wordless wednesday : priceless experience

salam


# pembuka untuk berbuka


# menu utama


# walau camne pun,saya tak kisah sebab ada dia


thank u sayang !!

saya minta maaf

awak..

orang minta maaf..
susahkan awak..
bebankan awak lagi..

awak..
orang minta maaf..
sebab sampai la sekarang..
orang masih tak tunaikan lagi janji-janji orang..

orang minta maaf wak..
orang janji macam-macam dengan awak kan..
manis mulut macam dengan awak..
tapi sekarang tak tertunai lagi janji-janji itu..

awak..
orang rasa sedih sangat..
rasa serba salah sangat..
bila awak cakap..
bila ingat semua janji yang orang buat kat awak..
mesti awak ingat, orang saja je manis mulut untuk tarik hati awak kan..
tapi sekarang, habuk pun tarak..   +____+

awak..
orang nak awak tahu..
masa orang cakap tue,
bukan saja-saja buat tau..
bukan saja-saja reka nak sedapkan hati awak..
tapi memang betul-betul dari hati orang..
betul-betul memang orang niatkan nak buat..
niat untuk buat awak happy..

awak..
orang tahu..
salah satu tanda orang munafik adalah ;
orang yangn ingkar pada janji dia..
tak..orang tak nak jadi macam itu..
orang bukan macam itu..
orang sungguh nak tunaikan semua yang orang janji kat awak..
awak boleh tunggu kan..

awak jangan marah orang ek..
please...

terbaca sesuatu pada blog kegemaran orang nie, HanaLoveNest ;

Berdosa hukumnya bagi seseorang yang dah berjanji untuk berkahwin
dengan seseorang yang lain...tapi tak tunaikan janji tu. Sebab manusia ni hidup dengan HARAPAN and bergantung pada janji.... "



tengok itu..

orang rasa serba salah sangat wak..
orang minta maaf tau awak..
orang janji akan tunaikan semua benda yang orang janji kat awak..
supaya orang tak rasa bersalah sangat kat awak..

aku tetap aku - shima

salam semua ;

hari ini meh kita layan video lagi..lagu nie nak kata lama..rasanya tak la lama sangat..#encikchentahati tetiba tanya pasal lagu ini..apa lagi..haruslah sepantas kilat mencari lagu ini..

dan macam biasa, haruslah gudang youtube manjadi lokasi pertama yang kita cari..cari punya cari..search punya search..di block pulak..adei..saja je tau..busuk hati punya youtube..tapi..kita tak leh cepat give up..kena usaha lagi..kan usaha tangga kejayaan kan..

cari kat google..jumpa pulak kat 4 shared..tapi kena download pulak..adei..saya nak tengok je..bukan nak simpan buat koleksi..tapi disebabkan kemahuan untuk ada itu tinggi, saya download juga..mujur la tak besar sangat kan..

taadaaa...sebab itu la munculnya video ini di sini.. :)




AKU TETAP AKU

Aku tetap di sisimu selalu
Di dalam susah di dalam senang
Aku tetap menyayangi dirimu
Begitulah peganganku
Biar apapun yang melanda
Aku tetap diriku bagai dulu

Aku tetap insan yang kau kenali
Kasihku tidak berbelah bagi
Aku tetap memberi yang termampu
Sepenuh jiwa ragaku
Tiada yang lebih bahagia
Bila aku melihat kau gembira

lirik dia ringkas je..tapi setiap baris semua nya bermakna..serius..best sangat-sangat  :)
jumpa lagi semua ;
terima kasih sudi singgah ...

jika dia untuk aku

salam


Ya Allah Ya Rahim,
jika benar Kau ciptakan dia untukku,
kau satukanlah hati kami,
bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya,
berikanlah aku kesabaran,ketekunan dan kesungguhan
untuk memenangi hatinya dengan cara yang diredhai oleh Mu Ya Allah..

dan,
aku mohon Ya Allah,
andai dia sebenarnya kebahagiaan aku,
moga aku tidak mencintainya lebih dari aku mencintai Kau,
aku tidak merindui lebih dari aku menrindui Kau,
dan tidak pula aku hanyut dari Mu..


# pray

bukan saya karang sendiri..ayat-ayat kat atas nie saya amik sikit dari entry yang saya amik dari entry nie..
yaa...terima kasih kasi kongsi.. :)

challenge 4 : my favourite photographs with my friends

salam

untuk cabaran seterusnya, saya dah alter sikit tajuk dia..kalau ikut tajuk asal, 'my favourite photograph with my best friend'..kalau saya keep maintaned dengan tajuk tue, adei mengagau kang nak mencari jawapan nya..so, untuk tidak menyusahkan diri, kita kena jadi kreatif sikit ye kawan-kawan..dan saya tukar jadi..

tadaaa...

macam yang tertulis di atas..' my favourite photographs with my friends'
(mana yg saya bold with color tue, adalah hasil kreatif buah fikiran saya)

to be honest, saya memang tak de BFF atau nama penuh dia ' best friend forever'..tak tahu, bila berkawan dengan seorang, i tend to be very cautions..tak terlalu mempercayai seseorang dengan teramat sangat..nak kata ada sejarah dikhianati, tak pernah jugak..tapi ntahla..memang saya nie jenis terlalu kuat curiga..hmmm...jadinya..memang susahla saya nak berkongsi rahsia ngan orang lain..kawan mungkin ramai, tapi kawan yang betul-betul saya percaya, setakat ini belum ada lagi..saya lebih mudah berkongsi dengan famili sendiri..

okeh..skang meh kita layan gambar ye..since tadi, kan saya dah cakap..saya tak de best friend..kawan saya memang berubah-ubah dari zaman sekolah hingga la sekarang..tapi alhamdulillah, sampai sekarang..antara kami masih lagi saling berhubung..dan mereka semua terlalu banyak berjasa dengan saya..cuma Allah saja yang boleh balas jasa kalian..

# di zaman sekolah..

# diploma time

# we share joys and laughter

# these two people stay forever by my side

# degree turn

# they were there whenever i need them

yes..i'm happy the way i am right now..saya tahu, mereka semua akan ada saat saya perlukan mereka..saya tahu mereka tak kan pernah penat dengar setiap ngaduan keluh kesah saya..

kawan-kawan..thanx for being there..may our friendship kekal sentiasa..insyaAllah..

// tekan sini untuk lihat senarai challenge ..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

#8 spontaneous thursday






i'm about to lose my mind
you've been gone for so long
i'm running out of time

i need a doctor
i need u to bring me back to life



anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!