Team Building @ Gopeng 5 - 7 April 2011

salam semua;

selamat jumaat..maaf..macam biasa saya akan sibuk minta maaf bila belog nie tak terusik tanpa sebarang entri..maaf ye sekali lagi..kesibukan minggu nie betul-betul membataskan peluang saya untuk jengok ruang ini..mujur lepas da semua..alhamdulillah..

ingat tak tak ada entri sebelum ini saya cerita pasal cinta hati saya hilang tanpa dapat dikesan oleh radar..??nak tahu tak semua, beliau dengan senang hatinya,dan lapang dadanya meninggalkan saya tercanggung-canggung sorang-sorang kat sini..huhuhu..sedih kan nasib saya..dah la ditinggalkan..pastue dia pulak senang hati kat sana..agak-agaknya kan, dia ingat tak saya kat sana..??mesti tak kan   +______+
tapi mujur saya ini pencinta hati yang pemurah..kegembiraan dia kat sana saya kongsikan ngan anda semua..  +_____+

sudahla..berhentilah merepek..kisah tak tipunya, itu cinta hati dipilih sebagai peserta dalam satu program ala-ala team building pejabat kami..if tak silap..nama kursus itu lebih kurang cam 'Program Pengukuhan Pasukan yang Efektif dan Cemerlang' (if i'm not mistaken)..bertempat di Gopeng, Perak..nama spesific tempat, saya tak sure sangat..

bersama hampir 40 orang peserta, bergerak mereka semua dari pejabat kami dalam 8.30 pg, 5 April yang lepas..pagi tue sempat dia anta lagi gi kerja..pergh..hati memang sayu gila tengok dia pergi..dahla dia macam rushing.laju saja dia jalan..3 hari kut nnti dia takde..cuba tahan tak bagi nangis..yela..tak kan nak suh den melalak depan ofis kut..mahu pakai furdah den sebulan cover malu..

ondaway dia ke tempat kejadian, sempat jugak bermsg dengan dia..tapi tak aktif sangat..since saya pun dlm meeting time tue..last msg dia cakap dia dah nak sampai..lepas tue terus dia senyap..the whole day hari tue memang tak msg dia langsung la..since dah diingatkan, mungkin dia memang akan kurang msg kt sna..takpela..saya paham..sampai ke malam baru tahu rupanya kat sana memang tak de coverage langsung..patutla mesej-mesej saya sumenya berstatus pending..

okay..stop pasal luahan hati yang melampau-lampau ini..meh saya kongsi ngan anda semua gambar-gambar aktiviti mereka di sana..kalau nak kira memang banyak sangat gamba-gambanya..nie pun da bertapis pakai tapis yang paling halus nie..still banyak jugak..nak cerita lebih-lebih bukan saya di tempat kejadian pun..jadi cuma agak-agak je berdasarkan penceritaan dari mereka..sebab tue banyak sangat (mungkin) di hujung tue..
apa-apa pun..selamat menonton !!

mula smpi (mungkin) ~

atas lori (mungkin) ~

aktiviti bersalam-salaman (mungkin) ~

sapa mampu bina paling tinggi (mungkin) ~

proses membina (mungkin) ~

sesi perbincangan (mungkin) ~

sesi taklimat (mungkin) ~


mendengar penerangan (mungkin) ~

sesi bergambar (mungkin) ~

mula ber'water rafting' (mungkin) ~

menuruni batu (mungkin) ~

sudah stabil (mungkin) ~


selesai ber'water rafting' (mungkin) ~

<3

sesi survivor (mungkin) ~

bersusah payah ~

dalam gua tempurung (mungkin) ~

sesi persembahan (mungkin) ~

durian time (mungkin) ~

sesi penyerahan hadiah (mungkin) ~

he received it ~

sedia untuk balik (mungkin) ~

selesai !!

masing-masing membelek handphone ~
dia tepat terpacak depan saya dalam 6.30 petang ++..balik membawakan saya sesuatu..yeah!!saya tahu dia tak lupakan saya kat sana..terima kasih !!

masing-masing seronok saya kira..termasuk dia..balik tue tak berhenti-henti dia bercerita..saya rindu sikit takpe..yang penting dia seronok dan gembira kat sana..baguslah..alhamdulillah mereka semua balik dengan selamatnya..

p/s : cuba cari persamaan pada hampir semua gambar..?? )

okay..berhenti sini..panjang da rasanya ini..pada kamu semua..terima kasih sudi baca !!

