#22 spontaneous thursday

salam ;

semalam ..
3x dia bilang rindu secara spontan ..
3x juga air mata ni bertakung kat mata ..

tapi hari ini ..
sekali pun tidak ..
ditanya, baru cakap ..
hmmmm..dia terlalu fokus mungkin ..

baik lah ..
berpositif :)

* saya rindu dia sangat..hampir separuh mati ni ...

terima kasih sudi singgah dan baca ;

engagement of syamim & hanan

salam ;

peeerrrghhh....mmmmuuujjjjjurrr laa..pertama kali saya rasa dalam hati ' mujur dah upload gambar-gambar di FB '..kalau ikutkan, diri sendiri segan sikit nak buh macam-macam gambar dalam FB..tapi disebabkan tindakan sudah mengupload pic dalam FB yang dapat menghasilkan entri..alkisahnya..tiba-tiba pendrive saya langsung tak dapat didetect dan satu-satunya tempat saya store all those pic was only at that pendrive...gggrrr...langsung tak pikir akan jadi camnie..mujur FB menyelamatkan saya..

okay, tutup cerita tu..sekarang kita pergi ke tujuan utama entri ini..tengok tajuk pun tahu dah kan saya nak cite pasal apa..yup yup, sorang lagi my besties sudah tukar title lagi..bukan lg gf org, tapi sudah transform sebagai tunangan orang..yiyeah...

syamim, one of my schoolmates dari zaman sekolah rendah lagi..pertunangan on 18th February yang lepas, alhamdulillah berjalan dengan sangat lancar  :)


* mini pelamin
my comment - simple but sgt nice..love the creativeness

jom layan deretan gambar yang sempat diupload..
dan tiba masanya, perkenalkan bride to be kita ..

* gorgeous babe .. serious

* pari-pari yang turut hadir ;)

* daring pose
rombongan lelaki sampai dalam 1.45 pm..lebih kurang as what they promised..if tak silap saya, pihak lelaki memabawa 11 dan dibalas 13 dulang dari pihak perempuan (i'm really not sure about this)..perbincangan tak lama pun, dalam 15-20 minit..tak dapat nak ambil pic time sarung cincin sebab time tu saya di luar..sori sangat-sangat babe..takpe la..yang penting, function berjalan lancar kan..
* from both side
tak dapat nak stay lama di situ..ada urusan lain yang perlu saya kejar..so, sebelum balik..posing jap ngan bride to be ni..

# status mereka suda sama..kikikiki

* bersama tuan tanah belog

to syamim dan pasangan,

selamat menempuh alam pertunangan..congratulation on your day, babe..semoga jodoh dan kasih sayang di antara kalian berdua makin kuat sehinggalah di satukan sebagai pasangan yang sah..banyak-banyak kan bersabar dan moga semua nya berjalan lancar nanti ye..insyaAllah..


terima kasih sudi singgah dan baca ;

jangan tinggalkan aku - september band

salam ;

selamat hujung minggu semua..layan satu lagi video di hujung-hujung minggu ini..tak silap, indonesian band..tak pernah pun dengar lagu ini..cuma kebetulan belek-belek YouTube tempoh hari, ternampak video ni..apa lagi, terus search lirik..hmmm..best sangat lirik dia..

hmmmm..boleh kata specially dedicated untuk si dia..harap-harap dia paham..sebab memang benda ni yang saya rasa tiap-tiap hari..  =.=





Jangan Tinggalkan Aku

mungkin aku terlalu menyayangimu
semua yang ada padamu
karena kamu membuatku berarti
hinggaku tak dapat menjauh

dalam setiap langkahku
kuingin kau disini
hingga akhir usiaku kau tetap
menjadi yang terbaik untuk diriku

aku takut engkau tinggalkan diriku
mencoba mencari cinta
selain cinta yang kuberikan

aku takut engkau patahkan hatiku
membuatku semakin terluka
dan tak akan pernah termaafkan


terima kasih sudi singgah dan baca ;

perkahwinan bukan sesuatu yang membebankan

salam ;

hai semua..perasan tak sekarang gejala sosial antara remaja makin menjadi-jadi..bila kita tanya,  ' nape tak terus nikah je..??kan senang.. ' ..alasan diorang bagi.. ' duit takde ' ' duit tak cukup lagi ' ' belum sempat saving lagi ' ..

