salam ;
selamat hari jumaat..pphheewww...belog kembali terabai 5 hari..eeerrr...maaf ye..bukan sengaja abaikan, tapi tak de benda nak cerita pun..tak kan nak sibuk sogok dengan entry challenge je..nanti bosan pulak korang kan..langsung tak memberansangkan..jadi, dari saya terus merapu bukan-bukan..baik diamkan saja kan..
pernah tanya satu soalan pada #encikchentahati :
satu couple masuk satu restoran tu..then, berlaku dua situasi :
1 ) yang si lelaki melirik-lirik ke gadis lain dalam restoran itu..tahu apa reaksi gadis tu, malu-malu..betul-betulkan tudung/rambut dan dalam hati cakap ' ehem ehem..lelaki itu ada gf pun masih nak lirik-lirik aku..mesti ada sesuatu pada aku yang menarik perhatian dia..ermmm..apa ye.. '
2 ) yang si wanita melirik-lirik ke lelaki lain dalam restoran itu..cuba teka pula reaksi lelaki itu..merenung wanita itu dan paling ke arah lain..dalam hati dia cakap ' sial la perempuan itu..tak pernahnya cukup kan..da ada lelaki sebelah dia, sibuk nak pandang lelaki lain..tamak betul..perempuan cam ko memang sampai bila pun tak bahagia..tak pernah bersyukur.. '
hmmmm...tengok perbezaan reaksi itu..yang si lelaki tu dapat pujian tapi yang perempuan itu dapat makian..pergh..tak pasal-pasal je kan..dari pandang yang lansung tak berniat jahat, terus kena maki sumpah..tapi macam tak aci kan..wanita tu juga yang dapat teruk..yang si lelaki tue siap ada peluang untuk tambah cawangan..
errr..napa jadi camni ye..bila seseorang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada..bila seseorang itu sibuk mengenal benda yang baru walaupun bukan bertujuan serius..tetap menyakitkan hati si pasangan..bila sudah ada seseorang yang tetap di sisi..perlu ke berkira-kira lagi untuk mencuba lain..??cinta dan kasih sayang itu benda elok tau, benda indah..kenapa perlu kotorkan dia, perlu cemari dengan perbuatan camni..nanti semua orang benci cinta, semua orang berprejudis..owh..tak amannya dunia kalau camtue..
tapi, kalau tepuk sebelah tangan je..mesti tak bunyi kan..kalau tak de yang sudi nak sambut tepuk tu, mesti tak jadi..yang si gadis/lelaki lain itu..jangan la pulak sibuk nak melayan-layan..dah awak tahu dia sudah ada pasangan, perlu ke melayan baik tiap jemputan dia..da jelas terbentang, awak tahu status dia, perlu ke awak gedik-gedik manja bila dia 'syg' 'dear' 'laling' 'ayg' awak..??bukan minta awak bermusuh, putus saudara bagai..cukup menolak dengan baik..jangan sampai awak dituduh punca perosak kebahagiaan org lain sudah la..recall balik lagu JT ' what goes around, comes around '..sekarang awak syok melayan milik orang, tak mustahil nanti awak tak sedar yang milik awak pun syok melayan org lain..kut iye pun nak balas dendam sebab pernah kena camtu, jangan sampai orang yang tak bersalah pun jadi mangsa..cuba fikir perasaan orang lain ye..
untuk si wanita/lelaki yang menjadi mangsa...berhati-hati la..jangan terlalu mudah percayakan pasangan anda..perlu ada sedikit ragu-ragu..dan tertanya-tanya..di mana dia, apa dia buat..jangan terlalu pegang sangat apa dia cakap..bukan mengajar untuk terlalu berprasangka..tapi wujudkan sedikit perasaan itu..supaya bila tembelangnya pecah, kita sudah bersedia..bukan juga minta terlalu kongkong si dia..menuduh dia bukan-bukan..sampai bergaduh, bertengkar besar hanya kerana benda yang belum tentu sahihnya..jangan camtu..cuma jangan terlalu percaya 100%..itu saja..kalau boleh, elak kan pergaduhan atau paling teruk, perpisahan..sebab benda tu sakit tak..take time to recover..
# tengok tue..jahat ;( |
hmmmm..okay cukup..entri ni bukan nak menghentam atau mengback-up mana-mana pihak..cuma general..respons saya pada apa yang terjadi sekarang..luahan dari diri sendiri dan juga mewakili perasaan rakan-rakan terdekat..semua orang mahu menyayangi orang lain kan, dan in return diorang pun harapkan benda yang sama dari orang yang disayangi..bukan satu penipuan atau permainan..kalau sayang, be nice..kalau nak main-main, be remind..bukan semua orang suka main-main..ada sesetengah orang tu, hati dia memang mudah pecah..so, treat her/him nicely..
* teringat qoute iklan tampal depan pintu opis
setialah kepada pasangan anda,
perpisahan boleh dielakkan
terima kasih sudi singgah dan baca ;
tapi hari ini terasa macam mahu meluahkan sesuatu pulak..menaip membebel macam-macam di sini..kali ini, taipan penuh dengan emosi dan maksud..bukan taip-taip kosong..
0 bijak pandai berkata-kata:
Post a Comment