hari ini..sempat belek suratkhabar..eh tak..bukan belek..saya scroll down je..yela da kata baca paper guna online..celah mana pulak saya belek suratkhabar tue..zaman kan dah moden..sume guna online je..tak 2011 la kalau pakai cara tradisional..pastu bila da baca online..jumpa berita menarik..punya la excited nak baca isi dia..baca punya baca..end of the story dia tulis camnie ;
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini
hahaha..apa kes..last-last kena juga pakai cara tradisional..takpela..tak kisah la..tak dapat baca penuh pun..baca separuh pun boleh la..sekurangnya tahu jugak hal-hal semasa..macam saya nie..tengok berita pun tak, baca paper haram sekali..pastu bila nak interview baru kelam kabut cari paper lama..padahal semuanya da kena jual kat Apek..
tertarik pada satu cerita pada akhbar Kosmo hari ini;
Seorang wanita berketurunan cina berusia dalam lingkungan 20-an ditemui dalam keadaan menyedihkan apabila dia bukan sahaja dirogol, malah turut dipukul sebelum dicampak di tepi jalan berhampiran lampu isyarat di Port Dickson. Wanita berikut ditemui oleh orang awam pada pukul 6.35 pagi dalam keadaan pengsan; menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid. Pemeriksaan mendapati tengkorak pada belakang kepala mangsa retak dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan keras dan kini beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
gambar mangsa |
Sedikit petikan dari Kosmo Online. Kejam kan manusia-manusia sekarang.. kalau suatu masa dulu kita semua pernah dikejutkan dengan kejadian rogol yang menimpa Allahyarhamah Noor Suzaily Mukhtar, (24) yang telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang..mangsa telah dirogol dan dibunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang..Lepas tue boleh kata agak seriau bila naik bas sorang-sorang..dalam hati selalu pikir bukan-bukan..bila driver tue bawak je ikut jalan lain dalam hati mesti da pikir " driver nie jahat ek..??nak buat bukan-bukan ek kat aku..?? "
benda camnie..agak-agak korang la..apa solution paling bagus ek..kalau nak kata penguatkuasaan tak dilakukan..rasanya pihak yang bertanggungjawab ambil peranan dah..kita kaum perempuan nie susah betul nak rasa aman..dalam ketakutan je rasanya..sentiasa terpikir-pikir betul ke orang sekeliling kita tue tak de niat jahat kat kita..kalau bukan orang luar pun, orang yang betul-betul kita kenal pun belum tentu baik niat dia kat kita..tak kan kita nak scan hati, otak sorang-sorang check apa niat diorang kat kita..hush..kalau betul la ada alat tue..saya nak jadi orang pertama yang beli..mahal camne pun saya sanggup..
kawan-kawan perempuan saya sekalian; berhati-hati ye anda semua di sana..berdoa selalu moga kita semua sentiasa di bawah lindungan Dia..insyaAllah ;
5 bijak pandai berkata-kata:
siannya!... hmm..SJ dtg pertama kali
thanx..dtg lg ek..
kejam nye manusia sekarang niii
ok skng cuba nuraitul try add kte..kte dh try tuka setting.. kte nk add nuraitul pon xleh sbb setting nuraitul privacy sgt. hehehe
elyaelmo : btul..setuju..luar dlm nk kacau
myra anne : da add da.. :)
Post a Comment