alhamdulillah

salam ;

bangun-bangun pagi tadi..dengan mata terpisat-pisat..gigih capai broadband #encikchentahati dari dalam beg..dengan penuh tawakal, cucuk ke Dell kesayangan..

dalam dada dengan debar tak debar, cuba kontrol perasaan..dalam hati..harap-harap ada..harap-harap ada..penuh gigih, taip url..slow-slow tekan mana yang perlu..masuk mana yang dikehendaki..dan akhirnya..taaadaaa...

# teee heee
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
tue je yang mampu keluar dari mulut..terus hilang mamai..2 kali check..dah yakin..baru boleh senyum..

terima kasih pada semua yang mendoakan..tinggal satu lagi stage..kali ini perlu lagi yakin..harap-harap..
insyaAllah..mana yang saya dah janji..akan cuba saya tunaikan dengan kadar yang segera..moga sempat..

k babai..

terima kasih sudi singgah dan baca

dah senang..hoooyeeaaahhhh ...

salam ;

selamat hari khamis semua..sementara hati tengah dup dap dup dap menanti debaran..kita pusing ke cerita lain dulu la ek..biar tak yah ingat sangat pasal benda tue..tak de la tension sangat..

akhirnya..penantian hampir lebih 3 minggu..setel pun..fuh fuh fuh fuh..lega sangat..akhirnya..

# pas keselamatan

lepas ni..

da tak yah da susah-susah dah kena berhenti depan pok guard tue tiap kali masuk ofis..tak yah susah-susah da kena bawak extra kasut kononnya saya-pergi-keje-pakai-kasut-cantik-padahal-berlakon-sahaja..boleh da kembali pada keriangan diri yang asal iaitu memakai selipar fli[pper kesayangan..waaa...syiok oooo..tak yah da susah-susah buat senyuman semanis-manisnya depan kakak/abang yang jaga pas pelawat tue bila nk claim balik lesen..

tengok tarikh kat kad tue..08.09.2012..lebih kurang setahun lagi tempoh expirednya..hmmm..cam tue la lumrahnya selagi berstatus kontrak..masih lagi mempunyai tarikh mati kat situ..warna pun berbeza..huhuhu..sabar je la..tapi bila tgk pas nie..waaa apsal lebar sangat muka nie..dia zoom kaw kaw pnya..abis terserlah kelebaran muka saya..

tapi tak pe..bersyukur sudah dapat semula kemudahan yang asal..terima kasih pada yang membantu..maaf kalau saya menyusahkan banyak pihak

k..babai ye..

terima kasih sudi singgah dan baca ;



#14 spontaneous thursday

salam ;


dup dap dup dap
makin dekat, makin la tambah debar..
cepat la..
serius tak sabar nie..



terima kasih sudi singgah dan baca ;

Myvi Extreme 1.5 : Lagi Power Lagi Best

salam ;

selamat berhujung minggu semua..konfom minggu ni masing-masing syiok kan bersantai-santai di rumah..cuti 3 hari kan..best la..dapat juga berehat panjang..dapat juga sambung beraya lagi..konfom jalan-jalan utama jammed gila..penangan semua orang sibuk nak ke open house..

baca tajuk tu, konfom ramai tahu apa yang saya nak cerita ni..tau tak Perodua ada launch satu lagi Myvi baru..??MYVI SE 1.5 dan MYVI EXTREME 1.5..mengikut pembacaan saya kat blog-blog, order dah boleh mula buat masa 12 September hari tu..tapi official launch dia 15 September 2011..masa tahu, yang Myvi nak keluar version baru lagi..serius tak sabar-sabar kut nak tngok camne rupanya..yela, dah la enjin dia diupgrade kan lagi..hrga konfom kaw-kaw pnya mahal lagi kan..tapi, takpe..sebab Myvi comel..padan dengan bakal driver dia ni (merujuk kepada penulis...eeewwww)..

tunggu punya tunggu jumaat hari tue..nampak je ada blog yang update pasal Myvi nie, terus excited nak bukak, nak baca..dan terus tak sabar nak bg link pada #encikchentahati..nak tanya apa pendapat dia..

# launch
# front , smart kan
# hensem betul la..
# betul-betul jatuh cinta la..
pergh..suka sangat la tengok Myvi baru ini..hati betul-betul berkenan habis..kalau sebelum nie, dah jatuh cinta pada Myvi Elegance, tapi pas dah dengar beberapa feedback kurg menyenangkan dari sumber-sumber tertentu..hati terus terarah ke nie..betul..kali betul-betul wa jatuh minat, cinta, sayang la..betul-betul teringin nak peluk..huhuhuhu..

kenapa saya suka gila kat Myvi nie..sebab rupa luar je kut...hehehe..saya tak pandai baca kehebatan kereta..tapi dari cara #encikchentahati cakap tue macam okay..so, kalau korang nak tahu detail pasal Myvi nie..boleh baca sini, Paul Tan's Automotive News ..

tengok dari harga..macam ok kut..tak tahu la..sebab saya tak de pengalaman valued kan harga kereta..rasa-rasa korang, okay tak..??

# price
waa...betul teringin sangat nak ada..da decide da nak yang mana..kaler yang mana..tunggu 'approval' je..huhuhu..harap-harap lepas la..tolong la..harap sangat-sangat..amin-amin

kawan-kawan..tolong doakan saya ek...babai kawan-kawan

terima kasih sudi singgah dan baca

#13 spontaneous thursday

salam ;


teringin sangat nak tanya,
bila saya jauh..bila saya tak de sebelah dia..
dia ingat saya tak..??
dia ada pikir pasal saya tak..??

sebab ..

saya pikir pasal dia 24-7

Peringatan kepada semua

salam ;

malam tadi, pas ping entri kat Gengblogger..tiba-tiba tergerak hati pulak nak tangok blog-blog lain yg turut ping entri diorang kat situ..tertarik kat satu tajuk, 'Peringatan kepada semua'..hmmmm..macam menarik..terus click masuk blog tue..

nak tahu tak apa yang dia cerita kat situ..??saya share ngan korang semua k ;

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.


bila baca cerita kat atas tue..mesti rasa sangat mengerunkan kan..macam-macam benda pelik jadi kan sekarang..??tak aman betul rasa..dengan kisah orang curah asid la, nie cerita camnie pulak..rasa berdebar je bila kuar umah..dah tue, tak kan la kita nak terperuk dalam umah saja...haish..tak paham betul dengan orang yang fikiran camtue..tak boleh ke sekali tu, pikirla lek lok..apa la yang diorang dapat dengan wat benda camnie..dosa satu hal, menyiksa orang yang tak bersalah lak tue..apa lah agaknya dosa mangsa-mangsa tue kat penjahat camtue..hmmmm..saya share di sini..minta pada siapa-siapa kat luar sana..berjaga-jagalah..sentiasa la amati betul-betul dengan orang yang datang menghampiri kita..bukan semua orang kita boleh percaya..termasuk la saudara kita sendiri..

p/s : sumber dari sini - bukankosong

k bai..lain kali kita sambung membebel lagi ek

terima kasih sudi singgah dan baca ;

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!