saya dah jadi kaki bola

salam semua ;

selamat hari isnin..macam biasa hari isnin..jangan lemau-lemau ye..jangan masing-masing nak datang 'Monday's Blues' lak..kita harus cergas..baru lah kita produktif..hohoho,.bersemangat benar saya hari ini..hehehe..haruslah..selepas himpunan hari belia baru ini..dalam kepala dah kena mind set baru la..tak leh lemah-lemah da..hehehe..

nie nak cerita pasal hujung minggu baru ini..sori..lambat ke udara pulak..hehehe..banyak tuntutan lain..tapi tak pe..saya tetap cerita juga kan..macam saya cakap sebelum ini..'Better Late Than Never'..hahaha..lepas nie dah boleh pakai phrase tue sebagai alasan..

rasanya mostly kaki-kaki bola sedia maklum kan game yang baru selesai malam ahad lepas..mengikut maklumat dari #encikchentahati, final uefa champion league..between Barcelona dgn Manchester United..untuk makluman, saya nie bukan lah kaki bola sejati pun..kalau tengok bola pun..benda yang pertama dicari haruslah player yang kacak..tapi berbeza dengan #encikchentahati..huih dia tue..minat memang gila-gila mati la pada Manchester United tue..dia dah janji sebelum ini..malam final tue mesti dia nak bawak saya tengok sekali..beside, yang tue bukan lah first time pun saya ikut #encikchentahati....banyak kali da pun..so..slow-slow saya dah boleh follow da dia nie layan bola..tapi belum sampai tahap fanatik..sebab saya memang tak kenal pun player-player tue..yang kenal pun cuma yang famous-famous je..tapi kalau #encikchentahati, memang dia hafal semua..tengok nombor pun tahu da nama dia..mujur dia tak hafal nama adik beradik player tue je..hahaha.. 

tapi petang tue..tetiba dia cakap..tak janji pulak malam tue nak bawak saya tengok sekali..mungkin dia tengok kat umah je..hohoho..dalam hati sentap da ooo..terasa !!..ape..ingat orang tak leh layan bola ke..??orang tengok gak la..tapi kena berlagak cool dan harus menjadi gf yang memahami..terus jawab camnie..'hmm takpela..mana yang mudah..orang okay je kalau di ajak'..tue namanya ayat cuba cover sentap..kalau betul malam tue dia tak ajak kuar, terus rasa nak merajuk 66 hari..

tapi malam tue..dia ajak gak..hehehe..suka saya..tak jadi nak merajuk 66 hari..game start dalam 2.45 am..tp dalam 12.15 am..dia dah datang amik..dia ajak tengok orang main futsal dulu kat presint 18..saya okay saja..kalau bukan #encikchentahati.. ajak..memang saya tak merasa semua tue..so, terima kasih sayang..tengok orang main futsal..syok gak..leka, tak sedar dah nak pukul 2..terus #encikchentahati.. ajak ke Presint 2..kat situ dioarang ada pasang screen besar..sampai-sampai..dah penuh padang depan bangunan Perbadanan Putrajaya..terus saya ngan #encikchentahati cari port untuk kami duduk..#encikchentahati.. semangat betul..siap pakai baju MU lagi..tapi tersilap pilih tmpt duduk pulak..terselit di kelompok Barcelona..tapi lantak lah..malas nak cari tempat lain..

belum start lagi, #encikchentahati awal-awal da cakap..'MU tak leh menang nie..Barcelona kuat..team terbaik kat dunia'..eh..awal-awal da surrender ka..??hahaha...saya tak kisah..natural..layan je..

ada gak a few VIP ngan player Malaysia yang datang..tak silap, Tan Sri Koh Tsu Koon, Aidil Zakuan, Zaquan Adha ngan Dato' Sri Najib  pun turun sekali layan bola..elok PM sampai kt padang tue, 5 minit lepas tue, MU pun  score goal..hohoho..melompat #encikchentahati.

muka serius melihat MU main ~
#encikchentahati senyap je malam tadi..tak berani nak sorak lebih-lebih kut since dikelilingi ramai Barcelona Fan..hahahaha..dalam saya layan game tu..sesekali menjeling jugak la ke dia..merah mata dia tahan ngantuk..nguap tak sudah-sudah..pelik gak..jarang tau dia ngantuk bila ada game yang melibatkan MU..mungkin dia penat sangat..

game tue tamat dalam 4.30 am..kesudahannya Barcelona menang 3-1 dengan Manchester United..bersorak sakan penyokong Barcelona..dengan bunyi trompetnya..

muka sugul dia ~

ini saya amik dari sini ~

nie pulak dari sini ~

balik tue tak sudah-sudah dia..

