salam semua ;
selamat petang semua ..yeeehuuu ..menunggu masa beberapa jam je lagi untuk jam kat dinding tue ke angka 5.30 petang ..sangat tak sabar nak memerdekakan diri ..nak balik cuti raya, nak bercuti panjang ..weeehuuu ..orang kampung, tunggu kehadiran ku pulang, yaaa ...
tengah dok ralit cerita pasal besday MITB ni, nyelit jap la pasal benda lain ..kalau deret-deret duk cerita benda yang sama, risau bosan pulak kan ..meh layan video jap ..bese nya mood untuk update pasal video ni cuma di hujung minggu ja ..tapi hari ini, tiba-tiba mood tu datang la ..so, terus je la ..alang-alang kan ..
layan lagu slow rock pulak hari ini, Andai Ku Bercinta Lagi by Mojo band ..lagu ni tengah top kan skang ..dan menjadi kegilaan si MITB ..mana-mana je, mesti akan dengar dia nyanyi lagu ni ..mujur sedap suara kamu ..mujur ..huhuhuhu ..tapi, memang serius best gilaarrr lagu ini ..lirik dia, sedih ooo ..menunjukkan betapa cintanya, sayangnya si suami tu ke isteri dia ..sampai tak mampu dah untuk dia bercinta lagi, menyayangi wanita lain selepas pemergian isteri dia ..
nak tahu nape kita cakap tiba-tiba mood update pasal video datang ..??meh kita cite, meh ..seingat kita la kan, kita yang bagi lagu ni ke MITB tau masa kami duk ralit chatting kat ofis ..tapi, tak pernah langsung terlintas nak tengok ful video clip lagu ini ..tapi semalam, masa dengar dalam kete ..MITB cakap video dia sedih ..so, hari ini ..disebabkan kelapangan masa yang sangat melampau, ikut layan la video ini ..bila tengok betul-betul video tue ..hayati betul-betul lirik nya ..secara tiba-tiba , ssshhhhhiiiuuuu ...meleleh ..huhuhuhu ..kita dah nangis ..memang betul sedih la ...huhuhuhu..dah la kita ni cengeng macam MITB cakap ..atoi ..dahla kat ofis ..tak bagi peluang langsung kan..hewhewhew ..mujur tak ramai orang ..rosak make up kita ..huhuhuhu ...
meh kita share ngan korang lak video ni ..layan ye kawan-kawan ..
Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
0 bijak pandai berkata-kata:
Post a Comment