salam semua ;
hari ini saya nak berkongsi sesuatu dengan anda semua..tahukah anda semua, tanggal 1 februari yang lepas merupakan ulang tahun ke-24 perkahwinan ibu dan ayah saya..ala..macam orang putih cakap tue..wedding anniversary..pandai bukan mereka merencana tarikh..ambil pada tarikh yang mudah diingati..0102 pada setiap tahun..kena pulak pada hari wilayah..yakni cuti umum pada semua warga wilayah..
tiada sambutan khas pada tahun ini..beside memang tak pernah lagi pun kami buat sambutan yang vah vah gitu..almaklum la boleh kata kami ini masih lagi dalam tahap suam-suam kuku lagi dalam merasai duit sendiri..so nak kata ada saving tue..boleh kata dengan jujurnya..belum ada la..takpela..perlahan-lahan kami simpan ye..
sedikit kek beli spesel dari kami 4 beradik..yela..besenye mak je buat kek untuk orang lain kan..rasanya tak salah untuk kali ini bermewah sedikit merasai kek dari Secret's Recipe..lagi satu..sambutan ini turut sama meraikan ulangtahun adik saya yang ke-17 yang lepas..pada saat dan ketika itu, beliau di asrama, so bila dia da balik..kami raikan sekali..
|
Chocolate Indulgence from Secret's Recipe |
|
Puding Karamel khas dari saya dan Ika |
sambutan cukup ringkas..tiada lilin dinyalakan untuk ditiup-tiup..abah pun tak de waktu itu..ada urusan lain..dan saya pun memang tak leh nak sabar dengan godaan penangan kek 7 lapis nie..cepat-cepat minta mak dan nisya segera potong kek itu..ouch..saya pula terlebih excited..
|
sesi memotong kek oleh orang yang diraikan |
|
sesi menyuap kek pulak |
|
selepas beberapa ketika..cuma tinggal ini sahaja..tergoda sungguh saya |
|
mak dan abah |
untuk mak dan abah ;
tahniah untuk ulangtahun perkahwinan kalian yang ke 24 tahun ini..pejam celik pejam celik..kejap saja masa berjalan bukan..dari kami 4 beradik; jutaan terima kasih dalam mewujudkan kami di muka bumi ini..melayan kerenah kami, membesarkan kami, dan memberikan kami kesempatan dalam merasai warna-warni dunia ini..sesungguhnya jasa kalian kepada kami tiada tolok bandingannya..doa kami..moga kalian berdua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa..insyaAllah..kami berjanji, kami akan berbakti pada anda sebagaimana kalian berdua menumpukan perhatian kepada kami..kami sayang sangat anda berdua..love two of you soo much..
|
lots of love dari kami 4 beradik ; |
2 bijak pandai berkata-kata:
anniversary parents kak lynn november lepas, kek yang sama gak kitorang beli utk diorang...sedap tau kek SR tu...
betul kak..memang sgt mengoda kan kek nie..before nie cuma beli slice by slice..nie 1st time beli sebijik terus..memang tak nyesal la..
Post a Comment