jika kau kekasih - linda nanuwil

salam ;

meh layan lagu ini jap..lama punya lagu ini..

untuk semua pencinta hati dan perasaan..tolong lah hargai insan yang banyak berkorban untuk anda..jangan terlalu sibuk mengejar kesempurnaan yang lain tanpa mengiranorang yang sentiasa di sisi anda..belum tentu orang yang banyak kekurangan di sisi korang tue tak dapat membahagiakan korang..Allah menciptakan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi antara satu sama lain..untuk saling menerima kekurangan antara satu sama lain..

jangan sampai ' yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'..sampai ke sudah, konfom korang menyesal nanti..okay  ..??



jika kau kekasih

tidakkah terasa beban yang aku pikul
menyiksa jiwaku kekasih
kenapa kau tak panah merasakan

dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
harus kau mengerti hatiku
itu hanya apa yang ku impikan

bilakah kau mengerti...
kata hati merayu aku pergi
meninggalkan dirimu
tapi ku tak berdaya
mengapa kasih, harus ku alami..
setelah aku korban segala-galanya
sanggup ku harungi hidup
bersama dirimu meninggalkan
semua yang aku cintai...ho..ho...

jika kau kekasih senangkanlah hidupku
jangan biar ku begini
hidup di dalam kerungsingan kasih

jika kau kekasih yang menyayangi aku
harus kau mengerti hatiku..
itu hanya apa yang ku impikan

k babai ;

terima kasih sudi singgah dan baca ;

on 6th november

salam ;

deng deng deng..tengok tajuk pun dah cukup tahu kan entri nie berzaman dah punya cerita..tapi okay la kan, sekurang-kurangnya masih di bulan november lagi..cuma korang tunggu next-next punya entri lagi..cite yang bulan lepas pun ada juga baru nak publish..kuakuakuakua..tak pela..sekurang-kurangnya ada jugak kan..daripada tak de langsung..

time orang lain sume tengah sibuk mengasah-asah pisau tuk standby sembelih lembu baru ni, time tue jugak la saya ni sibuk nak mengtransform umur...hhhooooyyyyeeeaaahhh..yup, 6 november yang lepas..cukup da 24 tahun saya bernafas kat bumi aman damai ini..alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat..

# cake from him and sibling
tq loves !!

# turn 24  :)
tahun ini punya besday, serius memang sangat excited dan sangat best..to be honest, saya tak pernah diraikan macam ni oleh famili dan juga yang tersayang..dulu masa belaja kat kelantan, penah la dalam 2 kali..kawan-kawan celebrated..tapi with family dan #sidiayang tercinta..memang tak eprnah..hhhuurrmmm..sadis kan..??tapi, tak pela..tak kisah pun..yang penting ingatan dari diorang..tue pun cukup da bagi saya..yup..this year memang complete..ada nya celebration dari famili dan juga #encikchentahati pada saat tepat jam 12..ingat lagi, tahun lepas..he also the first one yang wish kat saya, tapi through sms la..and i still kept that sms as a proof of appreciation..thank u soo much sayang..

# tq ..

# mummy dan nenek


alhamdulillah, sepanjang 24 tahun saya hidup di muka bumi ini..saya bersyukur sangat dengan keadaan sekarang..saya juga manusia biasa..sama macam yang lain, turut tak lari dari melakukan kesalahan-kesalahan..but, alhamdulillah..saya tidak keseorangan..saya ada mereka yang kisah dengan apa yang saya buat..kisah pada setiap keputusan yang saya ambil..yang sudi mendengar saat saya mahu berbicara..setiap apa yang berlaku yang lepas..sedikit pun saya tak pernah sesal..mana yang salah..saya cuba betulkan..mana yang betul, saya teruskan..saya juga tak leh paksa orang untuk suka pada saya..tak leh juga paksa orang tak memaafkan saya..cuma satu hari, ada yang sedar..setiap yang jadi tue ada hikmahnya dan sebabnya..untuk sekarang, saya betul-betul happy..ada nya famili yang sentiasa menyokong saya, ada nya #encikchentahati yang banyak berkorban untuk saya, dan juga kawan-kawan yang sentiasa ada di situ untuk saya..terima kasih sangat-sangat kalian..maaf, saya tak mampu nak luahkan secara kasar atau secara kebendaan..tapi cukuplah kalian tahu, saya terlalu sayang dan cinta pada kalian semua..untuk semua yang kaliandah lakukan pada saya, hanya Allah saja yang mampu membalasnya..terima kasih sangat-sangat..