'yeah yeah..MU kalah'
'BARCA !!'


hehehe..kelaka saja dia nie..mana lah saya nak bosan bila sentiasa ada dia..

terima kasih sudi datang dan baca sini ye !!

Kejohanan Dragon Boat + Family Day JPM

Salam semua ;

selamat hujung minggu..seperti yang dijanjikan sebelum ini..sekarang saya cerita pasal kejohanan ini ek..sori..delay lama sangat pasal benda ini..sampai #encikchentahati pun dah cekak pinggang..eh..tak..saya gurau..dai tak marahpun..sebab dia bukan camtu pun..tapi better late than never kan..

so..minggu lepas..21-22 Mei 2011..bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6..berlangsung la acara tersebut..kalau tak silap..this is the first time kejohanan dragon boat nie dijalankan oleh JPM..best sangat kut..saya tak masuk pun..tukang jadi penyibuk dan penyokong je..hahaha..yela..tak masuk pun..tapi sibuk nak buat jersi jugak macam diorang..takpe-takpe..terasa diri terlibat sekali..

memakai tema 'orange'..nampak garang tue..huhuhu..ofis saya hantar 2 pasukan..satu pasukan lelaki dan satu lagi pasukan campur..

male team ~

mix team ~
tak tahu nak cerita banyak-banyak camne..enjoice gambar-gambar yang saya dah sediakan nie k..penat tau saya campur-campurkan..hehehe..tak la..mudah saja..

aksi 1 ~

aksi 2 ~
ada jugak bear-bear besar..'Barney' dan juga 'A&W' Mascot..huhuhu..da terasa macam kat playground kanak-kanak pulak..
bear besar ~
selain  acara utama- race dragon boat..acara-acara lain pun ada juga..yela..bukannya semua orang terer ngayuh paddle tue kan..so..untuk kanak-kanak..ada pertandingan mewarna..indoor games cam congkak, batu seremban, ketinting, menyumpit, dam haji, pertandingan fotografi dan juga sesuatu yang baru - tarik tali perahu..tue la..bese kita tengok orang main tarik tali kat darat je kan..sekarang nie diorang main atas air..kreatif tak kreatif manusia sekarang.

acara lain ~
eh..artis pun ada juga tau..untuk hari pertama..ada pelakon dari drama 'Juvana'..sementara untuk hari kedua pulak..ada dalam 4 orang artis AF9..hmm..nama tak ingat pulak since saya memang langsung tak folow AF nie..mujur lagu-lagu yang diorang nyanyi tue lagu-lagu lama..leh gak la nak miming..hahaha..
perasan retiss gak..hahaha ~
so..untuk hari pertama..pasukan lelaki lepas peringkat saringan dan masuk ke peringkat seterusnya..sementara pasukan campuran cuma mendapat tempat ke-4 sewaktu peringkat saringan..tapi takpe..korang semua dah usaha sebaik mungkin..

so..untuk pasukan lelaki..cabaran diteruskan ke hari kedua..sekali lagi saya jadi penyokong utama hari itu (22/05/2011)..pagi tue awal-awal da bangun..siapkan sarapan sikit..dalam kul 8 dah get ready kuar dari rumah da..rasa lega sikit hati bila dapat buatkan dai sarapan..kalau tak rasa bersalah je bila tengok dia kelaparan..nak masak macam-macam memang konfom failed..so dapat sediakan roti je pun..

alhamdulillah..pagi tue sekali lagai pasukan lelaki lepas peringkat repecharge tue dan dapat masuk ke final..hohoho..hebat tak hebat mereka..??
sebelum final ~

apa yang penting..KERJASAMA !! ~

selamat berjuang !! ~
6 pasukan layak masuk ke final roud..pasukan lain turut bersama mereka dalm final round tue ialah SPA, MKN, APMM..perlawanan quite sengit..pasukan-pasukan yang lain boleh tahan jugak la kekebalan badan mereka..semuanya tough-tough ketul ketul badan mereka..aww..tergoda i..hahaha..tak de tak de..setia ku disini..ayat tak boleh blah okay !!

