kalau lah dia tahu

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

credit to flickr

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

note ini dari sini ;

wordless wednesday : cold hearted

wednesday semua ;

hati sy mungkin beku tapi mudah cair

ya !!..aku gila..


CINTA GILA by DEWA 19

Hati hati dengan hatiku
Karna hatiku mudah layu
Jangan kamu bermain-main
Karna ku tak’ main-main

Sungguh aku bersungguh-sungguh
Cintaku ini cinta mati
Mati-matian aku
Pertahankan cintaku

Aku takkan rela...bila kau tinggalkan
Aku kan berbuat...apa saja
Untuk mendapatkan kamu lagi

Rupa rupa alasan kamu
Untuk tetap tinggalkan aku
Rupanya kamu memang
Sudah tak cinta aku

Cintamu yang berbisa
Bisa racuni aku
Bisa-bisanya kamu mau tinggalkan aku


bowling di Alamanda

selamat hujung minggu semua;

kembali dengan cerita lama..bukan lama terperuk dalam draft..tapi memang betul-betul baru boleh buat..koordinat sekarang di Ampang..dengan bantuan wifi yang tersangat hebat tahap maksima..bar berjaya..hoyeah!!..semua mari bersorak ek..

okay..cerita minggu lepas nie..tahu..tapi konfom memang belum basi..sebab elok-elok saya dah simpan dalam peti sejuk beku bagi keep fresh..hehehe..jumaat (8/4) yang lepas..dengan rela hatinya menjoinkan diri dalam aktiviti ini..seronok !!..kejohanan bowling suka suki pejabat kami diadakan di Alamanda, Putrajaya..
ARL Power Bowl Putrajaya ~
hampir 20 orang join game tue..serius..memang enjoy gile kut..dahla memang saya nie hebat sangat main tue..keje saya hari tue asyik nak membersihkan longkang saja..gaya ada da..semangat tinggi da..tapi bila baling konfom serong ke tepi..huhuhu..sabo je la..

meh saya layankan anda semua dengan tayangan susunan gambar di waktu kejadian ye ;

zairol, abg aziz, cc mail ~
masing-masing hebat dengan aksi melempar bola ;
aksi melempar bola ~

ayu + sopan santun gtu ~

jamli, shakirah , marini ~

lagak saja lebih ~
si kecik !!
zairol dan teman ~

bell + ira ~

pn dana, jasrul, kak linda, kak raja, abg yusuf ~

pn marya + husband ~

jejaka idaman malaya la konon ~
penutup harusla gambar tuan tanah..acara tamat dalam 8.30..seronok sangat aritue..dengan gelak tak abis-abis..serius enjoy gile..untuk orang kuat program itu, kak Raja, terima kasih dengan penganjuran program ini..serius mahu lagi da program ini di masa akan datang..    :)
clueless ~

Team Building @ Gopeng 5 - 7 April 2011

salam semua;

selamat jumaat..maaf..macam biasa saya akan sibuk minta maaf bila belog nie tak terusik tanpa sebarang entri..maaf ye sekali lagi..kesibukan minggu nie betul-betul membataskan peluang saya untuk jengok ruang ini..mujur lepas da semua..alhamdulillah..

ingat tak tak ada entri sebelum ini saya cerita pasal cinta hati saya hilang tanpa dapat dikesan oleh radar..??nak tahu tak semua, beliau dengan senang hatinya,dan lapang dadanya meninggalkan saya tercanggung-canggung sorang-sorang kat sini..huhuhu..sedih kan nasib saya..dah la ditinggalkan..pastue dia pulak senang hati kat sana..agak-agaknya kan, dia ingat tak saya kat sana..??mesti tak kan   +______+
tapi mujur saya ini pencinta hati yang pemurah..kegembiraan dia kat sana saya kongsikan ngan anda semua..  +_____+

sudahla..berhentilah merepek..kisah tak tipunya, itu cinta hati dipilih sebagai peserta dalam satu program ala-ala team building pejabat kami..if tak silap..nama kursus itu lebih kurang cam 'Program Pengukuhan Pasukan yang Efektif dan Cemerlang' (if i'm not mistaken)..bertempat di Gopeng, Perak..nama spesific tempat, saya tak sure sangat..

bersama hampir 40 orang peserta, bergerak mereka semua dari pejabat kami dalam 8.30 pg, 5 April yang lepas..pagi tue sempat dia anta lagi gi kerja..pergh..hati memang sayu gila tengok dia pergi..dahla dia macam rushing.laju saja dia jalan..3 hari kut nnti dia takde..cuba tahan tak bagi nangis..yela..tak kan nak suh den melalak depan ofis kut..mahu pakai furdah den sebulan cover malu..

ondaway dia ke tempat kejadian, sempat jugak bermsg dengan dia..tapi tak aktif sangat..since saya pun dlm meeting time tue..last msg dia cakap dia dah nak sampai..lepas tue terus dia senyap..the whole day hari tue memang tak msg dia langsung la..since dah diingatkan, mungkin dia memang akan kurang msg kt sna..takpela..saya paham..sampai ke malam baru tahu rupanya kat sana memang tak de coverage langsung..patutla mesej-mesej saya sumenya berstatus pending..

okay..stop pasal luahan hati yang melampau-lampau ini..meh saya kongsi ngan anda semua gambar-gambar aktiviti mereka di sana..kalau nak kira memang banyak sangat gamba-gambanya..nie pun da bertapis pakai tapis yang paling halus nie..still banyak jugak..nak cerita lebih-lebih bukan saya di tempat kejadian pun..jadi cuma agak-agak je berdasarkan penceritaan dari mereka..sebab tue banyak sangat (mungkin) di hujung tue..
apa-apa pun..selamat menonton !!

mula smpi (mungkin) ~

atas lori (mungkin) ~

aktiviti bersalam-salaman (mungkin) ~

sapa mampu bina paling tinggi (mungkin) ~

proses membina (mungkin) ~

sesi perbincangan (mungkin) ~

sesi taklimat (mungkin) ~


mendengar penerangan (mungkin) ~

sesi bergambar (mungkin) ~

mula ber'water rafting' (mungkin) ~

menuruni batu (mungkin) ~

sudah stabil (mungkin) ~


selesai ber'water rafting' (mungkin) ~

<3

sesi survivor (mungkin) ~

bersusah payah ~

dalam gua tempurung (mungkin) ~

sesi persembahan (mungkin) ~

durian time (mungkin) ~

sesi penyerahan hadiah (mungkin) ~

he received it ~

sedia untuk balik (mungkin) ~

selesai !!

masing-masing membelek handphone ~
dia tepat terpacak depan saya dalam 6.30 petang ++..balik membawakan saya sesuatu..yeah!!saya tahu dia tak lupakan saya kat sana..terima kasih !!

masing-masing seronok saya kira..termasuk dia..balik tue tak berhenti-henti dia bercerita..saya rindu sikit takpe..yang penting dia seronok dan gembira kat sana..baguslah..alhamdulillah mereka semua balik dengan selamatnya..

(  p/s : cuba cari persamaan pada hampir semua gambar..?? )

okay..berhenti sini..panjang da rasanya ini..pada kamu semua..terima kasih sudi baca !!

wordless wednesday : smile

wednesday everyone !!

u smile i smile ~


anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!