sepetang di bilik ais

salam semua ;

pernah dengar nama tempat 'Ice Room'..rasanya majoriti pernah pergi kan..taip je ice room kat google..rsenye berlambak-lambak blogger review pasal this place..saya tahu tempat nie dari one of my colleague..dia heboh  aiskrim tempat nie meman paing heaven la..memang rugi betul kalau tak try..adei..dahla diri nie memang hantu aiskrim..membuak-buak nafsu teringin nak pergi..

terima kasih pada cinta hati..tercapai jugak niat nak pergi..dia cuma tahu lokasi di Nilai..tapi rasa kalau pergi ke Nilai macam jauh sangat pulak..padahal area Bangi ada..so decide nak pergi yang kat Bangi even tak tahu jalan..takpe..malaysian kan budiman..kita sesat kita tanya la kan..

jalan punya jalan..pandang kiri pandang kanan..akhirnya nampak bangunan bercat hijau ini..baca betul-betul..hoyeah!! sampai da..   :)
front view ~

the menu ~

muka budak ini happy sebab niat tercapai..terima kasih sayang !!
since memang lunch langsung belum sentuh..dalam perut nie membuak-buak dah minta diisi..jadi, tujuan kami ke situ bukan saja untuk makan aiskrim..tapi juga merasa makanan lain.

Chicken Bologness Spaghetti dan Red Tea with Broen Sugar Milk Ice ~

Black Pepper Chicken Chop dan Fresh Milk Pearl Sago Ice ~

bersiap sedia mahu makan..lihat muka excited dia ~
seterusnya..tarikan utama tempat ini..mesti cuba..tapi dalam hati ada sedikit kuciwa..takde chocolate ice cream..hohohoho..my favourite tue..tapi takpela..kita cuba perasa lain la..

blueberry dan peanut ~

lihat muka dia menikmati aiskrim itu ~
pembuka selera sudah..dessert pun sudah..sedawa kekenyangan pun sudah ...

alhamdulillah ~

selesai semua, haruslah mengagahkan diri mengangkat perut keluar dari tempat tue..kesimpulannya, this place okay..paling istimewa haruslah aiskrim nya..tapi sudah cakap sama cinta hati..pasnie kalau datang lagi mungkin kami cuma akan kongsi je aiskrim tue..yela..nafsu tinggi beno masng-masing..bila da sampai jenuh nak ngabiskannya..kawan-kawan yang lain, mana-mana yang penghantu aiskrim..meh la datang try..pasni saya nak try "Tutti Fruiti' lak..itu cik Farhana Sedek sudah cucuk-cucuk saya suh pergi..cinta hati pun da bagi green light..hoyeah!!

wordless wednesday : alone

wednesday everyone ~
don't let me by myself ~

kalau lah dia tahu

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

credit to flickr

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

note ini dari sini ;

wordless wednesday : cold hearted

wednesday semua ;

hati sy mungkin beku tapi mudah cair

ya !!..aku gila..


CINTA GILA by DEWA 19

Hati hati dengan hatiku
Karna hatiku mudah layu
Jangan kamu bermain-main
Karna ku tak’ main-main

Sungguh aku bersungguh-sungguh
Cintaku ini cinta mati
Mati-matian aku
Pertahankan cintaku

Aku takkan rela...bila kau tinggalkan
Aku kan berbuat...apa saja
Untuk mendapatkan kamu lagi

Rupa rupa alasan kamu
Untuk tetap tinggalkan aku
Rupanya kamu memang
Sudah tak cinta aku

Cintamu yang berbisa
Bisa racuni aku
Bisa-bisanya kamu mau tinggalkan aku


bowling di Alamanda

selamat hujung minggu semua;

kembali dengan cerita lama..bukan lama terperuk dalam draft..tapi memang betul-betul baru boleh buat..koordinat sekarang di Ampang..dengan bantuan wifi yang tersangat hebat tahap maksima..bar berjaya..hoyeah!!..semua mari bersorak ek..

okay..cerita minggu lepas nie..tahu..tapi konfom memang belum basi..sebab elok-elok saya dah simpan dalam peti sejuk beku bagi keep fresh..hehehe..jumaat (8/4) yang lepas..dengan rela hatinya menjoinkan diri dalam aktiviti ini..seronok !!..kejohanan bowling suka suki pejabat kami diadakan di Alamanda, Putrajaya..
ARL Power Bowl Putrajaya ~
hampir 20 orang join game tue..serius..memang enjoy gile kut..dahla memang saya nie hebat sangat main tue..keje saya hari tue asyik nak membersihkan longkang saja..gaya ada da..semangat tinggi da..tapi bila baling konfom serong ke tepi..huhuhu..sabo je la..

meh saya layankan anda semua dengan tayangan susunan gambar di waktu kejadian ye ;

zairol, abg aziz, cc mail ~
masing-masing hebat dengan aksi melempar bola ;
aksi melempar bola ~

ayu + sopan santun gtu ~

jamli, shakirah , marini ~

lagak saja lebih ~
si kecik !!
zairol dan teman ~

bell + ira ~

pn dana, jasrul, kak linda, kak raja, abg yusuf ~

pn marya + husband ~

jejaka idaman malaya la konon ~
penutup harusla gambar tuan tanah..acara tamat dalam 8.30..seronok sangat aritue..dengan gelak tak abis-abis..serius enjoy gile..untuk orang kuat program itu, kak Raja, terima kasih dengan penganjuran program ini..serius mahu lagi da program ini di masa akan datang..    :)
clueless ~

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!