final round ~

Closing ceremony turut dihadiri oleh Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, KSN,KPPA dan juga KP Istana Negara (if tak silap)

so..keputusan akhir final round tue..
      Pasukan Lelaki
  • 1st - MKN A
  • 2nd - APMM A
  • 3rd - APMM B
     Pasukan Perempuan
  • 1st - SPA
  • 2nd - ILKAP
  • 3rd - BPH
     Pasukan Campuran
  • 1st - JPA B
  • 2nd - PAJPM
  • 3rd - JPM A
winners

yeah !!

keseluruhannya..CGSO mendapat tempat ke 6 dri 53 pasukan yang bertanding..hebat apa..still top ten kan..dan saya pulak..saya enjoy 2 hari itu..walaupun muka berbelang, penat dan berlaku sedikit ketegangan hari itu (mujur tak melarat)..tapi saya seronok..saya tahu saya salah..nak wat camne..nak tak nak, terima je la..tak kan nak tegakkan benang yang basah pulak kan..sia-sia je..untuk kamu #encikchentahati..terima kasih bawak saya, bagi saya peluang untuk sama rasa event macam nie..serius..seronok sangat !!lain kali jangan serik ek..

penutup..mestila ada jugak gambar tuan tanah kan..tak kan tak de langsung credit kut..hahaha..

orange !!

okah..hutang da bayar..selesai ek..hehehe..terima kasih sudi datang dan singgab baca ek..

tanda-tanda lelaki yang perlu dijauhi

salam semua ;

sori..lewat sikit update hari ini..kalau semalam saya kongsi dengan korang semua pasal tanda-tanda lelaki jatuh cinta kan..hari ini saya nak kongsi satu lagi tip..

sebelum ini, sana sini kita dengar banyak perempuan-perempuan mengadu..hati patah..hancur hati dan macam-macam lagi..bukan kata lelaki tak kena..tapi rasanya perempuan lebih mudah kena..tapi kan kalau lelaki yang kena pun..bukan kita leh tahu..diorang mesti nak berlagak cool kan..tak macho la kalau muka sememeh je bila putus cinta..ayat nak cover..'alah..perempuan kan banyak..sorang pergi..beratus-ratus aku boleh cari'..lelaki..jangan kamu nafikan kamu pernah cakap benda nie kan..

so..untuk kaum wanita..sebagai langkah berjaga-jaga..meh tengok ini..tapi sekali lagi saya ingatkan..jangan terima bulat-bulat 100% tau..ini semua berdasarkan kajian dan juga dari penceritaan orang lain..saya dapat nie pun, bukan la saya conduct research khas..nie pun saya copy dari sini..owner yang sama dari cerita semalam..betul la..suka baca belog dia..kalau rajin..leh la tengok sini.


TERBURU-BURU MENGAJAK BERKAHWIN


  • Baru je sebulan berkenalan, atau tak sampai sebulan kenal, tiba-tiba dia ajak berbicara tentang kahwin dan terus mengajak kamu bertunang. Konon-kononnya, alasan terlalu cinta dan takut kehilangan kamu. kalau lelaki yang benar-benar jujur mahu jadikan kamu isterinya, dia mesti ingin mengambil masa yang agak lama untuk mengenal hati budi seterusnya mencari kerasian antara kamu. Makanya, mungkin dia terburu-buru kerana mempunyai maksud tersirat yang tidak kita ketahui niat buruknya. Berhati-hatilah!
  • bagi saya : tak semestinya..macam orang cakap..jodoh datang tanpa diduga..bercinta lama-lama belum tentu akan jadi..mungkin memang dia jodoh kita walaupun kita baru sangat kenal dia..istikharah lah..berserah pada Allah..Dia lebih tahu segala-galanya.

KAYA DENGAN KATA-KATA MANIS

  • Perempuan memang mudah terpikat dengan lelai romantik dan suka berkata-kata manis. Tapi, awas!..Berwaspadalah apabila dia sering mengeluarkan kata-kata "segalanya hanya untuk kita berdua atau kita akan sentiasa bersama selamanya walau apapun yg terjadi.” jangan mudah sangat percaya kata-kata lelaki seperti, pandai memujuk rayu. Sebenarnya, lelaki yang pndai bermain kata mempunyai maksud yang tersirat. Di awalnya segalanya akan sentiasa lembut dan penyanyang, namun setelah hubungan semakin lanjut, barulah si dia menunjukkan taringnya.
  • bagi saya : betul..bukan kah itu tanda-tanda romeo..tapi romeo pun tetap boleh jatuh cinta kan..dan rasanya bila romeo jatuh cinta dan jatuh hati,..tak mustahil dia serius..cuma jangan terlalu mudah judge orang sebelum kita kenal tuan badannya..seteruk-teruk mana orang tue pun..rasanya dalam hati dia..tetap ada nilai manusia kan..

