a a ai aishiteru

salam ;

selamat hujung minggu semua..biasa la..di waktu-waktu cuti camnie..saya hidangkan dengan kalian video lagu okeh..tahu lagu ini lama da..tapi saya baru jatuh hati kan..nak wat camne..tahu, mesti ramai yang kata saya ketinggalan zaman..orang lain dah berubah ke lagu lain pun..tapi tak pelah.better late than never kan..

tahu #encikchentahati cukup anti ngan lagu ini..tak tahu la pekehei nya..sebab bagi saya, lirik dia ssssuuuwweeeett sangat kut..lagi-lagi pada orang yang pjj (percintaan jarak jauh..kuikuikui)..tapi dalam anti-anti dia, hafal gak penuh lagu ini..saya pun cuma hafal part   a a ai aishiteru...

okeh..jom layan..


aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

k sudah..babai semua ;

terima kasih sudi singgah dan baca ;

awak, orang paham

salam ;

sedikit luahan untuk hilangkan perasaan bersalah si dia ;

awak ,
orang tak kisah bila awak sibuk satu hari,
sibuk sampai lupa yang orang ada kat situ tunggu awak,
sebab orang tahu,
di penghujung nya nanti mesti awak ingat kat orang ..

awak,
orang tak kisah bila awak leka bersembang dengan kawan-kawan awak,
sampai lupa orang ada di situ keseorangan
sebab orang tahu,
lepas tu nanti mesti awak datang kat orang,
cakap 'sory sory sory' ..

awak,
orang paham bila awak sibuk bersukan,
walaupun orang sorang-sorang tunggu awak,
orang tak kisah,
sebab orang tahu,
yang itu memang minat awak,kecintaan awak,
tak pernah langsung terpikir nak halang awak ..

awak,
orang tak kisah awak kuar lepak dengan kawan-kawan awak,
walaupun biasanya kita memang berdua,
tak perlu minta pelepasan khas pun,
orang paham,
sebab orang tahu,
nanti mesti awak akan tembus balik masa itu dengan orang ..

awak,
orang tak minta macam-macam dari awak,
cuma minta awak hargai orang,
dan jangan lupakan orang ye ,
janji, boleh..??  ..   


# ^   ^
  * awak - bukan nama sebenar

ok babai ..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

wordless wednesday : karipap-karipap cinta

salam ;


# epok-epok


# the status
 k babai

terima kasih sudi singgah dan tengok ;

wordless wednesday : makeover

salam ;

time to wordless wednesday tapi tak berapa nak wordless sangat !!
# hahaha


# short

# straight
for incoming birthday..thinking of new makeover..agak-agak nya..sesssuuuaaaiii  tak..???

opinions pleaaassseee...??

k babai ;

terima kasih sudi singgah dan baca ;

surprise Bos !!

salam ;

kali ini saya nak cerita pasal bos saya..bos saya best sangat..semua orang sayang dia..semua orang suka kat dia..nak tahu sebab apa..??sebab dia baik sangat dengan kami..tanya la pada semua orang..tak pernah pun ada orang yang akan cakap benda yang tak elok pasal dia..

to my experience..walau pun saya baru setahun bawah seliaan beliau..dan baru first time saya dapat bos..mungkin dia adalah antara contoh bos yang terbaik..dia tak sombong..sangat simple..low profile lagi..dengan semua orang dia boleh campur dan bergurau..

baru-baru ini, besday dia tau..tak tahu la the exact date of his birthday bila..tapi sebagai langkah selamat, kita wat je tarikh ke hadapan..tak payah tepat-tepat pada hari yang betul..kang salah, diri sendiri jugak yang malu kan..saya bersama-sama beberapa kuncu merancang satu surprise untuk dia..kuncu saya tak ramai..idea pun cuma spontan je tanpa sebarang perancangan rapi..sembang-sembang sesama kami..then terus decide..okay..kita on jadi..

bahagi tugas pada yang perlu..sapa yang patut beli kek..sapa yang patut pikir jalan cerita..bila dan masa kejadian terus setup..tak ramai yang tahu plan ini sampai la on that day..dah la main tembak je buat..tak tahu la bos tu ada hal ke tak pagi..main belasah je..tak pela..tak dapat buat pagi, kami anjak ke petang..