wordless wednesday : smile

wednesday everyone !!

u smile i smile ~


Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Santapan Rohani

salam semua;

3 hari saya senyap jap tanpa sebarnag update..bukan lah benda baru pun kan..rasanya sebelum ini pernah jugak dibiarkan belog nie bertakung bersawang tanpa dilayan..tapi kali tak boleh buat macam tue..sudah berazam mahu kerap update..mahu cerita macam-macam sebab sekarang..alhamdulillah..hidup saya tak lagi dull..warna warni saje..  :)

kesayangan hati sudah pulang khamis yang lepas..itu mungkin salah satu sebab kenapa belog ini harus dikurangkan priority nye..bukan melupakan cuma lebihkan sikit pada dia..huhuhu..3 hari tue saya teraba-raba cari dia..mujur jumpa jalan pulang..tak sesat da..terpacak dia depan saya..seronok !!

jumaat, sabtu, ahad..macam-macam aktiviti saya buat..tapi nanti satu persatu saya cerita ye..mula dengan yang ini dulu..jumaat yang lepas (8 April 2011), office wat satu program which is for me..memang sangat-sangat la bagus..petang jumaat yang penuh rahmat, semua warga pejabat dijemput menghadiri satu program anjuran Bahagian Penyelarasan ; 'Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Santapan Rohani'..

Majlis bermula dalam pukul 3.30..dimulakan dengan sesi ceramah mengenai 'Penyakit Hati'..serius best..ustaz tue sempoi je pendekatan dia..sambil-sambil berceramah, sambil tue jugak la dia melawak..tak pasti nama ustaz tue, dari mana pun tak tahu (huh, nampak sangat tak khusyu')..tapi mungkin dia familiar rsenye dengan pejabat kami since cara dia bercakap awal-awal tue macam dah biasa datang.

warga pejabat khusyu' ~

penceramah ~

khusyu' dia mendengar ~

~

sebahagian warga muslimah pejabat ~
selesai sesi ceramah..beramai-ramai kami adakan solat hajat dan juga solat asar secara berjemaah..sesi seterusnya, haruslah sesi memberi santapan pada perut kaki pula.
bagus mereka beratur ~

makan time ~

VIP table ~

sambil makan sambil sembang ~
selesai makan..cepat-cepat balik bilik..setelkan beberapa kerja yang sempat..sebelum pukul 6 harus cepat sampai ke Alamanda..ada temujanji spesel..huhuhu..yang itu saya cerita di entry kemudian ye..bubye semua..

kamu semua !! terima kasih sudi baca ye !!

p/s : all pic, credit to Bahagian Penyelarasan.

apabila si dia terlalu mencintai kamu ;

salam semua;

tengah-tengah hari yang sejahtera ini, saya amik mood rajin sikit untuk update belog picisan ini..
lepas makan tadi, berehat kejap kat ruang menunggu kat kaunter depan..tercapai pulak majalah dara.com..lama pnya version..belek punya belek ternampak satu artikel ini..menarik..meh saya kongsi ngan anda semua ek..

Ada orang cakap cinta lelaki ini pelik dan aneh. benda itu jadi pelik sebab perasaan itu datang di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh juga sebab apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif dengan hanya kata-kata orang yang dicintainya. demikian lah lelaki, tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi bila sudah memperolehnya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. jadi teman-teman semua, berhati-hatilah..elakkan diri anda semua daripada menjadi mangsa lelaki-lelaki seperti ini. fahami dan kenalilah lelaki yang kamu temui agar kamu tidak menjadi mangsa mereka.

kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui :
  • kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isterinya itu tanpa sedikit pun terlihat keterpaksaan. semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • dia bukan seorang lelaki  hipokrit yang tidak mempedulikan kamu apabila kamu mengalirkan air mata.
  • dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kamu sebagai kekasih mahupun isterinya.
  • dia akan gelabah apabila kamu berjauhan dengan kamu. dia akan kerap menelefon, menghantar SMS dan kadang-kadang kata-katanya pada kamu puitis sekali. dia akan kerap bertanya apakah kamu masih mencintainya, padahal kamu telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.
  • kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhannya melakukan apa sahaja asalkan membahagiakan kamu.
  • dia mencemburui kamu, lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan kamu. kongkongannya semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburunya yang meluap-luap itu. selain itu, dia akan kerap menyatakan ketakutannya kehilangan kamu. dia mudah merajuk dan sensitif apabila kamu tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap dirinya. kadang-kadang dia sepeti anak kecil dalam usaha mendapatkan layanan terbaik daripada kamu.
  • lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam alam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. dia berasa 'berdosa' berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

p.s i love you ~


semua poin itu memang kena..lagi-lagi yang no 5, 7 ngan 8..kalau dapat rasa semua itu..memang senyum ke telinga je la..alhamdulillah..mungkin memang dia untuk kita..