SIKAPNYA BERUBAH-UBAH

  • Si lelaki ini amat sukar difahami dan fikiran serta perlakuannya sering berubah-ubah. Kita tak dapat jangka setiap tingkah laku yg dilakukannya walaupun dalam masa yang singkat. Misalnya, di talian suara begitu ceria dan ceria untuk berjumpa, tapi menjadi masam dan berubah tiba-tiba apabila sudah berjumpa. Kamu juga rasa seperti tidak bebas dan tidak seronok, takut-takut tersalah bicara dan melukakan hatinya. Jelas di sini, kamu tak jadi diri kamu sendiri tapi hanya memuaskan hati sebelah pihak sahaja.
  • bagi saya : kalau camne..memang sakit jiwa boleh kena..macam orang cakap..'ku sangka panas sampai ke petang..rupa-rupanya hujan di tengah jalan'..erkk..jap..cam tak kena je..hahaha..dalm perhubungan..just be yourself..jangan berubah kerana seseorang sebab belum tentu orang tue boleh berubah kerana kamu..tapi kalau kamu yakin kamu akan kekal bahagia dengan cara camtue..teruskan..mungkin ada sinar di hujung nya nanti kan

TERLALU CEMBURU BUTA

  • Lelaki ini harus dihindar secepat yang boleh. Bukan apa, apabila cemburu menguasai diri, apa saja boleh si dia lakukan, termasuk memaki hamun dan menuduh tanpa usul periksa, sehingga boleh mendatangkan kecederaan pada mana-mana pihak. Si dia tidak akan peduli samada kamu rapat atau bermesra dengan temat rapat atau sesiapa sahaja. Kalau boleh, kamu hanya untuk dia dan setiap saat kamu mesti menghantar laporan kepadanya. Jika kamu terus setia dengan lelaki seperti ini, kelak memakan diri.
  • bagi saya : memang cemburu tanda sayang..tapi kalau dah cemburu tahap melampau sampai semua benda nak dicontrol..sakit jiwa gak..tapi camne nak cakap ek..saya suka bila orang tersayang cemburu..cemburu pada pergaulan saya..hehehe..rasa penting sangat kut..manusia banyak ragam kan..rasa-rasanya masing-masing ada cara tersendri..even saya sendiri mudah sentap kalau nmpk #encikchentahati ngacau orang..just berhati-hati la..jangan sampai cemburu tue merosakkan hubungan korang k..

SUKA MERENDAH-RENDAHKAN KAMU

  • Lelaki yang suka merendah-rendahkan diri kamu seolah-olah tiada rasa hormat kepada kamu. Setiap apa yang kamu lakukan dan pakai, pasti mengundang rasa tidak kena pada si dia. Lebih teruk kalau kamu tidak ikut arahannya. Dia akan terus memperlekehkan dan mengancam kamu. Lambat laun, kamu akan rasa terlalu merendah diri dan hilang keyakinan diri.
  • bagi saya : yang nie memang cukup saya tak suka..kita perlukan seseorang utk bantu kita..naikkan semangat kita bila kita down..tp dah kalau keje dia asyik nak look down kita je..memang teruk betul jenis bf camnie..memang rasa macam nak campak dalam lombong je la..

SUKAR MENERIMA PENOLAKAN

  • Si dia tidak akan sesekali menerima penolakan dari kamu. Jika kamu membantah setiap kata-kata dan keinginannya, dia tidak teragak-agak memarahi kamu dan memukul atau mencampak apa sahaja barang di sekitarnya. Lebih parah jika dia mula memukul kamu. Setiap perbuatannya tadi ditujukan kepada kamu, atas sebab kamu degil kerana tidak menurutinya.
  • bagi saya : lelaki ini patut pupus dari bumi yang aman ini !!