# done !!

k babai;

terima kasih sudi singgah dan baca ;

#20 spontaneous thursday

salam ;

counting days ;
yup..memang super excited ..
tapi..i will be all alone..
hhhuurrrmmm



terima kasih sudi singgah dan baca ;

buffered !!

salam ;

# hehehe
saje bosan-bosan..rehat kejap dari wat keje..gatal jap bukak nuffnang page..sekali bukak, deng deng deng..ada tiga tue..kuang kuang kuang..excited bangat okeh..tak pernah lagi dapat camnie..besenya nak dapat satu pun jenuh doa hembus -hembus banyak kali..huhuhu..lantak lah orang nak cakap jakun ke ape..tapi yang pasti..saya excited..huhuhu..

tenkiu semua  :)

k babai ;

terima kasih sudi singgah dan baca ;

wordless wednesday : wedding wedding

salam ;

# he + her
this november, was full with wedding invitation..
every week..


# wedding

# wedding

to all my friend who tied or will tie their knot on this month ;
either you're engaged, married or whatever ..
congratulation and may your happiness be with you forever..
insyaAllah..

# gambar semua dari google image..
terima kasih sudi singgah dan tengok ;

assessment on weekend

salam ;

sebelum ini saya dah cerita kan pasal preparation nak ke PAC yang haru biru dek kecuaian sendiri tue..sekarang sambung pulak pasal assessment tue..nak cerita secara detail susah sikit, sebab tak banyak sangat pun pic saya amik..ye la kan..saya nie pergi untuk dinilai..bukan untuk duduk berehat senang-senang..so, pic yang diambil nie pun ikut mana yang dan je..diambil secara sembunyi-sembunyi..

pagi tu (12/11/11), awal-awal dah bangun..alhamdulillah..walaupun tido hampir kul 4 pagi tu, mujur senang je nak bangkit pagi tue..tak pulak malas macam selalu..mungkin bersemangat kut pagi tu..huhuhu..kuar dari umah dalam pukul 7.15 bersama abah..alhamdulillah, jalan pagi tue lancar sangat..langsung tak jammed..first time nie nak INTENGAH..excited okay..layan punya layan lagu dalam kereta, sedar sedar dah sampai..lebih kurang 45 minit je dari umah..

masuk ke dalam INTENGAH tu..keadaan nampak lengang..aikk..saya awal sangat ke, saya lambat sangat..semua orang da mula berkumpul ke..??pelan pelan, steady steady cari mana tempat nak lapor diri..nampak beberapa orang yang gayanya semacam sama dengan saya je, terus follow diorang..ffuuhh, mujur betul..first counter, saya disuruh timbang berat dan juga tinggi..bila tengok berat,fuhh mujur steady tak bertambah walaupun last week tak de satu hari pun saya beriadah..next counter, ambil kunci bilik dan diberi no badan..isi borang profile..ambil gambar..bergerak ke kaunter JPA dan kaunter SPA..semua lepas...alhamdulillah..so, isu salinan tak de pengesahan tue tak pe sebenarnya..tengok jam kat tangan, baru 8.30..taklimat mula 9.15..apa lagi, ambil kesempatan angkut beg-beg bawak masuk bilik..bilik di tingkat 3, mujur ada lift..kalau tak, mahu semput den..

# program


# lucky '6' still there

# with the tag
 bilik saya no 308..masuk je..hmmm..boleh tahan..cantik..i like   :)

# bilik - selesa  !!

# fully facilities
 dalam 9.15, terkedek-kedek turun ke dewan untuk taklimat..simple je pun taklimat dari urusetia..dalam setengah jam setel da..aktiviti 1 bermula pukul 11..masa ada hampir sejam lagi, tak kan nak melilau pulak kan..jadi, ambil kesempatan masuk bilik lagi berehat-rehat..owh..lupa nak cerita, roomate saya nama Bariah..dari JB..dia best..tak sombong..

abah banyak kali pesan..jangan lewat..mesti on time..diorang tak kan tegur kita..panel akan tengok je apa kita buat..so, pandai-pandai la bawa diri..huhuhu..tue yang kena sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga tue..aktiviti 1 bermula pukul 11 sampai pukul 1..sesi kajian kes/ case discussion..sejam yang pertama dalam bahasa melayu, while another one hour in english..kami disusun dalam bentuk u-shape dan panel akan tengok kita dari jauh..they let us discuss in 1/2 hour what we see in article that been given..waktu ini, semua kena bercakap..cuba untuk follow perbincangan dan jangan terlalu aktif/pasif..