tapi, betul ke duit punca benda baik camtu terhalang..??
duit, punca orang sanggup buat benda jahat dari buat benda yang elok..??

pperrrghh..kuat betul kuasa duit ek..cuma disebabkan 4 huruf tu je , D U I T ..
tapi, bagi saya tak..semua tu kadang-kadang alasan je nak selamatkan diri..yup, diakui..memang duit itu penting tapi penting sangat ke sampai jadi batu besar penghalang camtu..bagi saya, duit hanya sebagai cabaran..cabaran bagi menguatkan azam kita bila berkehendakkan sesuatu..tapi itu pun kalau kita betul-betul nak la..kalau betul kita dan pasangan kita betul-betul ikhlas dan memang mahu ke arah itu..galas cabaran tu bersama-sama..jangan seorang je yang pegang beban tu..sakit tau..

dan lelaki,
percaya lah..bukan semua wanita materialistik..kalau dia benar sudah jatuh sayang pada seseorang..hati dia nekad dan dia akan tetap dengan keputusan dia..tak kira la camne halangan sekali pun..macam contoh, cuba baca kisah bawah ini ye ..

________________________________________________________________

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.
Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

* Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
*Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

  • Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?
  • Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

  • Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
  • Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?
  • Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.
  • Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?
Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting.
  • Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
  • Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
  • Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?
  • Harga lampin pakai buang.
Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!
Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

#
________________________________________________________________

see..masih ada lagi kan orang yang tak terlalu memandang materialistik sangat..bagi saya sendiri pun, cukup la ada keperluan yang asas sahaja..tahu, mesti akan ada orang cakap,

' eh awak bujang lagi, boleh la cakap camtu..cuba rasa sendiri la hidup berumahtangga..nanti awak tahu siksanya '..

saya cuma boleh jawab

' insyaAllah..moga rasa besederhana ni kekal dalam diri sampai bila-bila..keinginan untuk sesuatu itu memang banyak..tapi cuba untuk dibendung supaya tak menjadi-jadi dan mengukur kemampuan diri dulu.. '

* moga Allah melancarkan urusan kami..dikuatkan hati saya melawan segala prasangka dan dugaan sekarang..insyaAllah ..

terima kasih sudi singgah dan baca ;


a thousand year - christina perri

salam ;

minggu lepas dah layan lagu happy..ni kali kita layan lagu sentimental pula ye..tapi mood masih lagi sama..masih berbunga-bunga cinta..huhuhu..hati banyak seronok sekarang..debar menunggu hari ke hari..hehehe..tak sabar okay !!

ringtone untuk si dia pun dah bertukar..bukan lagi lagu The Sisters-Ku Sedang Jatuh Cinta..sudah tukar ke yang ni..walau pun bunyinya macam mendayu-dayu sikit..tapi, tetap nak juga..sebab tiap kali dia call, akan bunyi ' i have died everyday waiting for u..darling, don't be afraid..i have loved u for a thousand year..i will love you for a thousand more '..boleh jugak bayang macam dia tengah cakap macam tu ke saya..hehehe






a thousand year

Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
 Time has brought your heart to me
 I have loved you for a thousand years
 I love you for a thousand more

One step closer
 One step closer

I have died everyday waiting for you
 Darling don’t be afraid I have loved you
 For a thousand years
 I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
 Time has brought your heart to me
 I have loved you for a thousand years
 I love you for a thousand more

terima kasih sudi singgah dan baca ;

serius : untuk mereka yang tak serius

salam ;

selamat hari jumaat..pphheewww...belog kembali terabai 5 hari..eeerrr...maaf ye..bukan sengaja abaikan, tapi tak de benda nak cerita pun..tak kan nak sibuk sogok dengan entry challenge je..nanti bosan pulak korang kan..langsung tak memberansangkan..jadi, dari saya terus merapu bukan-bukan..baik diamkan saja kan..


pernah tanya satu soalan pada #encikchentahati  :


satu couple masuk satu restoran tu..then, berlaku dua situasi :

1 ) yang si lelaki melirik-lirik ke gadis lain dalam restoran itu..tahu apa reaksi gadis tu, malu-malu..betul-betulkan tudung/rambut dan dalam hati cakap ' ehem ehem..lelaki itu ada gf pun masih nak lirik-lirik aku..mesti ada sesuatu pada aku yang menarik perhatian dia..ermmm..apa ye.. '