GUNAKAN MATERIAL SEBAGAI GANTI

  • Apa sahaja yang kamu minta mesti si dia akan cuba penuhi. Namun, tanpa disedari, itu merupakan cara untuk mengikat dan memerangkap kamu. kononnya, si dia telah menyempurnakan apa kamu minta, dan kini gilitan kamu untuk menyempurnakan permintaan dia.
  • bagi saya : setiap benda mesti ada tujuan..just berhati-hati..mungkin dia benar mahu bahagiakan kamu..jangan terlalu paranoid sangat k..

so..camne..ande setuju dengan poin-poin di atas..kalau tengok mana yang saya komen tue..lebih kepada positive side kan..sebab bagi saya,tak semua manusia sama..jangan sebab sorang buat perangai camtue,..yang lain pun ikut sama kena tempias..kenal hati budi seseorang sebelum kita mula untuk melangkah lebih serius..tengok macam contoh cik Hana kita..dari riak dia bercerita mengenai Che Arm dia..saya tahu dia bahagia, even mereka baru kenal then, sudah bertunang pun..

so..saya berhenti sini dulu..nanti kalau ada mana-mana yang menarik..saya kongsi lagi k..

p/s : iye..saya tahu saya ada hutang satu entri lagi..entri pasal Dragon Boat..adeh..#encikchentahati pun dah tanya-tanya da..in making sayang..saya janji saya publish before end of this month k..sori tau !!

dan..terima kasih sudi singgah dan baca tau !!

Tanda-tanda Lelaki Jatuh Cinta

salam semua;

just want to share beberapa idea hasil dari berblogwalking..best..nie saya dapat dari sini..belog nie best..owner dia suka bermadah-madah rather bercerita..word dia ringkas tapi bermakna..tak caya ce try terjah..

okay..kat sini..saya kongsi ngan anda semua ye..untuk semua ladies, check benda nie pada cinta hati kamu..tapi jangan la kaw-kaw pnya percaya..anggap sebagai rujukan je..k..??

  • Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  • Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  • Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap
  • Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  • Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  • Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  • Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  • Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  • Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  • Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  • Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  • Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  • Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  • Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  • Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  • Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
okay..sekarang check..ada tak tanda-tanda tue pada buah hati anda..kalau ada..insyaAllah..dia benar-benar ikhlas mencintai dan menyayangi kamu k.

p/s : kalau baca balik, rasa macam ada a few daripada list tue ada jugak dalam list yang saya bagitahu kat sini kan..tak caya..ce try review ;

   apabila si dia terlalu mencintai kamu ;

terima datang singgah dan baca..

wordless wednesday : natural disasters

salam semua ;

they come suddenly without warning ~

it's been 6 months

salam dan juga selamat sejahtera semua ;

dua dap dup dap sepanjang hari semalam terlerai sudah tadi..hahaha..gedik kan..bukan ada pape pun..cuma tepat 12 tengah malam tadi..masuk nya tarikh baru 24 Mei 2011..akhirnya genap 6 bulan saya dan #encikchentahati bercinta..huih..dia punya excited macam org da kawin..hehehe..ntah la..bukan tak biasa pun cakap every month..tapi bila masuk bulan yang ke enam..serius rasa lega sangat..alhamdullillah..sudah hampir setengah tahun hubungan kami..

saya tahu saya tak pernah reveal secara rasmi bila dan bagaimana kami bermula..takpe..biar benda tue jadi rahsia dulu antara kami dan mereka yang tertentu..sampai masa dan ketikanya, insyaAllah saya akan maklumkan..

first pic of us ~

tak dinafikan..kekadang saya sendiri risau menunggu datangnya esok hari..rungsing memikirkan datangnya minggu baru..bagaimanakah kami nanti..sentiasa indah kah hubungan kami nanti..ditambah lagi kekadang benda yang kecil secara tak sengaja diperbesarkan oleh saya..benda yang sepatutnya remeh jadi masalah besar bagi saya..alhamdulillah..mujur dia tak mudah goyah..tak mudah melatah melayan kerenah saya..

untuk hari -hari yang mendatang ;

sayang..saya doa, moga hubungan ini kekal macam yang kita rancang..moga kita sama-sama tak mudah berubah hati dan rasa hati ini kekal sehingga bila-bila..apa yang saya maklum kan pada awak malam tadi truly dari hati saya..bukan saja-saja direka untuk ambil hati awak..moga kita sama-sama kuat dalam menempuhi semua ujian yang datang..insyaAllah..


eh..saya sayang awak tau !!

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!