then break for lunch, kemudian aktiviti penyelesaian masalah/problem solving..sama juga macam tadi..sejam pertama dalam malay dan another one hour in english..owh..lupa nak bagitahu lagi..my group ade 9 orang, 5 perempuan dan 4 lelaki..tak sempat pun nk tanya nama, dalam tue semua berkenalan dengan no badan masing-masing...masa sesi awal pagi tadi, masing-masing masih malu-malu kucing..berdiscuss pun penuh dengan sopan santun lagi..bila masuk sesi petang, dah mula mesra, dah kenal..perbincangan kami lebih santai dan kami sudah boleh bergurau sesama kami..it was hell fun..

pukul 5..aktiviti yang ditunggu-tunggu..hahahaha..sesi aktiviti fizikal..siang tu, masing-masing mendoakan supaya hujan petang tue, supaya batal aktiviti petang..tapi nasib sangat la baik..cuaca sangat indah petang..so, aktiviti petang berjalan seperti biasa..kami diminta berkumpul di court bola tampar..dimulakan dengan sesi warming up, kemudian..lari 2.4 km..huhuhu..2x round INTENGAH..syiok...huhuhu..

# exhausted
malam pula..kami diminta untuk pilih topik dan standby slide sesi public speaking..sembur punya sembur, baca punya baca..dan this is my topic, 'pollution'..huhuhu..kami semua diberi masa 5 minit setiap sorang untuk sesi public speaking keesokan harinya nanti..mujur ada broadband dari #encikchentahati..dapat jugak la google mana-mana maklumat..

# topic for public speaking
keesokannya (13/11/11)..awal-awal da bangun..turun breakfast..dalam 8.15, da standby duduk depan pintu bilik kuliah..untuk aktiviti ini, kami bergabung dua kumpulan..jadi total peserta dalam tu, lebih kurang 18 orang..da duk diam-diam kat kerusi yang sediakan..masing-masing berdebar tunggu turn untuk dipanggil ke depan..urusetia briefing jap..pastu dalam 8.45 terus start panggil calon pertama..and guess what, saya la tue calon pertama nya..huhuhuhu..

selesai sesi 5 minit pembentangan, 2 minutes untuk sesi Q & A pulak..mujur soalan cam tak berapa susah sangat..dan boleh la jawab..how's my presentation..??ntah la..okay kut..tak berani cakap lebih-lebih..tau la..dengan terkejut nya tetiba kena jadi peserta pertama, poin kat tangan semua hilang mana ntah..main cakap je apa yang terlintas dalam kepala..bukan first time pun macam ini..memang selalu sangat pun..sabar menunggu orang lain habis presentation..sampai la pukul 10.30..pukul 11, mula aktiviti terakhir..untuk aktiviti ini, kami diberi pinggan kertas, tali rafia dan maker pen..dalam masa 5 minit, kami disuruh untuk mereka dan melakar satu produk baru dengan hanya menggunakan 3 bahan yang diberi awal tadi..dan kemudian, kami diberi juga masa 5 minit untuk membentangkan produk kami dan cerita la macam-macam..pasal target customer ke, harga, potensi dan bla bla bla..

masa ini, mata dah asyik melirik-lirik ke jam je..nunggu, bila la nak kul 1..betul-betul tak sabar nak balik dah tau..selesai sesi pembentangan, sesi Q&A lagi antara panel dengan kami dan kemudian..taaaraaa..habis...

fffuuuhhh....fffuuuhhh..alhamdulillah..lega sangat..kalau tanya apa perasaan saya..alhamdulillah, seronok..diberi peluang untuk rasa dalam assessment ini..boleh dapat ke tak..itu saya serahkan segala-galanya pada ketentuan..saya dah cuba buat yang terbaik..tak setiap masa saya bercakap..ada masa, saya memang terdiam..bila tiada idea, atau blur..kalau ikut diri saya yang sebenar, saya bukan lah seramah itu, saya bukan lah seceria tu..but, i already transformed myself there..hopefully it worth..harap sangat..
# final day
# attendance

# ready for home
okay..habis cerita suda..kuikuikui..panjang kan entri ini..tue la..bila cerita 2 hari menjadi satu..akan la jadi berjela camnie..yang itu pun saya cuba cerita seringkas mungkin tau..harap-harap korang semua tak boring ek baca..baca sampai habis tau..penat pikir idea nak cerita ini tau..hehehe.. k la..stop dulu..taaaddaaaa...

k babai ;

terima kasih sudi singgah dan baca ;

anda baik hati bukan :)

yang ni pun best !!