2 ) yang si wanita melirik-lirik ke lelaki lain dalam restoran itu..cuba teka pula reaksi lelaki itu..merenung wanita itu dan paling ke arah lain..dalam hati dia cakap ' sial la perempuan itu..tak pernahnya cukup kan..da ada lelaki sebelah dia, sibuk nak pandang lelaki lain..tamak betul..perempuan cam ko memang sampai bila pun tak bahagia..tak pernah bersyukur.. '


hmmmm...tengok perbezaan reaksi itu..yang si lelaki tu dapat pujian tapi yang perempuan itu dapat makian..pergh..tak pasal-pasal je kan..dari pandang yang lansung tak berniat jahat, terus kena maki sumpah..tapi macam tak aci kan..wanita tu juga yang dapat teruk..yang si lelaki tue siap ada peluang untuk tambah cawangan..

errr..napa jadi camni ye..bila seseorang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada..bila seseorang itu sibuk mengenal benda yang baru walaupun bukan bertujuan serius..tetap menyakitkan hati si pasangan..bila sudah ada seseorang yang tetap di sisi..perlu ke berkira-kira lagi untuk mencuba lain..??cinta dan kasih sayang itu benda elok tau, benda indah..kenapa perlu kotorkan dia, perlu cemari dengan perbuatan camni..nanti semua orang benci cinta, semua orang berprejudis..owh..tak amannya dunia kalau camtue..

tapi, kalau tepuk sebelah tangan je..mesti tak bunyi kan..kalau tak de yang sudi nak sambut tepuk tu, mesti tak jadi..yang si gadis/lelaki lain itu..jangan la pulak sibuk nak melayan-layan..dah awak tahu dia sudah ada pasangan, perlu ke melayan baik tiap jemputan dia..da jelas terbentang, awak tahu status dia, perlu ke awak gedik-gedik manja bila dia 'syg' 'dear' 'laling' 'ayg' awak..??bukan minta awak bermusuh, putus saudara bagai..cukup menolak dengan baik..jangan sampai awak dituduh punca perosak kebahagiaan org lain sudah la..recall balik lagu JT ' what goes around, comes around '..sekarang awak syok melayan milik orang, tak mustahil nanti awak tak sedar yang milik awak pun syok melayan org lain..kut iye pun nak balas dendam sebab pernah kena camtu, jangan sampai orang yang tak bersalah pun jadi mangsa..cuba fikir perasaan orang lain ye..

untuk si wanita/lelaki yang menjadi mangsa...berhati-hati la..jangan terlalu mudah percayakan pasangan anda..perlu ada sedikit ragu-ragu..dan tertanya-tanya..di mana dia, apa dia buat..jangan terlalu pegang sangat apa dia cakap..bukan mengajar untuk terlalu berprasangka..tapi wujudkan sedikit perasaan itu..supaya bila tembelangnya pecah, kita sudah bersedia..bukan juga minta terlalu kongkong si dia..menuduh dia bukan-bukan..sampai bergaduh, bertengkar besar hanya kerana benda yang belum tentu sahihnya..jangan camtu..cuma jangan terlalu percaya 100%..itu saja..kalau boleh, elak kan pergaduhan atau paling teruk, perpisahan..sebab benda tu sakit tak..take time to recover..

# tengok tue..jahat  ;(

hmmmm..okay cukup..entri ni bukan nak menghentam atau mengback-up mana-mana pihak..cuma general..respons saya pada apa yang terjadi sekarang..luahan dari diri sendiri dan juga mewakili perasaan rakan-rakan terdekat..semua orang mahu menyayangi orang lain kan, dan in return diorang pun harapkan benda yang sama dari orang yang disayangi..bukan satu penipuan atau permainan..kalau sayang, be nice..kalau nak main-main, be remind..bukan semua orang suka main-main..ada sesetengah orang tu, hati dia memang mudah pecah..so, treat her/him nicely..
* teringat qoute iklan tampal depan pintu opis


setialah kepada pasangan anda,
perpisahan boleh dielakkan


terima kasih sudi singgah dan baca ;

tapi hari ini terasa macam mahu meluahkan sesuatu pulak..menaip membebel macam-macam di sini..kali ini, taipan penuh dengan emosi dan maksud..bukan taip-taip kosong..

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!