dari jauh ~

di pelantar jelutung ~
habis meround kawasan bawah..tiba masa yang ditunggu..bersedia untuk berada di puncak kaki awan..


antara ciri-ciri islam yang turut ada ~

in the mirror ~
sampai di pelantar atas..macam biasa la..telinga mesti akan ada satu rasa yang luar biasa..kami dibekalkan dengan alat nie..tak tahu la untuk apa..rasanya bukan la untuk bagi balance tekanan udara dalam telinga tue..cuma untuk mendengar penerangan pasal kawasan menarik yang ada di Malaysia ini..sponsored by KRU Berhad tau..
lihat muka dia suka hati ~
ye..dia lafazkan di situ..betul di tempat yang saya rasa sangat menarik..rasanaya apa yang ada dalam kepala sama macam apa yang dia fikir kan..hopefully la..bila dia cakap..terus cakap..'yes yes yes'..hahaha,,ada macam gedik tak..

tapi..

nak yang lain..tak mo kira yang tue..sebab masing-masing tak serius..hahaha..betul betul banyak cekadak pulak kan..

jam sudah hampir pukul 12..harus bergerak ke destinasi seterusnya pula..

saya curi hati dia ~
destinasi seterusnya ;


muzium negara ~
macam biasa..dah kata lawatan sambil belajar kan..sebelum mula meneroka..harusla ada sesi taklimat dulu..so dengar dulu pegawai dari muzium bagi taklimat..padahal masing-masing perut bunyi-bunyi da..
taklimat lagi ~

Miss Liew (pegawai muzium)
selesai taklimat..sesi memenuhkan perut dulu.hahaha..masing-masing lega.. :)
sila lah makan ~
perut dah kenyang..hari pun dah makin petang..seterusnya..sesi mengenal sejarah negara kita..kami dibahagikan kepada dua kumpulan..1 group ikut Miss Liew..another group dengan Miss Rohana..
da macam orang betul pulak ~
dalam muzium..tak banyak sgt capture gambar..almaklumla..masing-masing khusyuk kan dengar taklimat..tak sempat pulak nak tangkap gambar.. :)

selesai melwat 4 dewan pameran..terus kejang,lenguh, sengal datang menyerang..nampak kerusi memang rasa satu kurniaan besar betul waktu tue..huhuhu
kami bercita-cita tinggi !!
tamat melawat..macam biasa..sesi bergambar delegasi lagi..kesian #encikchentahati saya lagi..

delegasi putrajaya ~
mula bergerak balik ke putrajaya dalam 3.30..naik bas..masing-masing terus terbang cari alam lain..bukak-bukak mata..dah nampak kompleks JPM..pastu macam rasa..'eh..bukan baru lima minit aku tido ke'..


p/s : terima kasih sudi singgah dan baca !!

0 bijak pandai berkata-kata:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!