tup-tup memang betul..pagi tu bos saya memang ada hal..adei..kacau plan..takpela..pikir kami..dalam tengah hari mesti dia balik..pakat dengan jasrul yang iring bos tue..leka saya dengan adda keluar amik kek..tetiba dapat msg jasrul cakap 'meeting cancel..otw balik'..hah..??kelam kelibut saya dgn adda memecut balik ke ofis..

sampai ofis..cepat maklum pada yang lain plan kami..semua cam terpinga-pinga..heh..itu yang kami nak..lagi tak ramai yang tahu, lagi bagus..baru ramai lagi yang kena surprise..huhuhu..keep texting dan calling dengan jasrul untuk tanya lokasi terkini diorang..mana yang kena berlakon, sibuk cari idea nak buat jalan cerita..nak cakap tengah gaduh la..ada benda tak puas hati la..lantak la kamu..janji my part da setel..

# busy preparing

# busyyy

# chcolate indulgence + tiramisu

# the committe

# girls
idea mereka..

' Bos, siling runtuh kat bilik kapten'
' HAH...???'

dan macam yang diduga..bos terkezutt..diorang bawak bos msuk bilik kapten..

# silence ...

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan En Zul
Allah selamatkan kamu

# tadddaaaa..

# his face turned red.
# tiup tiup..
# belated birthday boy potong kek
# sori bos..suap sendiri ek..
bos got his first cut..pas tu semua pakat amik bahagian masing-masing la..huhuhu..terliur kut tngok kek gebu tue..

# busy again..

# tteeeheee..


untuk en zul,

happy belated birthday..may Allah bless kamu dan keluarga sentiasa..terima kasih untuk semua tunjak ajar dan nasihat pada kami yang baru sangat dalam bidang ini..it was priceless experience and knowledge..maaf kalau kekadang kami lambat sangat belajar dan selalu wat salah dan puncanya bos pulak yang kena tanggung..sori sangat tau..may you success in ur future dan jangan lupakan kami..


# all picture credited to Adda..

k babai..

terima kasih sudi singgah dan baca ;

corporate eh..??

salam ;

selamat hari isnin..hari ini, hari baru di minggu baru..kena ceria-ceria..kena semangat-semangat..jangan nak lemau-lemau sangat okay..jangan nak bermonday-monday blues lebih-lebih pulak ek..

untuk hari ini, saya semangat..memilih tema purple untuk hari ini..tersampuk dari penangan Varsity Boat Race semalam mungkin..bila melihat kelibat-kelibat atlet dari UiTM..terus terimbau memori di zaman universiti dulu..padahal bukan la saya berasal dari golongan mereka pun..macam tak de kena mengena pun kan nak touching-touching..

tak de la..hari ini memang sengaja memilih warna ini..sebab sengaja mengatal nak memakai kemeja..memilih tema 'corporate' hari ini..macam zaman-zaman belaja dulu..setiap hari isnin, akan cuba untuk memakai warna corporate..tapi bukan lah warna ungu..nanti orang akan cakap 'UiTM di hatiku' sangat budak ini..warna bagi 'corporate day' dulu adalah 'dark blue'..

# purple diva

tapi percaturan saya mungkin silap..dari cuba untuk tampilkan imej ' corporate', saya macam terjadi keparat pulak..eh tak..sangat kasar bunyi nya tue..

i looked messed today..looked unprepared..

sebenarnya tak..saya okay saja hari ini..bersemangat je..walaupun pagi tadi memang ada berlaku sedikit kelam kabut..

si dia bergurau ' tak comel la hari ini '
# tapi macam la tiap-tiap hari dia cakap saya comel kan..

ada jugak yang menegur.. ' pagi ini lambat ke..?? kelam kabut ek '
# eh..nampak sangat ke saya sangat #sakai hari ini..??     T_____T

terus jadi tak semangat nak wat kerja..

k babai,

terima kasih sudi singgah dan baca ;

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!