rindu + ulang tahun dia

erkk..alhamdulillah..opps..sori..terlepas pulak sedawa...

semua; selamat tengah hari..waktu-waktu camnie mesti semua masing-masing ngah sibuk memuatkan isi perut..mana yang awl-awal lagi da selamat mesti ngah bersandar kekenyangan kan..??sama la kes macam penulis nie..tepat kul 1 tadi berdesup ke luar..cepat-cepat beli nasi..lambat sikit konfom jumpa tray kosong je ko nanti..menu saya macam biasa, mesti lauk ayam..tak kisah lah ayam masak sambal ke..ayam mask lemak..pokoknya mesti ayam..huhuhu..tak tahu la nape..memamg can not go la ngan lauk lain..bukan tak makan lauk lain..makan je..kat umah sental je apa yang ada..tapi tak tahu nape bila beli makanan kat luar..lauk lain terutama ikan memang awal-awal dah out of list..

2-3 hari ini boleh tahan la..PA takde..so nampak gaya memang semua kerja saya kena incharge..huh..penat gak kut..bukan mengeluh..saya okay je..at least tahu jugak buat benda tue..tak de la ternganga-nganga bila orang tanya..cuma memang tak dinafikan..quite busy..dengan penangan rindu lagi..adoi..tambah serabut lagi..tambah-tambah lagi bila ramai yang bertanya; heh..makin ke gaung perasaan saya..+______+..

dia hilang tanpa dapat dihubungi..last message received terima dari dia pun malam selasa yang lepas..cuma dia cakap 'sori..kat sana takde line'..dia ada tried to call before that, tak sempat nak angkat dah hang up.. +______+

takpe-takpe..tak lama dah pun..harus sabar kawal perasaan..huhuhu..dah dah stop..tak leh cerita lebih-lebih sangat pasal rindu dendam kat sini..nanti ada orang tak suka lak..cerita pasal itu di lapangan lain ye   :)

thanx to Adda sebab bagi saya tumpang umah dia 1 malam(selasa)..dan adikku yang kacak itu..terima kasih sudi teman dan hantar kakakmu ini ke office pagi nie..jasamu dikenang..hehehe..tak salah kan kamu buat jasa-jasa di ulang tahun kamu ini..bukan selalu pun..jangan risau..hadiah kamu tak lupa..cuma mungkin jadi belated je..   :)


myrol ~
 minggu nie weekend saya punya perancangan lagi..huhuhu..betul-betul sibuk ini gadis mengalahkan menteri..perancangan ke litar F1 Sepang bersama tersayang,adik dia dan juga my cousin..tetiba pulak minat F1 kan..padahal bukan tahu pape pun..paling tak pun cuma kenal Micheal Schumacher je..tuepun sebab dia selalu menang..kalau tak memang haram la..hehehe..tak pela..layan kan aje..mana tahu jadi model lagi ke..    :)

minggu depan insyaAllah saya balik ke Ampang..lama dah rasanya tak jumpa mak..rindu dendam membara nie..hehehe..balik membawa kain pasang untuk baju raya..hohoho..saya sudah ada dua pasang..satu lagi pemberian mak dia..terima kasih banyak-banyak..betul-betul terharu..sampai ke dalam hati terharu.. :)

masa sudah tamat..harus mula sambung kerja balik..bubye semua..


myrol ~


untuk kamu ;
selamat ulang tahun kamu yang ke 21..cukup umur dah..da boleh amik PSV ganti tempat abah..hehehe..moga panjang umur kamu..dimurahkan rezeki selalu..dan sentiasa dilindungi Allah Yang Maha Esa..umur dah bertambah, be matured okay..belajar lek lok..betulkan keputusan yang dulu..jangan sibuk nak mengorat je keje kamu..kamu sorang anak tunggal lelaki..kamu harapan kami..

wordless wednesday : world colours

wednesday all of u !! ;

colours of my life ~
i wish ;
my day, my life will be colourful and cheerful like this

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!